CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 0

[Perak] Majlis kesyukuran, tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

[Copy link]
Post time 5-11-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Majlis kesyukuran, tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Perak[size=0.8]Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - November 5, 2021 @ 2:52pmbhnews@bh.com.my


Kira-kira 200 jemaah menghadiri majlis kesyukuran, bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-65. - FB PERAKFM




KUALA KANGSAR: Kira-kira 200 jemaah menghadiri majlis kesyukuran, bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, hari ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-65.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, berkenan hadir pada majlis yang bermula kira-kira jam 12.15 tengah hari itu.

Majlis berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 dengan setiap jemaah dikehendaki mematuhi penjarakkan fizikal, termasuk membawa sejadah sendiri selain memakai pelitup muka, merekodkan kehadiran serta pemeriksaan suhu badan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid serta beberapa EXCO kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan rakyat tempatan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim mengetuai majlis bacaan surah Yasin dan tahlil yang disusuli bacaan khutbah serta solat Jumaat dipimpin Imam Utama Masjid Ubudiah, Badrul Husaini Baharuddin dengan bilangan jemaah solat Jumaat bertambah sehingga kira-kira 500 orang.

Dalam khutbah Jumaat, Badrul Husaini berkata, rakyat Perak amat beruntung dianugerahkan seorang Sultan yang berjiwa ilmuan selain menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sifat insani, peka kepada rintihan rakyat dan berusaha memastikan keadilan berlandaskan hukum.

Katanya, seiring dengan gelaran Muizzuddin Shah pada Sultan Nazrin, 'muizzuddin' bermaksud 'pemerkasa agama', yang mana berpandukan keinsafan baginda bahawa kuasa pemerintahan ialah amanah daripada Allah, didoakan semoga syiar Islam akan berkembang dan pemerintahan baginda didaulatkan dengan roh Islam.

Teks khutbah Jumaat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin bertajuk 'Raja Pemerintah; Payung Kedaulatan Negara" yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu turut dibaca di semua masjid di Perak hari ini.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.540771 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list