CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3125|Reply: 36

SB kena halau cuba mengintip aktiviti KEADILAN

[Copy link]
Post time 9-8-2010 01:25 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.

Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.

Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.


Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor.


"Kita minta pihak polis supaya tidak menjadi alat atau orang suruhan Umno-BN, mereka hendaklah bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya tidak menjadi seperti orang suruhan atau * Kucing politik bagi menjaga kepentingan politik pemimpin jahat," tegas beliau kepada Suara Keadilan.


Tambah Dr Badrulamin, sejak insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sehingga membawa kepada era reformasi, pihak polis secara berterusan masih lagi bertindak secara tidak profesional dan hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.

Sepatutnya tugas asasi pihak polis kata beliau adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukan campur tangan dalam urusan parti politik.

Mengenai program penerangan diseluruh negeri Selangor, Dr Badrulamin berkata langkah penerangan balas kerajaan Pakatan Rakyat melalui SKS akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka pada 11 Ogos.

Beliau berkata pihaknya memilih untuk membuat penerangan di semua masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi mengerjakan ibadat.

Tambah beliau, selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan sistem penyaluran maklumat, pihaknya akan meningkatkan edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan dan tohmahan pembangkang.

Bilangan akhbar Selangorkini dijangka ditingkatkan daripada 60,000 kepada 300,000 dan bakal diedarkan selepas Hari Raya Adil Fitri nanti.

-------------
p.s- ini dah salah guna kuasa ni... duk mengintip ke hulu mengintip ke hilir.. sampai bila polis nak diperkudakan dek UMNO ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2010 01:28 AM | Show all posts
bodoh punya polis jadi balaci umngok.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 11:09 PM | Show all posts
ade lg pihak sanggup jd anjing suruhan UMCO ni yerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:09 AM | Show all posts
guna istilah kucing politik
ayat berlapik dan berlembut tu!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:29 AM | Show all posts
SB= siput Babi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:31 AM | Show all posts
nak wat camne.. da skop kerja camtu... menjalankan tugas untuk pemerintah tanpa soal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 12:56 AM | Show all posts
SB = sahabat baik
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:58 AM | Show all posts
*kucing politik.... best..!! best..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 01:07 AM | Show all posts
SB baca tajuk ingatkan sultan brunei
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 01:39 AM | Show all posts
sb=susilo bambang....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 01:50 AM | Show all posts
Polis nak sokong PKR pun tak kasik?
Pastu meroyan bila undi POS , polis vote BN
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 06:58 AM | Show all posts
cian, kucing dengan babi kurap pun diorang tak reti nak bezakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 07:56 AM | Show all posts
lepas ni mesti gaji polis naik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 07:58 AM | Show all posts
dah mmg dari azali keja SB camtu...ala2 perisik profesional gitu!

kat mana2 melambak SB nih...dlm jabatan kerajaan pun diorg leh nyusup sbagai mata2 pihak pemerintah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:00 AM | Show all posts
Reply 13# kawaq83

harus la naik sbb polis kan stia pada tuannya ibarat....(paham2 aje lah)
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:03 AM | Show all posts
dah skop tugas diaorang macam ni....jadi mata gelap kerajaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 08:14 AM | Show all posts
betul ke SB Polis? Bukan Military punya ka? Ala.. yang RPK kata dia ada kontek tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:21 AM | Show all posts
Sib baik tak dipancong kepala sb tuh cam bapak syaithon....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:22 AM | Show all posts
SB bangang............  dah tau nak nyamar tapi kantoi.........  keh keh keh........

Klu haku bos ko meme kena hukum tembak jer...........

Malukan UMNGOK jerrr.............
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 08:56 AM | Show all posts
kenapa nak halau? apa nak takut kalau kamu di pihak yang benar? Berani kerana benar, takut kerana salah. Kat ceramah PAS lagi ramai tali barut UMCO ni, siap pakai talkie-walkie.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list