CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19687|Reply: 145

SOSEH SOSEH: Isteri penyanyi sentap artis popular tak salam

  [Copy link]
Post time 1-5-2010 02:01 PM | Show all posts |Read mode
ESOK, berlangsung kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) khusus menghargai penggiat muzik tanah air. Sebelum ini, berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang memberi peluang kepada peminat memilih artis kesayangan mereka dinobatkan pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai popular.Bertuah sungguh artis sekarang kerana banyak majlis anugerah diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai mereka. Selepas ini, berlangsung pula Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) khusus menghargai karyawan filem.
Bercakap mengenai majlis anugerah ini, biasanya sebelum dan selepas berlangsungnya majlis itu, pasti ada saja yang tak kena. Biasalah, rumah siap, pahit masih berbunyi. Sama ada perjalanan majlis yang dikatakan kurang lancar, persembahan hambar dan artis sendiri yang tidak puas hati dengan itu dan ini. Dalam mana-mana majlis anugerah pun, tiada yang sempurna.
Cerita yang sampai ke telinga SS mengenai kisah sepasang suami isteri yang terasa hati apabila artis yang menang anugerah tidak bersalaman dengan mereka. Alahai. Mereka duduk di sebelah artis popular ini. Apabila pengacara umumkan artis popular itu menang, tentulah artis popular itu melompat gembira.
Sebelum naik pentas, artis popular itu bersalaman dengan beberapa artis lain yang duduk di sekelilingnya tetapi dia tidak bersalaman dengan suami isteri tadi. Agaknya dia tak nampak, maklumlah suasana dewan yang samar-samar ditambah pula masing-masing pakai baju lip lap lip lap, jadi silaulah mata artis popular itu.
Si suami tidak begitu terasa hati tetapi si isteri sangat sentap. Mungkin pada sangkaannya, takkan artis popular itu tak perasan dengannya yang duduk di sebelahnya. Kiranya, kalau duduk itu boleh bertemu bahulah. Mungkin dalam hatinya berkata-kata mengapa artis itu tidak bersalaman dengannya, ada masalah peribadikah, tidak suka merekakah dan macam-macam agaknya berlegar dalam kepala.

Mungkin juga artis popular itu terlalu gembira dan terlepas pandang pasangan suami isteri itu. Siapa yang tak seronok dalam ramai calon, dia yang menang. SS rasa masalah kecil itu saja dan tidak menjejaskan ekonomi negara pun. Janganlah sentap tidak tentu pasal, banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan. Ada pemenang lain yang tidak sebut nama ibu bapa, suami atau isteri

kerana terlalu teruja. Dari awal lagi sudah disiapkan ucapan sebagai persediaan jika menang tetapi apabila anugerah sudah ada dalam genggaman, terus hilang kata-kata. SS harap kalau ada pasangannya tidak disebut, janganlah sentap tidak tentu pasal. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tidak tahu pula apa cerita yang sampai ke telinga SS pasal AIM17 nanti. Setakat ini, SS belum dengar lagi komen yang berat-berat mengenai majlis anugerah itu. Tetapi SS tak hairan selesai saja majlis itu nanti, mesti ada yang tidak puas hati terutama mengenai pemenang. Bagi SS, AIM ini ada pelik sikit kerana kebanyakan mereka yang menang anugerah bukanlah insan yang popular sangat dan ada yang orang tak berapa kenal. Alih-alih namanya dipanggil untuk terima anugerah hingga ramai berpandangan sesama sendiri ingin tahu siapa gerangan pemenang itu.
Ini mungkin kerana AIM anugerah bersandar kepada kualiti dan bukannya populariti atau pun anugerah syok sendiri. Ada yang berbakat, menghasilkan album sendiri dan kurang mendapat publisiti. SS juga ingin berkongsi dengan semua mengenai persembahan pada malam itu. Khabarnya, Yuna dan Aizat akan membuat persembahan istimewa diiringi Ramli MS. Persembahan mereka itu belum dibuat mana-mana artis. Wah, pasti hebat dan ditunggu peminat.
Selain itu, tiada siapa yang tahu siapa yang bakal menang kerana pihak penganjur bukan saja menzipkan mulut mereka, malah kertas yang bercetak nama pemenang pun disimpan rapi. Justeru, tanpa mengira siapa menang atau kalah, penggiat seni tanah air datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada AIM17. Kalau artis sendiri tidak datang menyokong anugerah yang dibuat untuk mereka, siapa lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 02:15 PM | Show all posts
siapa yek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by guesswho09 at 1-5-2010 14:27

aku teka ekk... teka je ni tauuu..

aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb masa DCT menang utk kali 2 (anugerah bintang PALING popular)
dia tk salam ngan suami isteri ni.  ngan org lain kat situ DCT bersalam
terdetik gak dlm ati aku.. tapi mungkin DCT nak cepat kot

aku bersangka baik jerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 02:35 PM | Show all posts
terlupa nak salam kot.. terlampau teruja sebab menang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 02:35 PM | Show all posts
aku pun pasan gak ari tu... sentap weh!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 02:36 PM | Show all posts
aku teka ekk... teka je ni tauuu..

aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb  ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 14:24



    aku rasa pun begitu...bkn peminat jer xpndang mawi dan ekin tp artis pun dah heran dia org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2010 02:36 PM | Show all posts
harus sentap....sian dier....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 03:09 PM | Show all posts
aku teka ekk... teka je ni tauuu..

aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb  ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 14:24

masa tu kan mawi n ekin tgh gigih tepuk tangan.tu dct tak salam kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 03:12 PM | Show all posts
kalo iols pun iols x pandang pasangan felda cam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 03:23 PM | Show all posts
ni ckp mawik + kikin kew?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 03:25 PM | Show all posts
arus ler ponen dino datang menutup lubang jamban gituh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 03:55 PM | Show all posts
nmpk mcm mawi n ekin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 04:01 PM | Show all posts
aku syak si kikis tu yg sentap, sbb mmg DCT x salam dgn dia pun.....tapi aku lbh teruja..sebab SS blh buat story tanpa mendapat sumber dari org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 04:17 PM | Show all posts
aku teka ekk... teka je ni tauuu..

aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb  ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 04:24



    kalo betul ni orang..hehhe nampak benar la ekin ni nak perhatian...mende kecik nak jadikan isu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 04:53 PM | Show all posts
padan muka siot
sokong DCT xsalam bagai
DCT wat lagak DIVA..."perluke salam ngan korang. korang sape.dato mana??"
'I salam ngan dato2 aje.I paling popular vokehhh"
currlasstttt
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 04:56 PM | Show all posts
mcm mn ss tau? kikin cite ke
ke ss andai sendiri
bodo sgt tu klu kikin g cite dia sentap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 05:10 PM | Show all posts
Reply 17# clorox

citer la sikit perihal bila DCT jadi bos...kalau nsetakat tulis aja...tak leh caya..sertakan la bukti..barula boleh pkai
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 05:11 PM | Show all posts
ai rasa kalau CT buat macam tu atau sesiapa saja, kalau kita berjaya, at least hormatlah j ...
clorox Post at 1-5-2010 17:03



..pasti ke DCT yang sopan tu nak buat gitu....
entah2 pasangan artis lain...bukan CT je menang anugerah popular....( BUKAN PALING POPULAR ye..)
dan..mesti ada terselit mana2 pemenang yg duduk berjiran dgn pasangan artis suami isteri yang lain.....
tolonglah..jangan ngata DCT tak hormat jiran...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 05:26 PM | Show all posts
kikin ker...? cian lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 05:28 PM | Show all posts
[b]SS rasa masalah kecil itu saja dan tidak menjejaskan ekonomi negara pun.[/b]

''''siapa ye yg duduk sebelah pemenang yg buat kenyataan " berpeluk tak jejas ekonomi negara.."?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.317390 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list