CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7941|Reply: 112

[Tempatan] Hukuman penjara pengasuh Adam Rayqal kekal

[Copy link]
Post time 11-11-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Hukuman penjara pengasuh Adam Rayqal kekal


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap Noor Aqilah. - Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun, terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud memaklumkan pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Noor Aqilah Abd Rahman, 36.

Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, yang mewakili Noor Aqilah, turut memaklumkan panel itu, anak guamnya berhasrat menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan rayuan kedua-dua pihak. Noor Aqilah diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai 14 Februari 2019.

Pada tarikh sama, Mahkamah Sesyen Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda RM5,000 terhadap Noor Aqilah yang mengaku mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan bayi malang itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda, selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 ke atas Noor Aqilah yang mengaku bersalah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini di antara 6.20 petang dan 6.50 petang pada 3 Julai 2018.

Pada 8 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun, bagi kesalahan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.

Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak, iaitu enam tahun sahaja.

Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya sudah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... h-adam-rayqal-kekal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciri2 pengasuh yang kau orang perlu elak:

1. Gemuk
2. Melayu
3. Bertudung

Pengasuh dengan profile sebegini sangat buruk reputasi di Malaysia. Tiap kali keluar kes anak kecil dibunuh atau didera di pusat/rumah asuhan, mesti ciri2 si pelaku seperti di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 12:57 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:50 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 03:37 AM | Show all posts
Itu aje hukuman dia? Patut duduk dalam penjara sehingga meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la gemok...perangai pun huduh....ni ad 100kg lebih ni tengok badan beliau...gemok mcm babi...geram betul baca jenayah yg gemok ni lakukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2021 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MsOren replied at 12-11-2021 01:50 AM
Yang baru ni dera budak autism pun si gemokk gedempollll jugakkk. Sabo je rupa dah le hudohhh perang ...

Makan bnyk sangat  orang gemok ni..tu yg otak pun ting tong....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 08:44 AM | Show all posts
badan gemuk gedempol ni mgm x sesuai jadi pengasuh.... budak kecil memang lasak.. nanti tak terjaga sebab kene kejar budak kesane ke mari... nak susu laa.. nak makan laa.. nangis la..

badan pengasuh kene la fit dan sihat active
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
6tahun je lps bunuh anak org.. hebat mesia.. kes iron pun 18tahun tanpa niat. yg iron sikit2 3tahun..lahabau mesia
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 10:16 AM | Show all posts
itu je hukuman? org hilang anak tu boleh gila sepanjang hidup.. eh x guna la kau!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
6 tahun je sebab careless? Trauma parents jumpa anak dalam freezer bawak ke mati
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 10:23 AM | Show all posts
kes ni mmg teringat sungguh wei.. ntah la.. hurmmm tgk mak dia meraung anak dia dalam peti tu eh meruntun betul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 12:12 PM | Show all posts
hukuman sgt tak setimpal...kot ye pun cuai sampai menyebabkan kematian, kenapa tak panggil ambulans atau bawak ke klinik berhampiran..ni ko sumbat badan arwah tu dalam freezer. dah mcm psychopath ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih aman. bunuh orang pun boleh aman-aman je, peliknya la law negara ni ek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-11-2021 12:12 PM
hukuman sgt tak setimpal...kot ye pun cuai sampai menyebabkan kematian, kenapa tak panggil ambulans  ...

Lepas ko sumbat, malam tu ko buat iklan dlm pesbuk khidmat pengasuh
Saiko ke tak mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 12-11-2021 01:44 PM
Lepas ko sumbat, malam tu ko buat iklan dlm pesbuk khidmat pengasuh
Saiko ke tak mcmtu

Menda ni tak masuk dalam perbicaraan ka untuk kasik lagik berat hukuman? Huh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringan kan hukuman dia dapat
Dahla kira dari tahun 2019
So dah jadi 4 tahun je dalam penjara
Ntahlaa..i pun xsuka dengan orang gemuk
Kalau gemuk ada usaha kurus sampai kurus secara healthy tu i suka la..respect
Budak2 gemuk pun i xsuka..nampak mengadaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-11-2021 01:49 PM
Menda ni tak masuk dalam perbicaraan ka untuk kasik lagik berat hukuman? Huh.

Rasa mcm ruang penjara skang ni byk reserve utk golongan pecah amanah kot, tu pasal kes2 bunuh org sengaja tak sengaja semua ni diwhoareyuskan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 12-11-2021 01:49 PM
Ringan kan hukuman dia dapat
Dahla kira dari tahun 2019
So dah jadi 4 tahun je dalam penjara

Bodyshaming betoi komen2 chuols skang nih yach
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 12-11-2021 01:51 PM
Bodyshaming betoi komen2 chuols skang nih yach

Mana ada..oh thread semalam tu eh
Benda nya sama kan acik. Gemukk. Keh3.
Marilah kita jaga kesihatan acikgojes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.212871 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list