CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 0

[Sabah] PETRONAS bina kemudahan LNG pertama di Sabah

[Copy link]
Post time 26-10-2021 10:39 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA KASIH: Hajiji (tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Lokman. Turut kelihatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong (dua kanan) dan Peguam Besar Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof (kanan).

KOTA KINABALU: PETRONAS akan membina kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah.

Kemudahan itu akan dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Mengumumkan perkara ini di sini hari ini, susulan kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek LNG tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID) pada tahun 2022 adalah langkah ke arah yang betul.
"Kerajaan akan terus mengusahakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan hasil tambahan melalui penyertaan ekuiti untuk Sabah.

"Projek LNG pesisir pantai adalah hasil kajian bersama antara kerajaan negeri dan PETRONAS untuk mengenal pasti pilihan penerokaan gas optimum dalam usaha memaksimumkan jangka panjang ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah," katanya.

Hajiji memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melihat lebih banyak pilihan untuk memastikan rakyat Sabah meraih faedah daripada sektor minyak dan gas negeri ini.

Loji baharu LNG itu dijangka meningkatkan jumlah pengeluaran LNG daripada 2.7 kepada 4.7 juta tan metrik setahun (MTPA), menambah 2 juta MTPA lagi kapasiti pengeluaran LNG.

Apabila beroperasi, loji LNG akan mengukuhkan lagi ekosistem bakat tempatan dan syarikat yang mempunyai kemahiran khusus untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan sokongan.

Loji LNG pesisir pantai akan dibangunkan di SOGIP di mana gas akan dibekalkan dari lapangan gas Sabah melalui Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang sedia ada.

Loji itu akan disambungkan berhampiran sambungan jeti baharu Petronas Chemicals Fertilizer Sabah dan disokong oleh utiliti serta kemudahan yang terpilih dari daratan.

Dengan keupayaannya yang boleh dipindahkan, loji LNG pesisir pantai mampu menyediakan penggunaan aset secara berterusan dan mengoptimumkan pelaburan.

Aktiviti Front End Engineering Design (FEED) untuk projek ini akan bermula pada akhir Oktober 2021 dan tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID), loji LNG  pesisir pantai dirancang akan siap untuk bermula pada akhir tahun 2026.


utusanborneo.com.my/2021/10/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056956 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list