CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3113|Reply: 25

Pelajar jurusan syariah mengaku bercinta dengan suami orang untuk kajian

  [Copy link]
Post time 28-10-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-10-2021 08:52 AM

Pelajar mengaku bercinta dengan suami orang untuk kajian

https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... orang-untuk-kajian/

Oleh NUR HUDA MUSA
28 Oktober 2021, 4:25 pm


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Media sosial sejak semalam kecoh dengan pengakuan seorang pelajar jurusan syariah yang memberitahu sedang bermain cinta dengan suami orang untuk tujuan kajian.

Perkongsian yang dikongsi pelajar itu dimuatnaik di laman Facebook Viral Muafakat Johor tanpa si penulis mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.

Melalui hantaran tersebut, pelajar berkenaan mengaku menjadikan suami orang sebagai responden untuk mengkaji kecurangan lelaki dalam rumah tangga dan kebanyakan respondennya ialah merupakan pekerja makan gaji yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.

“80 peratus dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu. Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang,” katanya.

Wanita itu juga turut menyenaraikan secara ringkas dapatan kajiannya itu yang menunjukkan antara punca pasangan suami isteri berpisah angkara kemunculan orang ketiga.


“Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah, isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami, isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.

“Seterusnya, isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”. Perempuan di luar yang lebih menggoda,” ujarnya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah apabila di akhir hantaran itu, wanita tersebut mengaku terjatuh cinta dengan salah seorang respondennya yang merupakan seorang penguat kuasa kerajaan.

“Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?

“Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan hantaran itu yang dianggap hanya rekaan. Bagaimanapun, ada juga para wanita yang meluahkan perasaan marah terhadap para lelaki yang memberi pelbagai alasan mahu berlaku curang terhadap isteri.

“Pegang satu konsep, kalau dia tak setia pada isterinya, dia juga akan buat benda yang sama pada kita. Belum kahwin semua indah, dah kahwin barulah faham erti rumahtangga,” kata Aisyah.

“Bila rumahtangga tak dipandang dengan rahmah, sakinah, mawaddah inilah jadinya. Kalau nak isteri cantik berseri macam waktu bercinta, jangan kacau duit isteri, jangan bebankan isteri dengan tanggungjawab seorang suami.Anak-anak jangan bagi isteri jaga, cari orang gaji. Boleh?,” kata Siti Murtiah. – K! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 04:55 PM | Show all posts
kajian apa ni? kajian nak sakitkan hati sendiri ke cemana??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkkkkk... Okay
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 05:40 PM | Show all posts
dasar murahan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:09 PM | Show all posts
sapelah yg luluskan kajian sebegini ... ke saja2 je ckp kajian ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hasanah ke? ape bukti yg dia tepek berkaitan kajian tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh cerita lama la
Zaman sblm kovit kot kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
macam pernah baca kisah ni. tapi kalo betul wujud kajian ni mesti perempuan ni rasa diri tu hot stuff kan. seminggu kenal lelaki2 ni dah ajk kawin. padahal dah mmg resam jantan suka menabur janji palsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 28-10-2021 05:40 PM
dasar murahan

Kat rumah takde cermin ke?
Kesian...jgn lupa pg beli dan cermin diri puas2
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:34 PM | Show all posts
tp kut seminggu dah kata i lap you, percaya la , tu nak gentel cipap ko je dek..

kut meols lecturer budak ni, aku hempuk je pala dgn fail, naive giler ko dhekk.. baru nak kena dunia keeewwww  
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:42 PM | Show all posts
kajian cari nahas ni... hahah.. risiko besar mcm2 boleh jadi ada yang terbang kealam kubur pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 06:52 PM | Show all posts
Saya no comment aja ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira tunggang ugama gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:24 PM | Show all posts
ni di katakan betul betul kajian....rasa sendiri dulu baru tulis tesis
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bebetul kajian ni..kalau kaya takpe la jgk nk curang..tp bkn laki kita la..laki org..kalau mitk blnja iphone pun xmampu ada hati nk curang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Syariah?

Kalau budak Psikologi buat gini, logik juga.

Ngaku aje la kau memang birah ada fetish kat laki orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kajian atas katil ko buat ke tak dekk?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lect mana yg approve tajuk ko dek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Supervisor main approve je tajuk kajian ye dekkkk.. Sabau je la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo... kajian mende ni? Budak syariah pulak tu??? Tak percaya aku kalau lelaki2 yg curang2 ni just keluar makan, borak2 je... mesti sampai ranjang punyalah... kalau nak curang tapi ada halal gap, buat apa nak curang? Baik dia menggentel bini kat rumah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067744 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list