CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 4

[Borneo] Penerima Sinovac Boleh Ambil Dos Penggalak Pfizer Bermula Esok

[Copy link]
Post time 22-10-2021 05:58 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebagai permulaan, perlaksanaan pemberian dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac yang layak akan dimulakan esok secara berfasa di seluruh negara.

Beliau berkata, dos penggalak secara heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan) itu akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas.

“Ini berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober lalu.

“Pemberian dos penggalak secara heterologous adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian (subgroup) dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) dan kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC), iaitu bagi semua penerima dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick),” katanya dalam sidang media khas secara hibrid, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, objektif pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optima diperoleh oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Pemberian dos penggalak ini akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.

“Kaedah janji temu pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari semasa ke semasa dan tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat janji temu melalui sistem yang sedang dibangunkan oleh KKM,” katanya.

Katanya, KKM amat menggalakkan supaya setiap individu yang layak untuk mengambil dos penggalak, mendapatkan suntikan dos itu walaupun ia adalah sukarela.

“Ini supaya tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan Covid-19. Terdahulu, pelaksanaan pemberian dos penggalak dimulakan di seluruh negara pada 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty.

Buat masa ini pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu dengan keutamaan kepada anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan individu dengan komorbid.

“Sehingga 19 Oktober lalu, seramai 47,728 sudah pun menerima dos penggalak,” katanya. – HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:51 AM | Show all posts
ingatkan dah 2 dos dah boleh tutup cerita vaksin
nampak gayanya hari2 la mengadap berita vaksin lagi
kat mana2 cerita benda sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 12:19 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 11:51 AM
ingatkan dah 2 dos dah boleh tutup cerita vaksin
nampak gayanya hari2 la mengadap berita vaksin lagi ...
negara luar ... ada yang dah lama  dose ni ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:37 PM | Show all posts
aik kena dos penggalak berlainan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-10-2021 12:19 PM
negara luar ... ada yang dah lama  dose ni ...

Adik kmk dah booster. So far okay jak. Dah smggu dah ambik.

Baruk nak login di forum. Complicated lah forum baru. Kmk pandei lupak indah password. Hahaha ok done mbebel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.934016 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list