CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 0

[Sarawak] Manfaatkan Terminal Pertukaran Kru baharu di Miri

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:46 PM | Show all posts |Read mode


Lee (belakang, kiri) bersama yang lain ketika mengadakan lawatan kerja ke CCT yang terletak di tebing Sungai Miri, di Pulau Melayu, yang sudah siap dan mulai beroperasi.
MIRI: Syarikat-syarikat terbabit dan pengiat industri minyak dan gas di sini, dikehendaki memanfaatkan sepenuhnya Terminal Pertukaran Kru (CCT) bagi para pekerja luar pantai, yang terletak di Pulau Melayu di sini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato' Sri Lee Kim Shin berkata CCT yang baharu siap dan mula berioperasi itu, bukan sahaja menyediakan platform yang selamat untuk pendaratan dan pertukaran kru, malah membolehkan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) melaksanakan tugas dengan lebih lancar dan berkesan.

"Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui LSS akan melaksanakan penguatkuasaan yang diperlukan seperti yang diperuntukkan di bawah Ordinan Sungai Sarawak 1993.

"Pertumbuhan pesat dalam industri minyak dan gas, ini telah mengakibatkan bilangan bot kru luar pantai meningkat sekali gus turut menyumbang kepada penambahan lain-lain perkhidmatan untuk pelbagai jenis kapal sokongan luar pantai," jelas Lee di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat CCT Pulau Melayu yang sudah siap dibian sepenuhnya, bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datu Buckland Bangik; Pemangku Kontroller LSS, Lt Kol (B) Ding Tiew Wong serta ahli-ahli Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) yang terdiri daripada Vincent Lu Yew Hee, Kapten Bernard Idit serta Pandang Semat.

Menurut Lee, sepanjang 15 tahun yang lalu, bilangan serta saiz kapal sokongan bagi pekerja dan keperluan luar pantai ini telah meningkat.

Justeru katanya, keputusan membina CCT sepanjang 200 meter, oleh LPM yang bermula pada September 2019, sebagai salah satu daripada komponen untuk menambah baik tempat berlabuh bagi kapal-kapal sokongan luar pantai ini adalah tepat pada masanya.

"Kita amat mengalu-alukan usaha dalam menyokong dan memastikan keberkesanan dan kelancaran operasi kapal-kapal kru luar pantai yang keluar masuk melalui Sungai Miri," ujar Lee.

Pada masa ini, katanya, terdapat sejumlah 186 kapal yang berlesen dengan Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan memberi perkhidmatan kepada industri minyak dan gas, yang sebahagian besar daripadanya beroperasi di Bintulu dan Miri.

"Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa memberi sokongan padu terhadap pertumbuhan industri minyak dan gas di Sarawak dan pengumuman mengenai penempatan semula ibu pejabat Shell Malaysia ke Miri, baru-baru ini, pasti akan menyaksikan peningkatan dan kerancakan aktiviti maritim dan sungai khususnya di Sungai Miri.

"Semua ini akan menjadi petanda baik dengan pertumbuhan ekonomi negeri terutamanya pada masa yang mencabar ketika pandemik COVID-19 ini," jelas Lee lagi.

"Kementerian kita juga sedang dalam proses mencari cara untuk menjaga keselamatan-keselamatan pelayaran dan kecekapan kapal di Sungai Miri," tambah beliau.

Lee berkata, antara lain, Kementerian melalui LSS sedang meneliti pembinaan bagi kawasan berlabuh di Kuala Baram untuk kapal-kapal yang tidak beroperasi, menubuhkan Bantuan untuk Navigasi (AtONS) serta Sistem Pengurusan Trafik Kapal (VTMS) pada masa akan datang.

Semua usaha ini, katanya, melalui penambahbaikan sektor pengangkutan sebagai penggerak utama kepada ekonomi negeri diambil untuk meningkatkan keyakinan pelabur, mengembangkan pelaburan sedia ada dan menarik lebih banyak pelaburan baharu ke Miri.


utusanborneo.com.my/2021/10/26




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.234533 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list