CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 0

[Borneo] Sekolah boleh periksa sijil digital guru

[Copy link]
Post time 1-11-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pihak sekolah menjalankan pemeriksaan terhadap sijil digital vaksinasi guru bermula pada hari ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, hal ini bagi mengelakkan guru yang masih enggan divaksin, selain faktor kesihatan, melakukan penipuan

Jelasnya, mulai hari ini, pihak sekolah akan memeriksa sijil vaksinasi bagi memastikan hanya guru yang sudah menerima dos lengkap vaksin yang datang mengajar. Kita tidak mahu ada kes tertentu apabila guru mengatakan bahawa mereka sudah divaksin, tetapi sebenarnya tidak.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Dr. Radzi berkata, langkah ini sejajar dengan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam sebelum 1 November 2021.

“Oleh itu, KPM akan memastikan pihak sekolah menyemak sijil digital vaksinasi setiap guru bagi memastikan data terkini yang ada, iaitu pada 1 November, bagi guru yang enggan menerima vaksin merupakan data yang tepat,” katanya  seperti dipetik Jendela DBP..

Hal ini membolehkan sebarang tindakan yang diambil selepas ini dilaksanakan berlandaskan data yang tepat,” katanya lagi.

KPM akan meninjau pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa bagi memastikan sekolah aspek keselamatan yang telah digariskan oleh KPM dipatuhi.

Kata beliau, KPM amat tegas dalam soal vaksinasi dalam kalangan guru kerana hal ini mengambil kira aspek ekosistem pendidikan negara.

Beliau berkata: “Kita perlu faham bahawa guru ini sentiasa bersama-sama murid. Selain melibatkan murid, hal ini turut melibatkan ibu bapa. Jadi, mereka perlu bersama-sama mewujudkan persekitaran persekolahan yang selamat dan meyakinkan.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.144244 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list