CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 1

Nerosha mahu banggakan Malaysia di Kejohanan Boling Dunia

[Copy link]
Post time 3-11-2021 08:32 PM | Show all posts |Read mode

NEROSHA antara tujuh nama terpilih menggalas cabaran skuad wanita negara pada Kejohanan Dunia di Dubai kali ini. - INSTAGRAM NEROSHA KELIGIT

Nerosha mahu banggakan Malaysia di Kejohanan Boling Dunia

KUALA LUMPUR – Pemain boling negara, Nerosha Keligit meluahkan keyakinan untuk membanggakan nama Malaysia pada Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula esok hingga 16 November ini.

Nerosha, 25, antara tujuh nama terpilih menggalas cabaran skuad wanita negara diketuai Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan, Nur Syazwani Sahar, Gillian Lim, Nora Lyana Nastasia Norkamal dan Faten Najihah Ahmad Faik.

“Ini adalah penghargaan daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan persatuan kerana memilih saya dalam pasukan untuk Kejohanan Dunia.

“Saya berusaha keras untuk kembali mendapatkan rentak terbaik dan sekarang saya sudah cergas sepenuhnya. Saya yakin boleh memberikan persembahan terbaik dan bersaing sengit pada kejohanan ini.

“Walaupun cuma dua bulan sahaja persiapan tetapi kami harap dapat membawa pulang pingat dan membanggakan Malaysia,” kata Nerosha yang berasal dari Sarawak.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad wanita negara meraih emas Kejohanan Dunia adalah pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kejayaan itu hadir menerusi gandingan pemain-pemain berpengalaman seperti Shalin Zulkifli, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane, Siti Safiyah dan Natasha.

Selain itu, Kesatuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC) turut menghantar skuad lelaki yang diwakili Muhammad Rafiq Ismail, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malik, Muhammad Hafiz Zainuddin, Muhammad Syazirol Shamsuddin dan Nevern Nataneel Marcellinus. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... hanan-boling-dunia/


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2021 08:03 AM | Show all posts
2 bulan training...nk baling bola je pun...

aper yg ssh sgt ye main bowling nie??sesape nk share??

yg aku tau...bola tu ada utk spin..mmg ready made...ko baling cemana pun dia spin juga kan kan,,,

jgn mare...kwn nk blaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064350 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list