CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 0

[Borneo] Pelaksanaan ‘Windfall Tax’ tidak adil kepada industri sawit Sabah, Sarawak.

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:55 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Calvin semasa melawat salah satu pengusaha industri kelapa sawit di Sandakan.

SANDAKAN: Cadangan untuk memperkenalkan kadar cukai durian runtuh atau ‘Windfall Tax’ ke atas perniagaan kelapa sawit di Sabah dan Sarawak ketika ini dilihat tidak adil dan membebankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong berkata pengusaha kelapa sawit di sini juga turut membayar cukai jualan tambahan kerajaan negeri iaitu masing-masing 7.5 peratus di Sabah dan 5 peratus di Sarawak.

"Sabah perlu menubuhkan jawatankuasa kelapa sawit secepat mungkin agar pengusaha industri itu tidak lagi ditindas dan dieksploitasi oleh kerajaan persekutuan.   

“Dengan adanya jawatankuasa kita sendiri, ia akan menjadi perantaraan melibatkan industri berkenaan dengan kerajaan dalam memperjuangkan serta melindungi kepentingan industri,” katanya.

Katanya dalam kenyataan medianya, di sini kelmarin sebagai mengulas mengenai tindakan kerajaan akan menaikkan ‘Windfall Profit Tax’ untuk kelapa sawit di Timur dan Barat Malaysia dalam Bajet 2022.

Calvin berkata ‘Windfall Profit Tax’ untuk harga minyak sawit mentah di Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM3,500 setan, manakala di Barat Malaysia meningkat daripada RM2,500 kepada RM3,000 setan.

  “Perbelanjaan industri kelapa sawit Sabah jauh lebih tinggi berbanding Malaysia Barat terutama kos buruh dan pengangkutan iaitu sehingga 20 peratus.

“Bukan sahaja situasi pengangkutan jalan raya tidak memuaskan, malah ia turut berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk tenaga kerja,” katanya.

Jelasnya, Sabah adalah pengeluar utama minyak sawit terbesar negara dan ia sepatutnya mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan.

“Sokongan itu bagi membolehkan industri itu terus membawa lebih banyak pendapatan sekaligus memberi faedah kepada ekonomi negara.

“Seharusnya kerajaan tidak boleh bersikap ‘double standard’ kerana sumbangan negeri Sabah terhadap pendapatan negara tidak boleh dinafikan,” katanya.

Menurutnya, jika kerajaan tetap meneruskan keputusan itu dikhuatiri akan berlaku kebimbangan terhadap prospek pembangunan industri kelapa sawit Malaysia, sekali gus membawa kerugian kepada negara.

“Justeru, saya percaya tidak ada syarikat atau perusahaan besar yang akan memilih untuk melabur di tempat yang mengenakan cukai terlalu besar.

“Sekiranya syarikat ini beralih kepada pelaburan asing, ia bukan sahaja menjejaskan pembangunan ekonomi Malaysia, tetapi turut memberi kesan kepada bidang berkaitan.

“Malah, rakyat tidak dapat mencari pekerjaan yang bergaji tinggi di negara ini, sebaliknya beralih ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/02


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.054326 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list