CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Borneo] Dengar Keluhan Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 9-11-2021 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Dengar Keluhan Sabah, Sarawak, Selamatkan Malaysia Daripada ‘Perpisahan’, Jeffrey Beritahu PM



Jeffrey Kitingan berkata, ramai rakyat Sabah dan Sarawak kecewa apabila mendengar Sabah hanya diberi RM5.2 bilion dan Sarawak RM4.6 bilion untuk pembangunan manakala di Semenanjung pula mendapat RM67.8 bilion.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan berharap, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak bagi menyelamatkan Malaysia daripada “perpisahan”.

Katanya, ramai rakyat Sabah dan Sarawak kecewa apabila mendengar Sabah hanya diberi RM5.2 bilion dan Sarawak RM4.6 bilion untuk pembangunan manakala di Semenanjung pula mendapat RM67.8 bilion.

“Izinkan saya memberi pandangan mengenai Bajet 2022 dari segi sudut Sabah dan Sarawak khasnya yang boleh membendung ketidakpuasan hati rakyat, di mana sebahagian besar atau 60% mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.

“Saya berharap Perdana Menteri dan kerajaan Keluarga Malaysia akan mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak serta menyelamatkan Malaysia dari perpisahan,” katanya dalam ucapan perbahasan Bajet 2022 beliau di Dewan Rakyat, hari ini.

Jeffrey yang juga Presiden STAR berkata, Bajet 2022 amat mengecewakan kerana bertentangan dengan dengan beberapa perkara termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia juga bertentangan dengan matlamat dan aspirasi Perdana Menteri dan kerajaan Keluarga Malaysia di mana Sabah dan Sarawak seolah-olah dianaktirikan.

“Selain itu, ia bertentangan dengan matlamat dasar Wawasan Kemakmuran Bersama dan juga bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi rakyat Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama taraf.
“Sehubungan itu, Bajet ini harus dikaji semula dan ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata, semakin ramai wakil-wakil rakyat Sabah dan Sarawak yang menyatakan kemarahan, termasuk mereka yang di luar Dewan.

“Dengarlah keluhan dan rintihan dari Sabah dan Sarawak sebelum terlambat, sebelum masalah lebih besar timbul.

“Mulakanlah perubahan dengan menyusun semula Bajet 2022 dengan ‘mindset’ yang baharu.

“Layanlah Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama taraf dan hormatilah hak-hak Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan,” katanya. – FMT


sabahpost.net/2021/11/08

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.237718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list