CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28368|Reply: 106

Misteri Terowong Masa

[Copy link]
Post time 11-7-2010 02:10 AM | Show all posts |Read mode


Misteri Terowong Masa
Kredit: http://helmdahl.blogspot.com/2010/06/misteri-misteri-terowong-masa.html
Oleh: Hazirah Che Sab


BIARPUN sudah lebih dua dekad berlalu, peristiwa membingungkan masih menghantui Robert Asher dan masih mencari jawapan kepada misteri itu pada usianya ketika ini 62 tahun.
Asher memandu dari New York City ke Syracuse di New York, untuk mencari rumah pada 1984. Seorang ejen hartanah menghubungi Asher kerana sudah menemui sebuah rumah dan meminta mereka sekeluarga datang meninjau kediaman itu.

Ketika itu musim luruh. Asher balik daripada bekerja pada jam 6 petang dan terus pulang ke rumah mengambil dua anak perempuannya yang masih kecil ketika itu. Mereka meninggalkan rumah setengah jam kemudian dan tiba di kawasan rehat New Jersey kira-kira jam 7 malam. Mereka berhenti untuk berehat dan membeli kopi serta snek.
Ia bukan perjalanan pertama mereka ke New York dan mereka tahu ke mana hendak dituju dan ia mengambil masa kira-kira lima jam.

Apabila Asher kembali ke keretanya dengan snek yang dibeli, hujan mula lebat sehingga pandangan di depan amat kabur. Pemandangan sepanjang lebuh raya kelihatan sayup mata memandang dan isterinya tiba-tiba berkata: “Nampaknya kita memandu ke penghujung dunia.”
Asher berpaling ke arahnya dan apabila berpaling semula ke arah jalan raya, hari terang benderang dengan matahari bersinar terik dan mereka sudah pun berada di pinggir bandar Syracuse. Jarak keseluruhan kira-kira 482 kilometer.

Asher berpaling semula ke arah isterinya dan mengejutkan wanita itu. Anak-anak mereka masih tidur di belakang. Dia memberitahu isterinya kedudukan mereka dan ternyata isterinya tidak percaya kerana dia baru tertidur beberapa minit sebelum itu.

Asher cuma ingat memasuki kereta di perhentian di New Jersey dan tiba-tiba saja berada di Syracuse. Dia sendiri tidak ingat memandu sehingga ke Syracuse. Asher sedar dia tidak tertidur ketika memandu. Dia juga yakin tidak memandu dalam keadaan separuh sedar kerana terpaksa melintasi laluan berbahaya di Pergunungan Shawungunk.
Asher juga masih ingat dia tidak berhenti di tepi jalan raya kerana anak-anaknya berada dalam kereta dan misteri bagaimana mereka boleh sampai di Syracuse begitu cepat masih belum ada jawapan sehingga hari ini.



Keadaan sama pernah dialami Luci Stravato yang sehingga kini membingungkan dia dan suaminya, Dave.

Dave mengaktifkan penggera pada jam 7 pagi seperti biasa sebelum mereka masuk tidur. Pada awal paginya, pasangan itu dikejutkan dengan salakan anjing peliharaan mereka, Bear. Haiwan itu cuma menyalak jika ada seseorang atau binatang seperti kucing jiran merayau di sekeliling rumah.

Luci dan Dave bangun menyiasat dan Luci sempat melihat jam pada waktu itu jelas menunjukkan jam 5.30 pagi.

Mereka berjalan ke arah tingkap dapur yang menjadi fokus perhatian Bear, melihat keluar dan mengesahkan tiada siapa di luar. Mungkin cuma kucing liar. Kedua-dua mengambil minuman sejuk dan kembali ke bilik tidur.

Luci baru hendak menarik selimut untuk tidur selama sejam setengah lagi apabila ternampak jam menunjukkan 6.30 pagi. Luci terkejut tetapi berasa matanya mungkin kabur walaupun yakin dengan apa yang dilihatnya ketika meninggalkan bilik tidur. Dia segera memanggil suaminya dan Dave berkata mereka bangun ketika jam menunjukkan 5.30 pagi.
          Mendengar penjelasan Dave, Luci mula takut dan kebingungan memikirkan mereka mengambil masa sejam untuk ke dapur dan kembali ke bilik tidur. Dia tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya berlaku tetapi menegaskan jam menunjukkan jam 5.30 pagi ketika mereka bangun dan jam 6.30 sekembali mereka dari dapur.



Gambaran saintis mengenai 'Terowong Masa'



Artikel lanjut tentang Wormholes, Blackholes & Time Machine: http://sun.menloschool.org/~djensen/astronomy/Blackholes/wormholes.html


*wallahualam... Last edited by dn_vision on 4-1-2013 07:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 07:12 AM | Show all posts
orang putih saje reka2 citer je nih...nk fofulor..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 07:55 AM | Show all posts
Dah lambat nak pergi kerja...bagi alasan kat boss..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 08:42 AM | Show all posts
kalau ade betul mesti satu dunia alami benda sama...pelik nih kat oversea je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 09:34 AM | Show all posts
yang pelik jam aku selalu mati, dan aku nampak muda 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 09:50 AM | Show all posts
benda pelik suma kat oversea.. heran..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2010 11:05 AM | Show all posts
terowong masa...mesin masa...teringat citer doraemon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 12:28 PM | Show all posts
Reply 4# shahtar


    btul jugak..dulu ada kes omputeh ni badan dia terbakar dgn sendirinye..pernah kuar kat mastika..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 01:12 PM | Show all posts
omputih ni kalo nak menipu memang number 1,puncanye nak bagik msyarakat timur kagum ngan depa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:44 PM | Show all posts
ada mat saleh ni dia dah sampai 2036

http://johntitor.com/
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:57 PM | Show all posts
mcm2 la...aku pun selalu salah tgk jam...ingat 5.30 rupanya 6.30...& aku konfem tgk 5.30...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 02:20 PM | Show all posts
Reply 10# amier7769


    thanx...best baca yg tajuk 'SWITCHED ON THIS SUMMER' tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:53 PM | Show all posts
Reply 1# dn_vision


   Ini mcm wormhole jer. Kes yg hampir sama pernah berlaku di Kellie's Castle, Ipoh. Pelajar sekolah pegi Kellie's Castle melawat, masuk satu bahagian terus hilang. Parents buat report polis. Tgh2 cari dia, dia sebenarnya dah ada kat rumah nenek dia yg berpuluh2 KM jauhnya dari Kellie's Castle. Bila ditanya, dia kata dia naik ke atas tangga, kemudian nampak mcm kabus. Bila masuk ke sana, tiba2 dah berada di rumah nenek dia. Kes yg tak dpt dijelaskan sehingga kini. Ada banyak kes mcm ni berlaku kat US. Ada satu kes tu, sampai mamat tu tulis buku, tapi peliknya, dia hilang lepas tu, kemudian buku dia juga 'hilang' dari pasaran. Kes dia pula ialah dia tgh driving kat satu InterState, tiba2 termasuk ke satu dimensi yg ganjil. Di tepi highway, dia melihat makhluk2 ganjil seperti lizards yg sedang melakukan kerja2 construction. Tapi mahkluk2 ni cuma pandang jer pemandu tadi dan just ignore jer dia. Then pemandu tu terus memandu straight sampai la dia keluar dari 'dimensi' tadi. Dikatakan, ada beberapa insterstate di US yg mmg ada wormhole. Kat Malaysia pun ada (contohnya kes Kellie's Castle tu), tpi mungkin disebabkan org Malaysia tak/belum begitu memahami konsep wormhole, jadi ia tidak disebarkan dgn meluas. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:59 PM | Show all posts
rasa cam nak pi jer kelly castle tu...best juga kalau dpt alami sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 03:22 PM | Show all posts
rasa cam nak pi jer kelly castle tu...best juga kalau dpt alami sendiri...
epal59 Post at 11-7-2010 14:59



    tu la rs nk gi jugak..xpnh gi situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply  dn_vision


   Ini mcm wormhole jer. Kes yg hampir sama pernah berlaku di Kellie's Castle ...
auReLL Post at 11-7-2010 14:53



    wah menarik citer ni..tp rasenye kes ni ade kaitan x dgn alam ghaib/alam lg 1 tu..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 03:45 PM | Show all posts
ok.... ini mengikut kajian hamba yang tak seberapa nihh laa ehh....

pertama sekali..... bila 'orang putih' kena sesuatu benda yang pelik.... kita cuba menafikan dan kata mereka cuma mengada-ngadakan cerita, sama laa juga dengan orang melayu yang cerita nampak pocong atau pontianak 'orang putih' pulak tak percaya......

jadi,

bila dikatakan JIN itu mempunyai TEKNOLOGI yang cukup canggih, takkan laa mereka tidak dapat memikirkan suatu cara menakut-nakutkan sesuatu kaum itu.... sebab itu lain bangsa lain hantu nya......

untuk orang melayu yang sememang nya kaum mistik, maka cara menakutkannya lebih kepada penampakkan bentuk makhluk seperti pontianak laa, polong laa, pocong laa...

untuk 'orang putih' yang lebih advance, maka teknologi JIN pon lebih advance..... cara menakutkan kaum mereka tentulah lebih advance.... cuba bayangkan di bandaraya new york, sesuai kerr cik pon terlompat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain mcm spiderman.... tentu lahh tak jadi takut....... jadi cara mereka tentu berbeza.....

setiap bangsa ada mitos JIN mereka yang tersendiri.... contohnya di Nepal atau India biasanya mereka sinonim dgn api.... bila api yang agak aneh berterbangan, maka tentulah mereka akan jadi ketakutan...... jadi tak sesuai laa nak JIN nak menyerupai pocong kat negara mereka.... so, mereka menyerupai sesuatu benda yang biasa tapi akan nampak aneh....

itulah teknologi JIN...... banyak lagi hamba boleh kupas mengenai JIN nihh... suatu bangsa yang cukup sulit kita nak ketahui..... tapi cukup bermakna dikaji untuk bidang perubatan.... insyaallah....

Assalamualaikum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply 17# edy137

teruskan edy .... pasti ramai yang minat mengetahui lebih lagi seperti myself ni yang kurang arif tapi minat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 04:02 PM | Show all posts
Reply 16# dn_vision


Ada kemungkinan jugak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 04:56 PM | Show all posts
kalau mengikut "teori" ~ x ingat michio atau hawking yg ckp..
keujudan "dark" matter, "dark" particles, etc "dark" apa lagi tah aku x ingat boleh membentuk wormhole ~ time warp/space bending..
wormhole bleh terjadi dimana2 ~ x semestinya kat outerspace.
slalu terjadi, even kat bumi. tapi at this moment, belum boleh dibuktikan lagi.

"dark" sbb x de device yg boleh detect ~ cuma boleh agak2 je drpd kesan unsur tersebut.
berkemungkinan berada di frequency/alam lain.
boleh menembusi frequency kita (affecting)
impossible to go back in time.. cuma possible fast forward n slowdown time.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091205 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list