CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12457|Reply: 10

Masalah beli rumah dengan 'Kementerian Perumahan Malaysia'..

[Copy link]
Post time 17-8-2010 12:22 PM | Show all posts |Read mode
a) saya nak tanya tentang beli rumah melalui kementerian perumahan Malaysia. Nurul dah dapat kunci rumah  baru   (beli rumah harga RM150k) apartment, buat dengan loan govt ni la.. so yang menjadi tanya saya kat sini ada kawan saya cakap orang kementerian Perumahan ini akan memulangkan duit kita sikit selepas dapat kunci tolak daripada perjanjian loan yang kita buat tu, saya tak faham bab kat situ. Buat loan dengan govt memang cerewet skit memandangkan dah 1 tahun 2 bulan apply buat luan ni... alhamdulillah sekarang baru selesai.

b) saya ada membayar cek 'late payment' kat lawyer tuan rumah RM398.25, bila dah serah kunci kat saya baru dia cakap ada hutang dari cukai pintu, dan cukai2 lain.. saya tak pasti.. yang bernilai RM2k+      fikir2 memang patut saya bayar ke ? macam tak masuk akal jer.. sebab awal tahun 2010 saya tak dapat kunci... perlu ke saya bagitahu kat kementerian perumahan hal ni.. dan adakah saya akan mendapat pengkecualian ?

harap kawan2 yang penah tahu hal ini diharap dapat membantu. terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 09:54 PM | Show all posts
Reply 1# nurulazzah05


    apa yg nurul maksudkan dgn tuan rumah??

nurul tgk balik perjanjian jualbeli....tarikh penyemprnaan bila...tarikh serahan milikan kosong bila...
sbb kadang2 sblm tarikh tu penjual kena tanggung, selepas tarikh tu nurul yg kena tanggung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2010 09:30 PM | Show all posts
Reply  nurulazzah05


    apa yg nurul maksudkan dgn tuan rumah??

nurul tgk balik perjanjian  ...
tukul Post at 17-8-2010 21:54



i beli rumah tu pada 12.8.2009 dan dapat kunci pada 12.8.2009, saya tak tahu sape yang bersalah. tuan rumah tu suruh saya bayar 1 tahun lambat tu (late charges) lebih kurang rm2200... kat mana saya nak cari duit lebih tu, mcm penzaliman berlaku dalam pekerjaan kerajaan yang orang tidak tahu.. saya tiada orang dalam yang kenal, asalnya lawyer sy tidak bgtahu masalah berpunca status rumah saya beli tu terang-terang kata apartment, bila sumit sana kena kata condominium sebab kondominium facilitis... sbb tu bertekak sampai ke 1 tahun sehingga saya sendiri pegi ke sana apa masalahnya, rumah tu tiada penyewa sebab tuan rumah tu tidak bagi org lain sewa sebab takut rumah loan saya sudah lulus (itu kata tuan rumah) sape yang patut bertanggungjawab sekarang ? saya rasa saya tidak patut bayar rm2200 tu gara2 orang kementerian lambat luluskan loan saya.. lawyer i dah buat cepat2...

tolong sape2 membantu..tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 01:00 PM | Show all posts
yg pertamanya... Pinjaman tu adalah pinjaman perumahan kerajaan ke ? Mana ada KEMENTERIAN PERUMAHAN MALAYSIA.

1. Bila kita apply loan utk rumah yg dibeli, loan akan ikut harga rumah sahaja...., mana boleh ambik lebih dan dapat duit kemudian pulak..., melainkan u beli rumah dan bayar 10% deposit, dan u apply for full loan dan u memang layak utk amount tu,... bila kerajaan dah keluarkan semua bayaran kpd peguam, then peguam akan pulangkan 10% deposit yg u bayar mula2 tu...  

Drp pengalaman saya buat pinjaman ngan Kerajaan atau bank, sama jer lecehnya..., malah buat ngan kerajaan lagi senang, dalam 2 minggu lepas submit semua dokumen, loan dah lulus..., payment pertama dah boleh dikeluarkan.... Buat ngan bank, tak cepat pun, ambik masa berbulan gak baru payment pertama nak keluar...

2. Masalah cukai pintu dan bil tertunggak, bergantung kepada tarikh awak sign perjanjian. Lepas awak dah sign S&P, awak dah start bertanggungjawab atas rumah tu, walaupun tak dapat kunci lagi..., kalau bil tu semua tarikhnya sebelum perjanjian, suruh tuah rumah sebelum tu bayar, atau kalau ada lg yg duit yg belum di bayar kpd tuan rumah, awak potong jer drp situ...

Masalah late payment charges, memang pembeli kena tanggung, tapi selalunya try mintak diskaun drp pemaju, mana2 pinjaman pun selalunya ada, pinjaman bank pun kena gak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:11 PM | Show all posts
sy pon baru dpt surat kena interest(rm78.90) sbb day overdue stage 1(byran 10% drpd harga rumah)..bahagian pinjaman perumahan lewat sminggu je...tepon pemaju depa kata settle nnt time ambik kunci...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:58 AM | Show all posts
erm... tak tahu dah saya nk buat mcmmana ada laki pun.. rasa macam tak de jer.. semua kena urus sendiri... semua cukai2 tu sy buat sendiri.. surat rayuan pun sekali.. tak tahu dapat minta diskaun ke tak... bil2 nk minta pengurangan tu laki i ada simpan... tapi dia tak buat apa2 pun... buat 'kain buruk' agaknya... kalau tolong bayarkan ok gak.. ermmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2010 09:22 AM | Show all posts
a) saya nak tanya tentang beli rumah melalui kementerian perumahan Malaysia. Nurul dah dapat kunci r ...
nurulazzah05 Post at 17-8-2010 12:22


1- soalan berkaitan bayaran lebihan oleh perumahan rujuk jwp bayumentari.

2- apa masalah smp loan lambt sgt approved? sy submit loan govt 2weeks da ok, maybe ada masalah sampingan kot?

3- bg rmh2 jenis apt/kondo yg ada maintenance etc biasa klu rmh msh atas nama pemaju, pemaju akn kuakan surat apa2 o/standing payment yg perlu dijelaskn oleh penjual..semua ni perlu diselesaikan sehingga tarikh pengambilan kosong rmh tersebut dan loyer incharge akan buat apportionment brp yg perlu dibayar oleh pembeli yg tlh dibyr oleh penjual.

4- interest late payment mmg pembeli kena byr wp kelewatan dipihak perumahan/bank pembeli..tapi blh tolak semula dgn kelewatan dipihak penjual yg menyumbang kpd kelewatan tersebut dan jg budi bicara penjual..klu penjual lbh kurang ok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:45 PM | Show all posts
pelik betul situasi ni....aku pernah pakai loan gomen beli rumah...approve dlm masa 3 hari....terkejut betul....takde apa2 masalah sampailer dpat kunci developer kata ada tertunggak 5000+++......seperti biasa ikut prosedur aku tulis surat pada BPP sk kpd developer dan sk kepada lawyer........jeng jeng jeng.....dari 5000 terus jadi RM19 sahaja......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 12:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by kutat at 7-10-2010 00:43

Askum... pn nurul pertama sekali ada sedikit pembetulan.. pinjaman perumahan (gov loan) adalah bukan dibawah Kementerian Perumahan Malaysia tetapi  Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia dibawah Kementerian Kewangan Malaysia. Membeli rumah dah siap contoh apartment, bpp akan bayar sekali gus kepada loyer sekiranya rumah tersebut tiada hutang bank. sekiranya rumah tersebut masih digadai dibank  akan berlaku urusan tebusgadai. Dari situ tiada pemulangan duit akan berlaku sekiranya pn mendapat kunci.

Sebenarnya membuat pinjaman perumahan melalui pinjaman kerajaan tidak cerewet seperti yang pn sangkakan.. sekiranya pn sendiri yg uruskan segala borang dan urusan ke pinjaman perumahan dalam masa lebih kurang sebulan masalah pn boleh selesai. kalau dah sampai 1 tahun 2 bulan tu mungkin ada silap dan permohonan tak lengkap atau lambat hantar borang.  sekarang permohonan yang diterima  lulus satu hari bekerja sekiranya permohonan lengkap.
3. Pinjaman Perumahan hanya mengeluarkan pinjaman mengikut harga rumah yg dipohon, kelayakkan peminjam dan kelulusan dari Jab Penilaian (JPPH) sahaja. Cukai pintu,insuran, fee loyer dan lain2 adalah tanggungan pembeli.. semoga  puan dapat sedikit penjelasan dari saya. harap maklum..

untuk maklumat dan penjelasan lanjut sila layari laman web: http://bpp.treasury.gov.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply 9# kutat


    dah dapat kunci skrg ni.. tengah buat renovation pula.. ada berlaku water proving... kena tambah untuk kos pembaikan kerosakan...sampai sekarang masalah denda tu tidak setel.. saya sudah pening. saya tak tahu salah siapa.. my lawyer saya cakap Kem Perumahan itu asyik reject permohonan saya kerana dalam borang tu ada tanda kotak tanda pangkah ada tanya : rumah pangsa, condominium, rumah banglo,rumah teres dua tingkat, terus 1 tingkat tu.. so untuk pengetahuan semua.. terang2 dalam S&P menyatakan rumah 'apaertment' (tp sy punya condo faciality) so lawyer saya tanda rumah pangsa kerana tiada dinyatakan rumah 'apartment' ... so salah sikit je masa buat tanda pangkah tu.. terlajak sampai 1 thn lebih sebab masalah itu.. nk saya kata bodoh kat kementerian perumahan tu.. bodo la jugak.. sebabnya sy ada tanya apa masalah.. dia kata masalah jenis rumah tu.. so sy dah malas dengar masalah ini semua.. senang2 citer tanda jer condo.. so harga jenis pendaftar rate rumah 'charge' bukan apartment..WAJIB condominum yang berharga RM150k ... yang saya marah saya terpaksa bayar kesemua bil maintainence yang taik pernah saya tinggal rumah tu gara-gara kelewatan pemprosesan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 04:59 PM | Show all posts
Nasihat saya...sila baca semula S&P nurul. Selalunya ada tertulis sebarang claims di dalam tempoh pembelian adalah di bawah tanggung jawab siapa.

Sekiranya lewat serahan kunci akibat CF ia adalah dalam tanggung jawab kontraktor...kita boleh memohon pampasan 10% setahun dari harga pembelian rumah...di kira dengan berapa hari kelewatan yang berlaku. Ini juga tertulis di dalam S&P. Formula yang tepat tentang pengiraan tu saya tak ada jadi sila gunakan sumber yang lain untuk mendapatkannya.

Berhati-hati kerana selalunya pembeli tertipu dengan klausa ini...setelah diputar belit oleh mereka akhirnya pembeli pula yang terpaksa membayar itu dan ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.186699 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list