View: 1714|Reply: 13
|
Curi Duit Suami RM2.49 Juta
[Copy link]
|
|
Hartford: Sejak 20 tahun lalu, wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat ini mencuri wang suaminya berjumlah AS$600,000 (RM2.49 juta) dan menutup salah laku itu dengan mengatakan lelaki berkenaan menghidap Alzheimer.
Kegiatannya hanya terbongkar selepas anak tirinya menemui dokumen berkaitan kad kredit yang tidak diketahui bapanya, sebelum melaporkan kepada polis.
Donna Marino yang didakwa mengawal kewangan keluarga dilapor ditahan minggu lalu, dan dipercayai mencuri cek pencen, pampasan pekerjaan dan pendapatan suaminya sejak 20 tahun lalu.
Sarjan Gregory Borer memberitahu New Haven Register yang dilapor Oddity Central bahawa Donna akan menjelaskan mengenai penyakit Alzheimer setiap kali suaminya mahu ke bank untuk sebarang transaksi kewangan.
"Dia akan menceritakan kepada suaminya mengenai kejadian yang berlaku disebabkan penyakit Alzheimer, hingga lelaki itu enggan masuk ke bank bagi mengelak malu," katanya.
Ditambah pula penyakit itu antara satu perkara yang ditakuti suami Donna sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun lelaki terbabit tidak pernah mendapatkan rujukan profesional.
Donna tahu mengenai perkara itu bahkan, ibu mentuanya juga menghidap penyakit sama yang memudahkan dia untuk merancang pelan penipuan.
Siasatan menunjukkan Donna mengambil wang berkenaan dan memasukkan ke akaun bank ibunya. Dia memberitahu polis bahawa wang itu digunakan untuk membantu keluarganya, bukannya untuk berjoli.
Namun, wanita itu tetap didakwa atas kesalahan merompak tahap satu dan pemalsuan tahap tiga.
Dia diceraikan pada Jun lalu, iaitu ketika mula-mula penipuannya terbongkar. Sebutan semula kes membabitkan Donna pada 29 November depan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu apa kena mengena dgn gossip tempatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah hal azim |
|
|
|
|
|
|
|
repotss ni minum ketum ke apa kne mngena benda ni ngan BODGOS?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat tadi Abam Awie n Kak Janahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah...ak pun terpikir benda yang sama...sesat masuk rumah lain dah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
retissa mna ni yg curi duit laki? ada ada je |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah min zalik... istighfar dikkkk...
punya nak keje kuota sampai bod gosip pun ko ingat bod berita malap harian |
|
|
|
|
|
|
|
sape curik duit laki nokkkk??? ni lah level reput cari.....level up kekdohnyaaa...nak kena ain ke |
|
|
|
|
|
|
|
reputs yang dalam kelas tersendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambo dia gelap btul
Sama.dgn hati.dia yang gelap ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dlm islam xdosa kan mencuri
duit somi..duit somi adalah duit isteri...duit isteri adalah duit isteri |
|
|
|
|
|
|
| |
|