CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 0

[Perlis] Polis gempur 'port' penagih di Kuala Perlis, Simpang Empat

[Copy link]
Post time 1-11-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Polis gempur 'port' penagih di Kuala Perlis, Simpang Empat[size=0.8]Aizat Sharif - November 1, 2021 @ 6:50pmbhnews@bh.com.my


Polis dari IPD Kangar menggempur `port’ penagih di Kuala Perlis dan Simpang Empat dalam ‘Op Jihad Dadah Fasa 1’ minggu lalu. NSTP/Ihsan IPD Kangar




KANGAR: Polis menahan seramai 77 individu kerana disyaki terbabit kesalahan berkaitan dadah di Kuala Perlis dan Simpang Empat, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata penahanan dilakukan menerusi 'Op Jihad Dadah Fasa 1' yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, bermula 23 hingga 29 Oktober lalu.

Katanya, pihaknya menjalankan 50 serbuan di beberapa lokasi panas penagihan dadah di sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat, selama enam hari operasi.

"Sepanjang operasi ini, kita membuat 77 tangkapan individu berusia antara 20-an hingga 50-an membabitkan kesalahan pengedaran dan penagihan dadah.

"Mereka termasuk individu yang dikehendaki polis berhubung jenayah membabitkan dadah serta penyalahgunaan ketum," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kiew berkata, ada antara yang ditahan adalah penagih dadah berulang, selepas menjalani hukuman atau pemulihan di penjara atau pusat serenti.

Katanya, turut dirampas, dadah heroin dan cecair dipercayai air ketum daripada suspek.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

"Bagi tangkapan penagih berulang pula, mereka mungkin dituduh mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049008 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list