View: 1192|Reply: 4
|
[Borneo]
Kanak-kanak 5-12 Tahun Akan Diberi Suntikan Pfizer – Khairy
[Copy link]
|
|
Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
“82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.
“Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.
“Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian melalui ciapan di laman media sosial Twitter, pada Khamis.
Khairy bagaimanapun belum memperincikan bilakah pemberian vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu.
Pada Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.
Malaysia telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.
Setakat Khamis, remaja yang telah melengkapkan vaksin mencecah 62 peratus atau 1,951,450 daripada populasi tersebut.
Manakala seramai 82.4 peratus atau 2,592,048 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. – AWANI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
elemdelilah... terbaik ar msia,.... pecut terus
China tauke sinovac pun xstart lg utk budak2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah start bang Abuk...
China mula suntik vaksin COVID-19 kanak-kanak tiga tahun
Oktober 26, 2021 @ 4:10pm
BEIJING: China memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun, ketika negara itu bergelut dengan lonjakan semula kes varian Delta dan penularan virus yang semakin kerap.
Media tempatan melaporkan, beberapa kawasan di China memberikan vaksin kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga 11 tahun.
Vaksin itu yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal tempatan, Sinovac Biotech dan syarikat milik kerajaan, Sinopharm, sudah diberikan kepada individu berusia 12 tahun ke atas.
Kerajaan China sudah memberi lampu hijau untuk memberikan vaksin itu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas sejak Jun lalu.
China antara yang merekodkan kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan negara ekonomi terbesar, dengan 75 peratus daripada 1.4 bilion penduduknya sudah menerima dos lengkap.
Negara itu kini mengagihkan dos penggalak, dengan individu dewasa yang menerima dos pertama pada enam bulan lalu layak untuk menerima suntikan berkenaan.
Langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha China mengekang penularan terkini, dengan lonjakan kes kini semakin kerap berbanding sebelum varian Delta dikesan di negara itu.
Namun, Beijing kekal komited dengan strategi COVID-19 tanpa had, yang menyaksikan penutupan sempadan dan pelaksanaan kuarantin, meskipun kebanyakan negara lain kini berusaha membuka semula ekonomi dan hidup bersama virus itu.
Kes COVID-19 terbaharu di China membabitkan varian Delta, menular meluas dengan pantas daripada kluster awal di barat laut negara itu, kepada kira-kira 12 wilayah ketika ini.
Negara itu merekodkan 35 kes tempatan hari ini, dengan empat daripadanya di Beijing, manakala kluster di Fujian pula merebak meluas dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang belum divaksin, namun kebanyakannya hanya menunjukkan gejala ringan.
Vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak di China menggunakan teknologi nyahaktif tradisional.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan penggunaan vaksin keluaran Sinopharm kepada kanak-kanak berusia seawal tiga tahun pada Ogos lalu, manakala Argentina turut memberikan suntikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun menggunakan vaksin sama.
Chile yang bergantung pada vaksin Sinovac, juga sedang mengagihkan suntikan vaksin itu kepada kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih ...
Jager diri bebaik tau ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|