CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 1

[Sabah] Perintah Berkurung kali ke-173 dilanjutkan sehingga 11 November depan

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Perintah berkurung kali ke-173 dilanjutkan selama dua minggu sehingga 11 November depan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata dengan berkuatkuasanya perintah itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) antara jam 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ini adalah bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

“Hasil maklumat risikan mendedahkan kumpulan militan Abu Sayyaf dan pihak yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan,” katanya.

Tambahnya pelanjutan ini juga bertujuan untuk menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di bahagian daratan kawasan ESSZONE.

“Dengan pelaksanaan perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Pelaksanaan perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 11:26 PM | Show all posts
errr sus btollah...mcm bahaya je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.068152 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list