CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 893|Reply: 0

[Perlis] Peruntukan RM20 juta mampu pulihkan ekonomi negeri

[Copy link]
Post time 30-10-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan RM20 juta mampu pulihkan ekonomi negeri [size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


DATUK Seri Azlan Man giat memberikan jawapan balas terhadap soalan lisan yang diberikan oleh pembangkang semasa Sidang DUN ke-14 di Kompleks DUN Kangar.FOTO Aizat Sharif



Kangar: Kerajaan Perlis melihat peruntukan RM20 juta setiap negeri yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 semalam sebagai usaha yang dapat mempercepatkan penjanaan ekonomi memulihkan ekonomi di peringkat negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, peruntukan itu bermanfaat untuk negeri itu sebagai pemulihan ekonomi dan pihaknya merencana memanfaatkannya menerusi projek yang memberi faedah terus kepada rakyat.

"Malah kita jangkakan dalam pembentangan Bajet 2022 Perlis pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dijangka berlangsung pada Disember ini juga beberapa sektor turut diberikan penekanan untuk dijanakan bagi merangsang ekonomi bermula tahun hadapan.

"Untuk peruntukan khusus negeri menerusi Bajet 2022 Perlis, kita memberi keutamaan kepada dasar industri menerusi sektor pembuatan, selain itu juga kita menumpukan sektor perkhidmatan, pertanian komersil, pelancongan perumahan dan hartanah mampu milik serta peruncitan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Agihan 1,000 Bakul Makanan Peringkat Negeri Kepada Golongan Asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan sesi pemukiman atau 'retreat' di Langkawi selepas ini bersama semua ahli Majlis Mesyuarat Negeri, penjawat awam yang terdiri daripada ketua jabatan negeri untuk meneliti idea atau cadangan yang dalam merancakkan ekonomi negeri Perlis untuk tahun hadapan.

"Tujuan 'retreat' ini adalah supaya kita dapat menjana idea baru untuk kita gunakan serta dimasukkan dalam pembentangan bajet peringkat negeri nanti.

"Malah tujuannya juga tidak berbeza dengan kehendak kerajaan pusat dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi dalam konteks ini adalah negeri Perlis," katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022, Fokus Ketiga Ekonomi Yang Makmur dan Mampan mengumumkan strategi merapatkan jurang ekonomi dengan pembangunan antara wilayah menerusi peruntukan khusus negeri sebanyak RM20 juta setiap negeri.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2021 @ 1:39pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084707 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list