CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

[Borneo] [ informasi ] Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 2022 Untuk Murid Sekolah

[Copy link]
Post time 3-11-2021 04:01 PM | Show all posts |Read mode


Berita baik untuk para pelajar sekolah, melalui pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap murid.

Bantuan Awal Persekolahan ini akan memberikan manfaat kepada 3 juta murid-murid yang layak dengan bantuan sebanyak RM450 juta.

Kami kongsikan syarat kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2022 ini.

Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022, kenaikan RM50.00 berbanding RM100.00 tahun sebelumnya.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya ingin memohon bantuan persekolahan ini.

Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan 2022
Tiada borang permohonan yang perlu diisi.

Cara Pembayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Telegram rasmi : https://t.me/pakejbantuankerajaan?fbclid=IwAR1WI4Y-Iv0tkdazousbmSJFgPQu9TZ7YTJ4RvhEYD-MY0R9RGG0CgqrTFI

credit



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.175913 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list