Menurut Zul, walaupun dia tidak mengambil suntikan vaksin namun tidak timbul masalah dalam kalangan ahli keluarga serta rakan terdekat. Dia berpendapat keputusan kerajaan itu seakan menyekat kebebasan umat untuk menjalani kehidupan dengan aman.
"Tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjenayah atau pun pengganas, mereka juga ada di kalangan orang-orang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat.
Jangan terlalu sombong dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik. Simpan perkara ini sampai ke akhirat. Insya-Allah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat."
Tambahan pula, golongan yang belum divaksin tidak sampai 10 peratus selain menganggap individu itu bukan penjenayah atau pengganas.
Tidak dapat dinafikan, tiada siapa pun yang boleh memberi jaminan bahawa vaksinasi ini boleh membebaskan seratus peratus dari kesan sampingan samada untuk jangkamasa pendek maupun jangkamasa panjang.
Namun, golongan yang memilih tidak mahu divaksin seharusnya tidak menyebarkan berita palsu yang mengancam kesihatan awam.