CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 0

[Kedah] 49 mangsa banjir di dua kampung dipindah

[Copy link]
Post time 10-11-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode
49 mangsa banjir di dua kampung dipindah[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 10, 2021 @ 11:43ambhnews@bh.com.my


Keadaan Kampung Nang Mah dan Kampung Kubang Kayu yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. - Foto Bomba



BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 49 mangsa di dua kampung, di daerah ini yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir, hari ini.

Ini berikutan, hujan lebat yang melanda daerah itu sejak semalam mengakibatkan aliran air sungai laju.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata 34 mangsa adalah di Kampung Nang Mah di sini dan 15 mangsa lagi di Kampung Kubang Kayu, Changlun, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu pada jam 4.52 pagi tadi di Kampung Nang Mah selepas kawasan itu dinaiki air setinggi satu meter.

Keadaan Kampung Nang Mah dan Kampung Kubang Kayu yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. - Foto Bomba


"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Yazid Abdul Razak membantu memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Tradisi, di Changlun.

"Dalam pada itu, anggota BBP Bukit Kayu Hitam turut memindahkan 15 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Kubang Kayu, di sini selepas menerima panggilan berhubung kejadian banjir pada jam 6.55 pagi tadi.

"Kesemua mereka juga dipindahkan ke PPS Kampung Tradisi selepas paras air mencecah satu meter di kawasan kampung berkenaan.

"Tindakan anggota bomba memastikan kesemua mereka dipindahkan ke lokasi selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 8.24 pagi tadi.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066208 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list