CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1578|Reply: 5

Edisi Sarawak: Patau Rubis Mahu Kembali ke SNAP?

[Copy link]
Post time 22-7-2010 01:02 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Patau Rubis membayangkan beliau mungkin akan menyertai semula Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Walaupun begitu, Patau tidak akan membubarkan partinya sekarang walaupun kembali ke SNAP. SNAP kini adalah komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR) di negeri bumi kenyalang itu.

Ini adalah kerana Patau berkemungkinan akan menyerahkan pimpinan parti Star berkenaan kepada pemimpin baru untuk terus berjuang dan juga alasannya bahawa amat sukar untuk menubuhkan parti baru dan amat membazir jika dibubarkan. Oleh itu, bagi mereka yang ingin meneruskan agenda Star boleh meneruskan perjuangan parti berkenaan.

Patau menubuhkan parti Star pada tahun 1996 untuk bertanding di dalam pilihanraya Dewan Negeri Sarawak selepas digantung dari parti SNAP pada tahun 1995. Ketika itu, Patau adalah Naib Presiden parti SNAP. Dengan penubuhan Star, Patau menyifatkan parti itu membawa wadah perjuangan asal SNAP yang pernah dibawa oleh bekas Presidennya, mendiang Stephen Kalong Ningkan.

Patau sendiri berkata bahawa beliau tidak pernah meninggalkan SNAP dan isu sama ada beliau menyertainya semula tidak timbul sama sekali. Penggantungan beliau berakhir pada tahun 2000.

Spekulasi mengenai beliau mungkin menyertai semula SNAP bermula selepas Mahkamah Rayuan membenarkan kewujudan parti tersebut pada hujung Jun lepas. Malah, semasa pilihanraya umum 2004 dan 2008, Patau telah bertanding di atas tiket SNAP di kerusi parlimen Mas Gading Sarawak tetapi tewas kepada Dr. Tiki Lafe dari BN-SPDP.

Suatu masa dahulu, parti SNAP merupakan satu parti yang kuat di Sarawak dan pernah satu ketika memiliki 18 kerusi Dewan Negeri dan 9 kerusi Parlimen. Namun begitu, kekuatan SNAP berakhir dari masa ke semasa selepas semakin banyak krisis dalaman berlaku.

Sementara itu, Setiausaha Agung SNAP, Stanley Jugol memaklumkan bahawa sesiapa yang ingin kembali menyertai SNAP perlu mengisi borang permohonan mereka. Ini adalah kerana SNAP tidak membenarkan ahlinya mempunyai dua keahlian parti politik.

************************************************

-KLToday.com-

Muntz, kasi cerita sikit pasal politik Sarawak ni...

Camne parti yang pernah kuat satu ketika dahulu sekarang ni jadi parti serpihan je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 01:11 AM | Show all posts
Sebenarnya ini berpunca daripada perpecahan kaum Dayak (Iban, Bidayuh & Org Ulu) di Sarawak. Dari dulu lagi, mereka bernaung di bawah pelbagai parti, spt Pesaka, SPDP, SNAP, PBDS, Star dsb. Parti Star nie paling kuat di kawasan pedalaman Kuching spt di Bau dan Lundu di mana ramai penduduk Bidayuh.. tapi itu dulu lar. Kalau nak korek balik sejarah parti2 nih, rasanya satu page forum ni pun tak cukup kot.

Kalau Patau Rubis nie nak masuk Snap pun, bagi aku takder effect besar sangat pon. Lagipun parti Star tu pun ala2 dah nak berkubur gituh. Election tahun 2008 pun diorang tak hantar satu calon pun bertanding. Office diorang kat Batu Kawah tu pun ala2 terbiar gituh... dgn signboardnya yg entah berapa kurun dah tak bertukar. Jadi, kalau dia masuk Snap, aku rasa ala2 hembusan nafas jah. Dulu pun Star nie bawah pembangkang jugak, so masuk Snap pun sama gak. Cuma Snap nie aku masih kabur dgn status diorang. Sbb diorang nie ala2 setengah kaki masuk BN, setengah kaki masuk PR.

Apa pun, harap2nya ada seorang pemimpin di kalangan org Dayak sehebat Rentap yg boleh menyatupadukan seluruh masyarakat Dayak di bumi Sarawak nih. Sangat sayang bila bangsa spt Iban yg bercakap dgn satu bahasa, menjadi bangsa terbesar di Sarawak, boleh berpecah kepada terlalu byk parti. Aku rasa banyak kali dah diorang cakap benda ni dalam ceramah bagai, tapi perpecahan masih gak berlaku. It's like a neverending story gituh. :re: :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 01:13 AM | Show all posts
Sebenarnya ini berpunca daripada perpecahan kaum Dayak (Iban, Bidayuh & Org Ulu) di Sarawak. Dari du ...
Muntz Post at 22-7-2010 01:11

So kalau PR guna modal 'Penyatuan Iban' (UMNO guna penyatuan Melayu ), tu boleh kuatkan kempen depa di Sarawak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:21 AM | Show all posts
So kalau PR guna modal 'Penyatuan Iban' (UMNO guna penyatuan Melayu ), tu boleh kuatkan kempen d ...
juwaini Post at 22-7-2010 01:13



    Boleh jadi jugak. Actually aku tak tengok benda nie dari perspektif kaum, tapi aku tengok dari perspektif membangunkan bangsa Dayak. Bila mereka bersatu, suara mereka akan lebih kuat kedengaran. Dari situ, mereka akan dpt lebih pembelaan. Sbb tu aku dari dulu lagi tetap dengan pendirian aku utk membela nasib Bumiputera, tak kira Melayu, Iban, Kadazan etc... bukan sbb bangsa, tetapi aku tengok Bumiputera masih ramai yg ketinggalan dari segala aspek. Sama macam kaum Dayak juga. Kalau lah mereka boleh bersatu hati, bersatu suara... maka lebih mudah kerjasama dijalinkan dengan kaum2 lain. Sama seperti kaum Cina yg bersatu hati mempertahankan identiti bangsa mereka... bila mereka bersatu, maka kita lebih mudah tahu apa yg mereka mahukan. Jadi next time, bila semua dah okay... ekonomi dah okay, pendidikan dah okay.. mgkin satu masa nanti kita tak perlu lagi bercakap tentang bangsa sbb masing2 dah maju. Sbenarnya benda mcm nie kita dah buat 30-40 tahun lepas... tapi disbbkan pemimpin2 kita yg dari dulu sampai skarang asyik nak fikir pasal kaum sendiri, maka benda nie keep on delaying. Sepatutnya by now, kita dah jadi mcm negara2 maju lain, tak perlu bimbang pasal bangsa jatuh, bangsa berdiri bagai.

Skarang nie pun, CM Sarawak pun tak mampu nak cakap apa2 pasal perpecahan Dayak kerana benda camnie dianggap agak sensitif. Biasanya hanya pemimpin Dayak sendiri yg mampu menegur. Itupun, masih lagi terjadi rumah panjang yang terbelah dua, malah ada yg terbelah tiga kerana tak sama fahaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 01:23 AM | Show all posts
Boleh jadi jugak. Actually aku tak tengok benda nie dari perspektif kaum, tapi aku tengok  ...
Muntz Post at 22-7-2010 01:21


Dalam PR takde ke pemuka-pemuka dayak yang suaranya lantang dan orang dengar?

Eh, tanya soalan bodoh sikit. Apa beza dayak dengan iban?

Iban tu subset dayak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:37 AM | Show all posts
Dalam PR takde ke pemuka-pemuka dayak yang suaranya lantang dan orang dengar?

Eh, tanya soala ...
juwaini Post at 22-7-2010 01:23



    Iban ialah subset kepada Dayak. Dayak tu ialah satu bangsa besar.. yg terdiri daripada Iban, Bidayuh, Org Ulu (kalau dalam Wiki, diorang include skali Melanau dan Kedayan). Kalau di Sarawak, Dayak ni consists of 3 bangsa peribumi utama: Iban, Bidayuh dan Org Ulu. Dalam Orang Ulu tu pulak, ada subset2 lagi mcm Kelabit, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Ukit, dsb. Sama mcm Melayu dalam konteks Malaysia nie jugak lar. Ada subset Bugis, Minang, Jawa (motif?) dsb.

Btw, dlm PR, so far hanya org Cina jer yg banyak pemimpin bersuara lantang mcm Chong Chieng Jen (DAP), Dominique Ng (PKR) dan Voon Lee Shan (DAP). Kalau dari kalangan Bumiputera, takder sangat pun. Yg aku kenal pun Zuhaidah Suboh (PKR), seorang wanita yg agak lantang bersuara tetapi sayang tidak dipilih sbg wakil rakyat. Kalau Dayak, lagi ler takder aku rasa. Aku boleh kata, banyak pemimpin yg bagus2 di Sarawak nie dah awal2 kena cop oleh BN. Kalau ko nak aku list pemimpin2 Bumiputera (termasuk Dayak) di Sarawak, mmg aku boleh bagitau.. tapi diorang nie semua dalam BN.

Nanti lah aku cuba2 mendalami sikit profile setiap wakil2 ahli PR kat Sarawak nih. Mana2 yg ada potensi tu aku bagitau lar.. tapi so far aku tengok belum berapa ramai lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-10-2022 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.082267 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list