CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pembeli muda sambut baik Projek PR1MA Residensi Pauh Permai

[Copy link]
Post time 30-10-2021 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Pembeli muda sambut baik Projek PR1MA Residensi Pauh Permai[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Prestasi Residensi Pauh Permai di Permatang Pauh di sini. FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Unit kediaman Residensi Pauh Permai, di sini, yang dibangunkan di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mendapat perhatian pembeli golongan muda selepas 694 daripada 985 unit rumah itu dibeli golongan berusia 25 hingga 35 tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu satu perkembangan positif apabila projek perumahan yang dibangunkan oleh PR1MA kini berjaya menarik pembeli muda.

"Sehingga kini, PR1MA sebagai sebuah agensi membangunkan 61 projek di seluruh negara yang merangkumi kira-kira 49,000 unit kesemuanya.

"Untuk Pulau Pinang pula, Residensi Pauh Permai seluas 3.04 hektar dengan 1,017 unit ini boleh dianggap sebagai 'anak sulung' PR1MA di negeri ini dan akan ada lebih banyak projek perumahan selepas ini," katanya selepas menyempurnakan simbolik penyerahan kunci kediaman terbabit kepada 10 pembeli, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo serta Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Residensi Pauh Permai yang boleh dimiliki pada harga antara RM250,000 hingga RM275,000 lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, taska dan dewan serba guna.

Sementara itu, pasangan suami isteri yang menjadi penerima kunci tidak dapat menyembunyikan keterujaan di raut wajah mereka apabila akhirnya dapat memiliki kediaman sendiri sekali gus dapat menyambut perayaan Deepavali di rumah baharu mereka nanti.

S Thigarani dan suaminya G Arvin masing-masing berusia 29 tahun memohon untuk membeli rumah di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sejak tiga tahun lalu selepas tertarik dengan iklan dalam siri jelajah yang dianjurkan agensi berkenaan.

Thiragani berkata, dia dan suaminya sebelum itu terpaksa berulang alik dari Kedah ke Pulau Pinang untuk bekerja.

"Kami tinggal di rumah ibu bapa (suami) dan terpaksa berulang alik dari Kedah ke Pulau Pinang kerana bekerja di sini.

"Jadi, kami nak sangat membeli rumah di negeri ini untuk memudahkan kami berdua dan lega sangat akhirnya impian kami tercapai bahkan dapat menyambut Deepavali di kediaman baharu kami," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2021 @ 3:43pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 08:19 PM | Show all posts
yg ni mesti harga lebih murah skit berbandng projek2 yg kat luar sana sebab nya fokus pd orang muda.
macam aq pong nak jugok merasa beli rumah diusia yg muda ni dari menyewa kan.. bagus lah kalau boleh, buat jugak lah rumah utk golongan b40
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 06:07 PM | Show all posts
Amerikamung replied at 23-11-2021 08:19 PM
yg ni mesti harga lebih murah skit berbandng projek2 yg kat luar sana sebab nya fokus pd orang muda. ...

kalau golongan b40 tu boleh je apply rumah kos rendah lain..
sebabnya ape yg ak taulah kan, rumah Pr1ma tu fasiliti dia mmg tiptop lah..
so memang tak lah nak fasiliti tiptop tp bayar murah kan.. kalau ak pun nak appy rumah Pr1ma nnti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.186459 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list