CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9370|Reply: 24

Al-Arqam, Rufaqa', Global Ikhwan, selepas ni apa pula?

[Copy link]
Post time 11-6-2010 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by alanttdi at 12-6-2010 00:03

Dulu tak pernah timbul pun isu Abuya Ghaib. Yang ada ialah isu Abuya akan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kenapa kini, selepas Abuya meninggal, baru timbul isu Abuya ghaib.Kalau betullah Abuya itu wali Allah dan mengetahui perkara ghaib, dia sepatutnya memberitahu pengikutnya khasnya, dan sekalian umat Islam amnya, bahawa selepas ini dia akan ghaib, sebagaimana Rasulullah memberitahu sahabatnya (ketika hayat Baginda) bahawa cucundanya Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussein akan shahid dibunuh, Saiyidina Ali juga akan dibunuh, Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan Islam, Contantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan Islam. Dan sekarang sekalian umat Islam dan juga bukan Islam telah menyaksikan kebenaran kata-kata Rasulullah S.A.W. Kalau benarlah Tsunami itu berlaku atas karamah abuya, kenapa tidak beritahu sebelum kejadian? Kenapa setelah berlakunya tragedi tsunami itu, baru nak cakap (bahawa terjadinya tsunami itu adalah kerana karamah abuya)?

Apakah perbezaan diantara janji-janji Rasulullah S.A.W. dengan janji-janji Abuya? Jawapannya, ialah janji-janji Rasulullah S.A.W. itu  semuanya adalah benar belaka, manakala janji-janji Abuya (seperti dia akan jadi PM selepas Mahathir)  semuanya adalah palsu!

Sila beritahu saya jika ada janji-janji Abuya yang benar-benar berlaku sekarang?

Abuya pernah meramalkan yang Kerajaan Islam Iran akan tumbang dalam masa sepuluh tahun, tetapi usia Republik Islam itu kini telah pun mencecah ke angka 31 tahun! Abuya juga pernah meramalkan Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS akan bertahan selama 5 tahun sahaja, dan akan kalah dalam pilihanraya yang berikutnya, tetapi usia kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS itu kini telah pun melangkaui usia 20 tahun!

Bukankah semua bukti ini menunjukkan bahawa segala ramalan dan telahan abuya adalah meleset sama sekali?

Selepas Abuya gagal menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, isterinya Hatijah Aam mula menghala perhatian ke Indonesia. Dalam satu penerbitan yang hanya diedarkan di negara itu, Hatijah menulis Abuya akan menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia. Penerbitan itu kemudiannya diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Kita lihatlah nanti siapakah yang sebenarnya yang akan menggantikan tempat Susilo sebagai Presiden Indonesia yang seterusnya. Kalau bukan Abuya,sahlah, ini adalah merupakan satu lagi siri pembohongan oleh bekas-bekas pengikut Al-Arqam dan Rufaqa'.

Asaari selama hidupnya telah memperjuangkan supaya rakyat Malaysia khasnya dan seluruh Nusantara amnya supaya mempercayai dirinya adalah Pemuda Bani Tamim, kalaulah hayat perjuangannya itu diabadikan untuk berjuang membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada penaklukan Israel, mungkin itu lebih bermakna bagi Islam. Sayangnya, Asaari yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim, yang konon dirinya adalah orang kanan Imam Mahdi, di sepanjang hayatnya, hanya bersikap membisu terhadap pembunuhan, penindasan dan penyiksaan ke atas umat Islam di Palestin, Bosnia, Chechnya, Filipina dan Kashmir. Pemuda Bani Tamim apakah ini, hendak bersuara membela saudara Islam yang tertindas pun tidak mampu! Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu sahabatnya, bahawa orang Islam itu adalah bersaudara, cubit peha kiri peha kanan terasa sakitnya; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Adakah Abuya menghayati kata-kata Rasulullah S.A.W. ini. Kalau dia menghayatinya, sudah tentulah dia tidak akan berdiam diri dengan penindasan Israel ke atas orang Islam di Palestin, dan dengan penindasan orang Serb ke atas orang Islam di Bosnia. Asaari juga memakai gelaran Abuya yang membawa maksud bapa yang penyayang (kepada sekalian orang Islam). Penyayang apa, orang Islam kena tindas sana-sini pun dia tak mampu untuk nak bersuara. Bapa yang penyayang kepada anak-anaknya sendiri tu adalah! Bapa yang penyayang kepada Fakhrur Razi dan Fakharuddin. Itu sahaja, dan tidak lebih daripada itu....!

Sekian, wallahu a'lam!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 11-6-2010 11:33 PM | Show all posts

Abuya Tak Boleh Jadi PM Malaysia, jika terlupa bawa MyKAD!

Post Last Edit by alanttdi at 14-6-2010 20:45

Abuya tak mati? Abuya cuma "ghaib" sahaja? Akan kembali semula ke Planet Bumi?

Kalaulah Allah S.W.T. hendak ghaibkan hamba-Nya, yang bernama Asaari bin Muhamad ini, yang kemudiannya akan membantu Imam Mahdi untuk menegakkan Daulah Islamiah di akhir zaman, Dia tidak akan ghaibkan Asaari di dalam wad lemah jantung di Hospital Ipoh!

Sebagai orang yang dikatakan (kononnya) sebagai Pemuda Bani Tamim, yang akan membantu Risalah Islam di akhir zaman, Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, mestilah memilih tempat yang istimewa untuk hamba pilihan-Nya itu. Mungkin Asaari boleh dighaibkan ketika tengah bersolat, atau ketika tengah membaca Al-Quran...ataupun ketika dia sedang diburu oleh Pasukan Polis Malaysia dan Pasukan Polis Thailand dahulu...ketika dia sedang diburu itu...dia pun menunaikan solat sunat 2 rakaat...untuk memohon perlindungan daripada Allah S.W.T...kemudian, selepas menunaikan solat sunat 2 rakaat itu, dia pun hilang, tidak ada sesiapa pun yang dapat mencarinya ataupun menjejakinya, termasuklah anaknya, isterinya ataupun pengikutnya...jauh sekali Pasukan Polis Malaysia, mahupun Pasukan Polis Thailand...jasadnya langsung tidak kelihatan! Kalau dalam insiden seperti ini, barulah kita boleh katakan Asaari Muhamad itu ghaib.

Tetapi mengikut kronologi kejadian, Abuya sedang dalam rangka lawatan ke salah sebuah cawangan syarikatnya di Ipoh, sekembalinya daripada siri lawatan yang sama di Thailand dan juga di Kedah. Para pengikutnya telah membuat persediaan untuk menyambutnya termasuklah dengan memasang banner yang tertulis "Selamat Datang Fata Tamimi", "Selamat Datang Bapa Poligami Malaysia"...dan lain-lain lagi. Asaari yang selamat tiba di Ipoh, kemudiannya mengadu sakit dada yang teramat sangat. Dia kemudiannya dibawa ke Pusat Pakar Ipoh (Ipoh Specialist Centre). Doktor yang merawatnya telah mendefinisikan "sakit dada yang teramat sangat", seperti yang diadukan oleh Asaari tersebut sebagai "serangan jantung". Dengan sikap yang profesional, doktor berusaha untuk merawatnya. Ketika dirawat di Pusat Pakar Ipoh itu, di saat-saat terakhir kehidupan Asaari Muhamad di alam nyata ini, saya tidak mendengar sepatah "Fatwa" pun daripada Hatijah Aam (yang selalunya bertindak sebagai jurucakap/spokewoman kepada Asaari) bahawa Asaari akan Ghaib. Yang saya lihat semuanya kelihatan sugul. Begitulah situasi di sini. Selepas itu doktor mengesahkan yang Asaari telah pun meninggal dunia. Ketika itu semua orang terpinga-pinga. Mereka tidak menyangka yang Asaari boleh mati. Mereka berpendapat "sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan sebelum mendapat Daulah, Asaari kebal daripada maut, kerana itulah janji tuhan". Tiba-tiba pula Asaari boleh mati di saat mereka semua (atau sebahagian besar mereka) berpendapat bahawa Daulah itu telah semakin dekat (Abuya dah nak jadi PM dah!)

Jenazah atau mayat Asaari kemudiannya di bawa ke Rumah Tetamu yang dikendalikan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, lalu disembahyangkan. Pada ketika ini juga "Fatwa" daripada Hatijah Aam yang menyatakan bahawa Asaari ghaib langsung tidak kedengaran.

Jenazah Asaari Muhamad kemudiannya dibawa dengan kenderaan pelbagai guna (Multi-purpose Vehicle-MPV) menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke tempat kelahirannya, Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, dan seterusnya dikebumikan di sana. Sebelum itu, jemaah (hadirin) yang masih belum lagi tahu bahawa Asaari telah pun "ghaib", telah menunaikan solat jenazah ke atasnya, kerana pada saat-saat terakhir sebelum Asaari dah nak masuk liang lahad ini pun, "Fatwa" daripada Hatijah Aam, bahawa Asaari itu sebenarnya bukan "mati" tetapi "ghaib" sahaja, belum lagi dikeluarkan. Hatijah Aam masih belum lagi mendapat ilham untuk mengeluarkan "Fatwa". Oleh kerana Hatijah Aam belum lagi mendapat ilham untuk mengeluarkan "Fatwa", jadi hadirin pun ingat bahawa "Asaari dah betul-betul mati". Sama ada hadirin yang telah sesat kerana percaya bahawa Asaari itu telah mati, sehingga mereka pun melaksanakan solat jenazah; ataupun Hatijah Aam itulah yang sesat, kerana lambat mengeluarkan "Fatwa" sehingga "hadirin yang lemah iman mereka menjadi sesat" kerana "percaya bahawa Asaari itu telah mati", walhal dia hanya dighaibkan sementara sahaja; ataupun semua mereka (termasuk Hatijah Aam) itu telah sesat. Hadirin "menjadi sesat" kerana "akidah (iman/kepercayaan) mereka telah rosak" disebabkan mereka percaya Asaari sudah mati, dah jadi arwah dah, dan dah boleh makan daging lembu masak kurma dan air sirap ketika kenduri arwah Abuya nanti, sebab itulah mereka pun melakukan sembahyang mayat, kalau mereka beranggapan Asaari itu cuma ghaib, takkan mereka nak sembahyang mayat pula? Betul tak? Logik kan? Hatijah Aam pun "sesat" juga, kenapa lambat sangat bawa keluar "Fatwa", sehinggakan semua pengikut Asaari percaya yang Asaari itu sudah mati, sampai mereka semua siap sembahyang jenazah sekali, lepas itu bawa jenazahnya ke dalam liang lahad, selepas itu kebumikannya. Selepas kebumikannya, telah terbayang bahawa mereka akan makan daging lembu masak kurma, acar, nasi daripada beras siam dan air sirap...ketika kenduri arwah Abuya nanti,...tup...tup...tup, selepas tiga (3) hari Asaari dikebumikan, barulah Hatijah Aam keluarkan "Fatwa", Bahawasanya, saya, Penyimpan Bohong Besar, Global Ikhwan Sdn Bhd, Dengan ini mengisytiharkan, bahawa As-Syeikh Abuya Asaari Muhammad At-Tamimi sebenarnya tidak mati, tetapi dia cuma dighaibkan sahaja. Dia akan kembali semula ke dunia ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagai isyarat menerima Daulah, sebelum menyerahkan jawatan berkenaan kepada As-Saiyidi (Imam Mahdi), iaitu As-Syeikh Muhammad As-Suhaimi. Tempoh ketiadaannya ialah tempoh untuk kita melawan nafsu. Sekian, terima kasih dan belilah barangan keluaran syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, kerana ianya suci, halal dan bermutu tinggi!...Para pengikut Asaari amat terkejut mendengar pengumuman (Fatwa) daripada Hatijah Aam tersebut, kerana niat mereka untuk makan daging lembu masak kurma ketika kenduri arwah Abuya nanti, tidak kesampaian.

Para pengikut Asaari yang terkejut dengan "Fatwa' daripada Hatijah Aam tersebut, mula mengeluh dan membebel; "kenapa tak bagi tau awal-awal, buat penat aku je sembahyang jenazah, kalau aku tau Asaari tu belum mati lagi, cuma ghaib sahaja, tak perlulah aku nak bersusah-payah sembahyang jenazah, baik aku lepak je kat kedai mamak makan maggi goreng sambil buat analisis perlawanan Mexico menentang Afrika Selatan ketika Piala Dunia FIFA 2010 nanti, lagi pun aku adalah peminat fanatik Mexico! Kau orang ingat aku peminat fanatik Abuya aje ke? Aku adalah peminat fanatik Abuya dan Mexico! Ape lah Ummi Jah (panggilan manja untuk Hatijah Aam) ni, buang current je, lain kali cakap le awal-awal kata Abuya tak mati, cuma ghaib je.Ummi Jah ni buat orang suspend je. Kan dah menyusahkan orang, orang penat-penat sembahyang jenazah, tiba-tiba kata masih hidup lagi. Kalaulah Ummi Jah buat pengumuman (Fatwa) kata Abuya itu masih hidup lagi ketika mayatnya hendak diturunkan ke dalam liang lahad, mesti mereka semua berterabur lari, berselerak, mungkin ada yang sampai membaling keranda macam dalam cerita P.Ramlee! Ini orang dah siap sembahyang jenazah, lepas tu siap cari lembu untuk disembelih menjelang kenduri arwah, siap cari beras siam untuk dimasak menjelang kenduri arwah, baru bagi tahu yang Asaari tu belum mati, masih hidup lagi, cuma ghaib sahaja. Ummi Jah ni lembap le. Tampar nanti baru tahu. ...Demikianlah marahnya pengikut-pengikut Abuya Asaari kepada Hatijah Aam kerana lambat bawa keluar "Fatwa".

Sebenarnya, Hatijah Aam malu. Sebelum ini, dialah orangnya, yang kuat canang, kata Abuya akan jadi Perdana Menteri. Selepas itu, mati pula orang tua tu. Itulah yang membuatkan dirinya bingung dan malu. Lepas tu dia pun baliklah memerap diri kat dalam rumah, memerah otak mencari alasan untuk nak "cover line", nak tutup penipuannya yang terdahulu. Lepas itu, barulah dia dapat ilham kata Asaari tu tak mati, cuma ghaib sahaja. Kalaulah benar Asaari itu tak mati, cuma ghaib sahaja, kenapalah tak bagi tahu awal-awal, ketika Asaari sakit bertahun-tahun dulu, ataupun ketika hendak dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada, atau ketika sedang dirawat oleh doktor di Pusat Pakar Ipoh, atau sebelum jenazahnya dikapankan dan disembahyangkan. Ini buat penat orang sembahyang jenazah je, lepas itu baru bawa keluar "Fatwa" kata Asaari tu belum mati lagi, cuma ghaib sahaja. Nampak sangat penipu!

Pengikut Asaari yang "advanced" pun tertanya-tanya, lepas ni Ummi Jah pun nak ghaib juga ke, ikut Abuya? Kalau nak ghaib juga ikut Abuya, tulis surat sebulan lebih awal; senang le kami nak buat kenduri perpisahan. Jangan nanti bila Ummi Jah dah mati, kami pun mandikan, lepas tu kapankan, lepas tu sembahyangkan, lepas tu kebumikan, lepas tu cari lembu untuk hendak disembelih dalam kenduri arwah Ummi Jah...tiga (3) hari lepas tu baru Fakhrurrazi (anak Asaari) buat pengumuman (Fatwa) kata Ummi Jah belum mati lagi, cuma ghaib sekejap je nak pergi tengok roh Abuya Asaari, rindu sangat, dah lama tak jumpa. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan passport antarabangsa Abuya sekali dan sampaikan kepadanya, sebab Abuya pergi (ghaib) dulu, terlupa bawa kad pengenalan dan passport antarabangsa. Nanti kalau tak ada kad pengenalan Malaysia, macam mana nak balik semula ke Malaysia jadi Perdana Menteri. Tak ada kad pengenalan Malaysia, tak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia tau, jadi banduan Malaysia boleh le.

MORAL: Lain kali jangan suka tipu orang. Al-Quran ada, As-Sunnah pun ada. Jadi...,ikutlah! Jangan le pandai-pandai menokok tambah, kata Asaari ni Pemuda Bani Tamim le, nak gantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri le. Last-last sekali, tak jadi nak pergi ke Putrajaya (Pejabat Perdana Menteri), sebagai Yang Amat Berhormat (Y.A.B.), yang jadi pergi ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pilin, Rembau, sebagai Allahyarham.   

SELAMAT BERSEMADI ALLAHYARHAM ASAARI MUHAMMAD. AL-FATIHAH.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 09:12 AM | Show all posts
Abuya tak mati? Abuya cuma "ghaib" sahaja? Akan kembali semula ke Planet Bumi?

Kalaulah Allah S.W ...
alanttdi Post at 11-6-2010 23:33

Lawak la baca penulisan ni . Saya gelak sampai keluar air mata dibuatnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 04:16 PM | Show all posts
yang BATHIL akan gugur dengan sendirinya dan yang HAQ akan terus berdiri.... contoh paling mudah kes abuya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:21 PM | Show all posts
hehe, takleh kata apa lah kes macam ni, menyamar je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 07:21 PM | Show all posts
mereka akan sentiasa ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 11:23 AM | Show all posts
setiap makluk ats muka bumi akan rasa kematian.. ape kelebihan ashari..jgn duk tipu..klau dah mati ..mati lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 01:22 PM | Show all posts
salam..

wallahualam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 14-6-2010 09:29 PM | Show all posts

Masuki Arus Perdana, atau nasib anda akan menjadi seperti PKM !

Post Last Edit by alanttdi at 14-6-2010 22:10

Reply 2# alanttdi

    Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh...

Kami, rakyat Malaysia mengalu-alukan kenyataan daripada menantu Allahyarham Asaari Mohamad, Sheikh Loqman Hakim dan anak lelaki sulungnya, yang juga Pemangku Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn. Bhd., Sheikh Fakhrurrazi Asaari, yang menerima hakikat bahawa Asaari Mohamad telah pun kembali ke rahmatullah.

Cuma yang membimbangkan ialah pendirian daripada Penasihat Ekonomi dan Korporat Global Ikhwan Sdn Bhd, Dr. Aziz Hasyim, yang masih berkeras enggan mengakui bahawa Asaari telah pun meninggal dunia. Apabila dia masih berdegil dengan pendiriannya, maka Ahli-ahli Global Ikhwan pun tahu bahawa Hatijah Aam pun berpendapat bahawa Asaari masih lagi hidup (cuma dia hanya "ghaib" sahaja), sebab Dr. Aziz Hasyim ialah proksi kepada Hatijah Aam. Orang yang "recommend"kan dia (Dr. Aziz) jadi Penasihat Ekonomi dan Korporat di syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd dulu pun adalah Hatijah Aam le juga. Jadi, apa sahaja kata dan pendirian Hatijah Aam, itu jugalah kata dan pendirian Dr. Aziz Hasyim.

Saya ingin mengingatkan ahli-ahli Global Ikhwan sekalian mengenai apa yang telah terjadi kepada Parti Komunis Malaya (PKM). Almarhum Tunku Abdul Rahman telah meminta supaya Parti Komunis Malaya (PKM) supaya memasuki arus perdana politik Malaysia dengan menyertai pilihanraya yang diadakan ataupun mereka akan berhadapan dengan tentangan sengit daripada rakyat. Tetapi, Parti Komunis Malaya enggan menyahut seruan Tunku supaya memasuki arus perdana, sebaliknya mereka memilih untuk meneruskan perjuangan gerila mereka. Akibatnya, mereka kalah berhadapan dengan tentera Malaysia sehingga mereka terpaksa melarikan diri ke Selatan Thailand dan seterusnya dihukum buang negara dan dilucutkan taraf kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia. Maka, terputuslah hubungan dengan saudara-mara, ibu-bapa, sahabat-handai dan kenalan mereka di Malaysia. Sekarang, selepas lebih 40 tahun barulah mereka terhegeh-hegeh merayu kepada Kerajaan Malaysia supaya menerima mereka kembali sebagai Rakyat Malaysia, supaya mereka boleh mati di sini (di Malaysia). Apabila mereka mati kelak, sanak-saudara boleh menziarahi mereka, sebaliknya jika mereka mati di Selatan Thailand, tiada saudara-mara yang datang menjenguk...tetapi nasi sudah pun menjadi bubur...dan besi sudah pun menjadi kereta proton saga...segala-galanya telah pun terlambat bagi mereka. Alangkah baiknya kalau mereka menyahut saranan Tunku dahulu, tentu nasib mereka tak akan jadi sampai begini.

Tetapi, pengikut Al-Arqam masih bertuah. Walaupun, Al-Arqam telah diharamkan, tetapi kerajaan yang amat prihatin masih tetap membenarkan mereka bernaung di bawah satu entiti. Entiti itu ialah Rufaqa' yang berjalan (beroperasi) di atas landasan perniagaan. Malangnya, ahli-ahli Rufaqa' (bekas Pengikut Al-Arqam) tidak tahu berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan dan menyalahgunakan peluang yang diberikan untuk berniaga dibawah nama Rufaqa' dengan cuba menghidupkan kembali doktrin Al-Arqam berpaksikan doktrin Tareqat Aurad Muhammadiyyah. Lantas kerajaan pun mengharamkan Rufaqa'. Lagi sekali, di atas keprihatinan Kerajaan Malaysia, kerajaan membenarkan mereka berniaga di bawah satu entiti perniagaan yang baru yang dinamakan sebagai Global Ikhwan Sdn. Bhd., malangnya penyakit yang sama berulang...mereka masih cuba untuk menghidupkan doktrin Al-Arqam...diantaranya termasuklah enggan menerima kematian Asaari, sebaliknya menyifatkan Asaari itu cuma ghaib sahaja.

Sekarang terpulanglah kepada ahli-ahli Global Ikhwan, sama ada anda ingin memasuki arus perdana dengan kembali diterima oleh masyarakat dan kerajaan (dengan syarat anda sanggup meninggalkan doktrin Al-Arqam dan Tareqat Aurad Muhammadiyyah), atau anda kekal dengan pendirian anda, sehingga anda dipulaukan oleh masyarakat, dan kerajaan yang berkuasa juga sudah hilang segala pertimbangan dan keprihatinan, sehingga anda juga mungkin akan dihukum "buang negara" dan "dilucutkan taraf kerakyatan" di atas alasan mengancam keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian negara, sepertimana nasib yang pernah menimpa ke atas para pemimpin dan ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu. Cuma, saya ingin mengingatkan dan menasihati, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur...dan besi sudah menjadi kereta proton saga...baru anda akan menyesal. Tatkala itu, segala-galanya sudah pun terlambat!

Ambillah segala sisa peluang yang masih ada ini, dan Insya-Allah, anda akan diterima kembali oleh masyarakat, mahupun kerajaan.

Wallahu a'lam!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:12 AM | Show all posts
Reply  alanttdi

    Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh...

Kami, rakyat Malaysia m ...
alanttdi Post at 14-6-2010 21:29

Apa yg ko merepekkan ni TT?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 04:36 PM | Show all posts
rajinnya TT....bahase best la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 05:50 PM | Show all posts
rajinnya TT....bahase best la...
bukanomi Post at 15-6-2010 16:36

Bahasa org merepek yg berlagak pandai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2010 02:24 AM | Show all posts

Asaari dan Hatijah Aam memang suka "merepek dan berlagak pandai"!

Post Last Edit by alanttdi at 16-6-2010 02:43

Reply 12# Guys

    Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...

"Orang merepek yang berlagak pandai" di Malaysia ini hanya ada dua (2) orang, iaitu Asaari Mohamad dan Hatijah Aam. Kenapa saya katakan begitu? Tentulah ada sebabnya.

Bukankankah mereka menyatakan bahawa Tuhan berjanji bahawa Abuya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, malahan seluruh Malaysia, terutama sekali bekas pengikut-pengikut Al-Arqam menjadi saksi akan sikap "merepek dan berlagak pandai" mereka ini?

Sekarang, apa yang tersurat ialah Asaari meninggal tanpa sempat menjadi Perdana Menteri!

Asaari Mohamad dan Hatijah Aam juga pernah "merepek dan berlagak pandai" dengan menyatakan bahawa Tun Ghafar Baba akan menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Badawi. Tun Ghafar kemudiannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Asaari. Asaari pula akan menjadi Perdana Menteri Malaysia buat sementara waktu sebelum menyerahkan pula jawatan berkenaan kepada Imam Mahdi (kononnya Sheikh Muhamad Suhaimi). Sekarang, Tun Ghafar Baba sudah pun mati, Asaari Mohamad baru sahaja mati, dan Sheikh Muhamad Suhaimi sudah lama pun mati. Oleh itu, di manakah kebenaran dan kesahihan dakwaan Asaari Mohamad dan Hatijah Aam ini? Inilah yang dikatakan "merepek tetapi berlagak pandai".

Asaari Mohamad tidak pernah mempelajari Islam sehingga ke tahap tertinggi (universiti/kolej), Hatijah Aam pula adalah lulusan sekolah sekular yang hanya mengajar Pendidikan Islam pada tahap yang paling asas (basic), tetapi "nak berlagak pandai" kononnya dialah (Asaari) ialah Pemuda Bani Tamim le, Mujaddid le, Mujtahid abad ini le, Bakal Perdana Menteri Malaysia le. Padahal itu semua adalah merepek je. Lain kali kalau tak tahu, belajar lah. Tanya pada orang yang lebih mengetahui. Ini tidak, bila tak tahu, merepek dan berlagak pandai. Bila kena tahan bawah ISA, ustaz-ustaz kat Pusat Islam ajak muzakarah, mulut tergagap-gagap, tercungap-cungap. Ustaz-ustaz kat Pusat Islam bawa keluar dalil dan nas daripada Al-Quran dan Hadis, "ustaz-ustaz Al-Arqam" terkebil-kebil mulut, tak mampu nak menjawab balik dengan menggunakan nas-nas daripada Al-Quran dan Hadis. Maklumlah, ustaz kat Pusat Islam tu ada yang daripada Al-Azhar, Universiti Madinah, Pusat Tahfiz Al-Quran dan sebagainya, Asaari Mohamad dan "ustaz-ustaz Al-Arqam" lulusan ape? Takde kelulusan pun! Saja merepek dan berlagak pandai je. Itu yang pakat-pakat mengaku dah bertaubat tu kat Masjid Negara, tapi bila keluar (daripada tahanan ISA), balik semula kepada Al-Arqam. Sekejap bertaubat dan meninggalkan ajaran Al-Arqam, lepas tu balik semula kepada ajaran Al-Arqam. Dengan media cakap "takde, kami dah tinggalkan pegangan Al-Arqam", tetapi sesama pengikut Global Ikhwan bukan main lagi mengagungkan Asaari Mohamad sebagai Pemuda Bani Tamim. Apa ni main-main ke? Dengan perkara-perkara lain boleh le main-main, tetapi dengan perkara yang bersangkutan dengan agama pun nak main-main juga ke? Jangan tak nak mengaku pula sebab wakil kita orang "turun padang" dari masa ke semasa ke Country Homes Rawang, Pelangi Damansara, Bandar Darul Aman, Tanjung Gemuk, Kuantan (jln ke airport) dan Johor Bahru (Taman Perling, bersebelahan Lebuhraya Linkedua). Kita orang akan tetap pantau selepas ini pun, sebab itulah segala maklumat anda seperti "Konsert Kalahkan Nafsu, Abuya Pulang", akhirnya tersebar juga ke pengetahuan umum. Oleh itu, tidak akan ada perkara yang akan menjadi "rahsia" di dalam Global Ikhwan, jika ada, kami akan hebahkan kepada masyarakat. Jangan salahkan media, sebab media hanya bertindak "di atas maklumat". Kami biasa berkawan dengan anda, pernah minum kopi di restoran-restoran anda, biasa bersembang dengan anda, tetapi identiti kami tidak anda kenali. Kami yang sebenarnya "rahsia", dan bukannya anda!

Oleh itu, selepas ini janganlah anda hendak "merepek dan berlagak pandai" lagi. Kalau tak tahu, katakan tak tahu, jangan buat-buat pandai, seperti menyatakan Abuya Asaari akan menggantikan Susilo sebagai Presiden Indonesia selepas ini. Kalau yang akan menggantikan Susilo nanti ialah orang lain, sanggupkah Hatijah Aam meminta maaf dan menarik balik penulisannya yang diedarkan di Indonesia tersebut. Kami tidak pernah "merepek", tetapi kamilah yang sentiasa memantau anda selama ini. Dan kami juga tidak "berlagak pandai" sebab kami bertindak selepas mendapat bukti daripada "apa yang kami lihat, dan apa yang kami dengar" (di tempat-tempat anda, dan di kalangan anda).

Sekian, wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:40 PM | Show all posts
Reply  Guys

    Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...

"Orang merepek yang berlagak ...
alanttdi Post at 16-6-2010 02:24

  Tulisan ko sendiri jelas merepek dn berlagak, tak perasan ke?  Aku sebagai pemerhati, bleh aku kata yg gaya ko nmpk bnr angkuh dn sombong lbh2 lagi cuba berlawak tk kena tmpt. Org bleh nilai 'kotornya' hati ko hingga sanggup  mempermainkan isu kenduri org yg dh arwah. Maksud aku bkn masalah siapa bnr siapa salah di sini tp sikap ko yg cuba berlawak cara biadap tk tau menhormati org lain biar sapa pun si arwah. Ko dah jamin ke ko org yg baik di sisiNya hingga tega berkata sebiadap spt di atas?

Wokeh aku tau ko akan jwb posting aku ni dgn cara ko...iaitu dgn keangkuhan ko...aku dh lps tanggunjwb tegur ko...lps nih biarle ko terjun dgn labu2 sombong dn angkuh ko tu...

...tugas aku dh selesai...tk perlu lg aku mujadalah dgn org spt ko...moga Allah swt ampunkan kebiadapan ko...amin..bye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:58 PM | Show all posts
ntah apa-apa la...kalo yer pun forum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 03:34 AM | Show all posts

Terima Kasih "permisi"!

Post Last Edit by alanttdi at 17-6-2010 03:56

Reply 15# permisi

    Terima kasih "permisi", betul cakap awak tu, ini forum, sesiapa pun boleh memberikan pandangan, yang dia (guys) bodoh sangat kenapa? Kalau tak setuju dengan hujah saya, sila "patahkan", hujah lawan hujah, yang engkau gelar orang angkuh dan sebagainya, kenapa? Mangkuk le ko ni! Berfikiran terbuka le sikit. Engkau cakap engkau pemerhati, berilah hujah-hujah dan point-point engkau sebagai pemerhati, apa yang ko perhatikan, lepas itu bloggers yang lain akan menilai, jika bloggers yang lain tak bersetuju dengan pandangan ko, mereka pula akan memberikan hujah mereka untuk melawan hujah engkau. Inilah spesies Al-Arqam, Rufaqa' dan Global Ikhwan, bila cakap sesama sendiri, bukan main bermegah, kutuk Dr. Harun Din le, kutuk Dr. Mashitah Ibrahim le, kutuk Dr. Uthman El-Muhammamdy le. Habis semua ulama dia orang kutuk, tapi bila kita ajak dia buat debat terbuka, atau perbincangan secara 'ilmiyyah, hujah lawan hujah, dia panik dan takut!

Untuk pengetahuan "permisi" dan rakan-rakan bloggers yang lain, sebenarnya mereka ini nampak sahaja baik dan berperwatakan alim, tapi jika anda biasa berkawan dengan mereka, anda akan tahu perangai mereka yang sebenarnya. Tak habis-habis mengutuk orang, termasuk ulama'-ulama' yang dihormati oleh masyarakat, tetapi kalau kita kutuk pemimpin dia orang, tahu pula dia orang marah. Sebagai contohnya, di restoran dia orang, di Pelangi Damansara, sebaik dia orang turun daripada surau, selepas menunaikan solat, mulalah berborak beramai-ramai, kutuk sana, kutuk sini, tak habis-habis. Mereka juga berpendapat, mengikut hadis Nabi, di akhir zaman nanti, umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan adalah sesat dan akan masuk ke dalam neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang benar dan akan masuk ke dalam syurga, dan 1 golongan itu ialah "orang-orang Global Ikhwan" yang mengikut ajaran Asaari Mohamad. Kah, kah, kah, kah, kah, kah, kah!!!!! Nak masuk syurga apa, kat Pelangi Damansara tu kan bersepah dengan rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat seks, tapi berani ke orang-orang Global Ikhwan pergi dakwahkan dia orang, kalau itu pun tak berani, macam mana nak mengaku yang golongan koranglah yang akan masuk syurga. Daripada korang duduk melepak dan mengutuk orang lain kat dalam restoran tu, baik korang pergi naik ke rumah-rumah urut tu, dan tarbiahkan gadis-gadis Melayu yang beragama Islam, yang bekerja kat rumah urut tu, itu lagi berfaedah. Ada berani ke? Dia orang semua tu, jiran-jiran korang tau. Tak kan lah maksiat depan mata korang berlaku pun, korang tak berani nak bertindak. Kadang-kadang budak-budak tukang urut, yang beragama Islam tu, turun kat kedai korang membeli makanan dengan berpakaian bukan sahaja tidak menutup aurat, malahan terlalu seksi, pun korang tak berani nak nasihatkan. Macam mana nak masuk syurga Allah, kalau orang melakukan maksiat di sisi Allah depan mata korang pun, korang tak berani nak tegah. Sama juga le, dulu dia orang duduk kat Sungai Penchala, bersebelahan dengan kawasan orang Asli Bukit Lanjan, tapi orang Asli yang berjiran dengan dia orang kat Bukit Lanjan itu pun, tidak dia orang dakwahkan. Yang dakwahkan dan mengIslamkan orang-orang Asli di Bukit Lanjan ialah orang-orang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang selalu dia orang (Al-Arqam) kutuk, caci dan maki. Kalau nak berdakwah pun tak berani, nak bersuara untuk menentang Yahudi yang menindas orang-orang Palestin pun tak berani, jangan le nak mengaku andalah satu golongan yang Nabi jamin akan masuk syurga, sebab kerja Nabi ialah berdakwah, yakni menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ulama yang merupakan "warasatul-anbia" pula akan meneruskan dakwah Nabi untuk menyebarkan Islam. Orang-orang Al-Arqam, Rufaqa' dan Global Ikhwan mana berani berdakwah, sebab itulah semua ahli mereka ialah Melayu, orang Cina langsung tidak kelihatan, orang India juga langsung tidak kelihatan, sedangkan Islam itu melangkaui batas perkauman dan warna kulit. Zaman Nabi dulu pun ada orang Parsi seperti Salman Al-Farisi yang memeluk Islam, dan ada juga orang Habshah seperti Bilal Ibn Rabah yang memeluk Islam, bukan hanya orang Arab sahaja. Kenapa? Sebab Nabi berani berdakwah, bukan seperti orang Global Ikhwan takut untuk berdakwah (dia orang ni cuma berani kutuk orang kat belakang je), tangkap masuk ISA sekejap, mulalah pakat-pakat mengaku bertaubat kat Masjid Negara, sebab itulah setelah 30 tahun lebih era Al-Arqam, Rufaqa' dan Global Ikhwan (khususnya ketika hayat Asaari), kita cuma nampak, semuanya orang Melayu belaka, sebab mereka takut untuk berdakwah kepada orang Cina, India, Kadazan, Iban dan Orang Asli, jauh sekali orang daripada Britain, Sepanyol, Jerman dan Korea Utara.

Nak berdakwah pun tak berani, lepas tu nak mengaku jadi Pemuda Bani Tamim le, Mujaddid le, Mujtahid abad ini le. Kalau nak berdakwah kepada manusia biasa yang kerdil dan serba lemah ini pun korang tak berani, macam mana nanti korang nak berperang menentang dajjal al-masih yang begitu besar saiznya dan memiliki kuasa yang luar biasa (ketika kemunculan Imam Mahdi nanti), silap-silap dajjal yang ambil korang masuk dalam periuk buat "sup manusia".  

Sekian, wassalam.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-6-2010 01:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by permisi at 18-6-2010 08:44
Reply  permisi

Sekian, wassalam.alanttdi Post at 17-6-2010 03:34

pandanglah sesuatu itu dengan pandangan mata hati,nescaya anda akan menemui maksud yang tersirat daripada yang tersurat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 10:13 PM | Show all posts

Terima kasih daun keladi "permisi"!

Post Last Edit by alanttdi at 18-6-2010 02:22

Reply 17# permisi

    Terima kasih sekali lagi "permisi"!

Di dalam keras itu ada lembutnya, seperti buah kelapa muda yang keras kulitnya tetapi lembut isinya.

Di dalam kasar itu ada licinnya; seperti buah durian yang kasar kulitnya tetapi licin isinya.

Janganlah hanya menilai sesuatu itu berdasarkan apa yang tersurat sahaja, tetapi bijaklah juga menilai daripada apa yang tersirat di sebaliknya, sepertimana yang dimaksudkan oleh "permisi".

Dan janganlah menilai sesuatu itu hanya dari segi objektifnya sahaja, tetapi nilailah juga daripada segi subjektifnya...barulah anda akan mendapat ramuan yang selengkapnya...yakni mesej yang hendak disampaikan.

Sekasar-kasar Saiyidina Umar, hatinya akhirnya menjadi "lembut" juga sehingga akhirnya terbuka hati untuk memeluk Islam.

Guru-guru kita yang mengajar kita kat sekolah dulupun bukan semuanya "lembut-lembut" belaka, ramai yang berperwatakan "keras", asalkan niat mereka tetap baik. Ibu dan bapa kita yang mengajar dan mendidik kita dulu pun "keras" juga, kerana dengan cara itu, barulah kita menjadi manusia yang sebenar-benarnya.

Keras itu merupakan acuan, acuan tidak boleh lembut. Daripada acuan terbentuklah watak dan karakter kita.

Berbalik kepada penulisan saya, saya lebih suka menggunakan gaya yang "keras" dan "menyindir" dan mungkin juga disampaikan dalam bentuk "komedi", kerana saya yakin cara ini akan lebih menarik minat "audience" daripada penulisan berbentuk "skema" yang mungkin bagi sesetengah orang agak membosankan. Asalkan objektif dan mesej kita kepada "audience" itu sampai.

Lagipun saya mengkritik mereka (Al-Arqam, Rufaqa' dan Global Ikhwan) bukannya tanpa bukti, jika tanpa bukti itu fitnah namanya. Sebaliknya sejarah saya dengan mereka memakan masa yang panjang, iaitu ketika saya masih kecil lagi. Saya anak jati Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur; sebab itulah saya menggunakan nama "alanttdi". ttdi bermaksud Taman Tun Dr. Ismail. Jarak tempat tinggal saya di TTDI dengan bekas penempatan Al-Arqam di Sungai Penchala dan Premis Global Ikhwan (dulunya Rufaqa' holding) adalah terlalu dekat, tidak sampai 15 minit perjalanan dengan menggunakan kereta. Malahan, Kg Sungai Penchala ialah tempat saya bermain bola sepak dan sepak takraw ketika masih kecil dahulu. Sebab itulah segala perkembangan Al-Arqam, kemudiannya Rufaqa' dan selepas itu Global Ikhwan tidak pernah terlepas daripada jangkauan minda saya. Selain daripada itu saya juga mempelajari muqaddam dan Al-Quran serta ilmu fardhu 'ain di Kompleks Masjid Al-Ghufran, pinggiran TTDI, di depan rumah Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor sekarang, Y.B. Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, suatu tempat di mana saya dan anak-anak kepada pengikut-pengikut bekas Pertubuhan Al-Arqam bergaul dan bermain sambil menuntut ilmu ukhrawi, sebagai rakan sesama Islam.

Sekian, wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 08:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by permisi at 18-6-2010 08:47

alanttdi Post at 17-6-2010 22:13

diam itu pintar
diam adalah pintar
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 03:11 PM | Show all posts
Hebat lah kamu ni alanttdi! Dah berapa lama mengikut program2 Arqam ataupun Rufaqa? Pernah dengar sendiri kuliah2 daripada Abuya ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044612 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list