CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

Cemas Rambut Kanak-kanak Terbakar Lepas Tiup Lilin Kek 'Birthday'

[Copy link]
Post time 9-11-2021 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah majlis hari jadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila api daripada lilin yang ditiup terkena bahagian rambut kanak-kanak.


Lapor Daily Mail, pihak ambulans St. John bergegas ke kawasan kejiranan Darwin petang semalam dan merawat mangsa yang mengalami kecederaan kecil.




Gambar hiasan




Pengurus Operasi St. John, Craig Garraway berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu meniup lilin yang terdapat pada kek sebelum api menyambar rambutnya.


“Ia hanya melibatkan kebakaran kecil di bahagian kulit kepala dan mangsa berada dalam keadaan baik.


“Mangsa masih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran sehingga parti selesai,” katanya.


Oleh itu, Garraway memberi peringatan kepada ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada kanak-kanak kerana lilin boleh menjadi berbahaya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060519 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list