CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 1

Quartararo sahkan kejuaraan MotoGP

[Copy link]
Post time 24-10-2021 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Misano Adriatico: Fabio Quartararo meraih trofi sulung kejuaraan dunia MotoGP selepas pencabar terdekatnya Francesco Bagnaia terbabit dalam kemalangan di Grand Prix (GP) Emilia-Romagna.

Bagnaia, yang ketinggalan 52 mata di belakang Quartararo ketika berbaki tiga perlumbaan termasuk saingan tadi, selesa mendahului perlumbaan sebelum dia terjatuh ketika berbaki beberapa pusingan sekali gus membolehkan pelumba kelahiran Perancis itu meraih kejuaraan sulung MotoGP.

Quartararo, 22, yang bermula di petak ke-15 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang juara perlumbaan hari ini, Marc Marquez.

Marquez sebelum itu sentiasa mengejar Bagnaia hampir keseluruhan perlumbaan.

Rakan sepasukan Marquez bersama pasukan Honda, Pol Espargaro menduduki tempat kedua dan Enea Bastianini dari Ducati meraih tempat ketiga.

Tugas Bagnaia bertambah sukar selepas seawal pusingan ketiga apabila rakan sepasukannya, Jack Miller yang bermula di petak kedua, terbabas keluar litar.

Pelumba Australia itu sebelum itu melindungi Bagnaia daripada dihampiri juara MotoGP enam kali, Marquez yang juga juara dalam perlumbaan sebelum ini di GP Amerika Syarikat.

"Saya masih tidak mempercayainya. Ia sangat menggembirakan apabila meraikan bersama keluarga saya, kami akan meraikannya malam ini dan sehingga hujung musim," kata Quartararo yang tidak dapat menahan mengalirkan air mata.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-kejuaraan-motogp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2021 09:52 PM | Show all posts

QUARTARARO meraikan kejayaan bersama pasukannya selepas mengesahkan kejuaraan MotoGP musim ini. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049854 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list