Tujuannya berkongsi hal ini bagi menangkis dakwaan orang sekeliling yang melabelkan dirinya terlalu manja dan malas kerana tidak mahu memandu.
“Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk TIDAK MEMANDU lagi. Saya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah malah saya dah memandu selama 6 tahun. Tapi orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.”
“Masa memandu tak boleh nak fokus, berangan, cuai, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab or minta orang lain drive is a better choice walaupun tak convenient. Duduk jadi passenger pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.”- tulisnya di Instagram.
Foto: Instagram @sharifah_sakinah
Terdahulu, Sakinah memberitahu telah pun menyedari penyakit itu selepas tamat persekolahan. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.
Sumber:
https://murai.my/2021/129813/sharifah-sakinah-terkini-akur-tak-boleh-lagi-memandu-kereta/