CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18834|Reply: 51

Sila waspada dengan kontraktor kabinet penipu ini !!

[Copy link]
Post time 21-4-2010 12:46 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dimpel at 21-4-2010 00:48

(Minta maaf jika topik ini diletakkan di bahagian yang salah. Harap moderator dapat pindahkan ke bahagian yang betul. Terima kasih.)

Aku telah ditipu oleh kontraktor penipu ni, harap korang berwaspada jika mencari orang untuk membuat kabinet atau apa sahaja pengubahsuaian rumah.

Begini ceritanya, awal bulan Februari 2010, aku dan bini aku diperkenalkan oleh seorang kawan kepada si penipu ini (masa tu tau tak lagi sikap sebenar dia). Pada awal pertemuan segalanya nampak ok, kata2nya kedengaran meyakinkan. Perjanjian dipersetujui bersama untuk membuat kabinet dapur berharga RM3350 dan wardrobe dalam bilik RM900. Setelah dijumlahkan kesemuanya, dicampur dengan lain-lain, jumlah kos dalam perjanjian ialah RM4910. Dia memberitahu tempoh 22 hari diperlukan untuk menyiapkan semuanya, maknanya 27/28 Feb, semuanya sepatutnya siap. Aku telah membuat pembayaran beberapa kali, dan jumlah yang telah diberikan kepadanya adalah RM2030.

Beberapa hari sebelum 27 Feb, dia meminta tempoh seminggu lagi, kami tak kisah sangat pasal seminggu je lewat tapi kemudian segalanya semakin lewat, dari seminggu ke seminggu, bermacam alasan diberikan. Ada antara alasannya ialah pemandu lori terpaksa membawa semua barang yang telah siap ke Perak kerana ada ahli keluarga pemandu lori meninggal dunia. Waktu ini kami bersabar lagi, ingatkan alasan itu betul, tapi nampaknya kini itu hanyalah alasan. Kalau betul dah siap, mesti dah siap pasang pun sekarang. Satu lagi alasan yang aku ingat ialah ketika dia membawa contoh papan kabinet yang dan siap dicat ke rumah, tapi tak sempurna kerana catnya tidak rata. Masa ini aku marah betul, dia macam mencari alasan untuk melengahkan masa. Dia meminta panjangkan tempoh lagi, aku cuba bersabar lagi dan terpaksa jugak berikan dia masa.

Setelah beberapa kali berjanji, dan dia sendiri mungkiri janjinya, dia berjanji lagi untuk pasang semuanya pada 20 Mac. 19 Mac, aku telefon untuk tahu perkembangan, tapi dia tak angkat2, hantar SMS pun tak jawab. 20hb Mac, aku ke bengkel dia dengan rakan untuk meninjau sejauh mana kebenaran katanya (tanpa beritahu dia), sebab sebelumnya dia kata tak banyak lagi yang tak siap. Rupa-rupanya memang banyak lagi yang tak siap, cuma beberapa bahagian sahaja yang ada. Di bengkelnya, aku berjaya dapatkan perjanjian bertulis, yang dia persetujui, yang mana aku boleh ambil tindakan jika dia tidak menyiapkan kesemuanya pada 25hb Mac, jam 7.00 petang.

Petang 25 Mac, masa balik dari kerja aku dapati dia memang tidak menyiapkan seperti yang dia janjikan (dia dah balik masa ni). Malamnya aku telefon dia dan setelah bertegang urat, dia tercakap yang dia boleh kembalikan duit aku kalau aku nak (perkataan inilah yang aku tunggu2), dan aku terus bersetuju. Kami kemudiannya bersetuju yang dia perlu kembalikan semua duit aku sebanyak RM2030 dan kemudian dia boleh ambil semula segala barang dia kat rumah aku. Dia berjanji untuk memasukkan jumlah tersebut pada hari Isnin, 29hb Mac secara tunai. Nak keluarkan duit ASB katanya... (piiirahhh !! macam banyak duit, tapi lakonan semata).

29 Mac, dia beritahu yang dia tunggu gaji isterinya, ok aku sabar lagi. 30 Mac, dia minta akaun bank pula untuk dia masukkan duit tersebut, aku bagi no akaun Maybank aku. 31 Mac, dia minta tangguhkan lagi, atas bermacam alasan dan aku masih dapat bersabar, aku bersetuju untuk panjangkan tempoh sehingga Isnin, 5 April. 6 April, aku semak baki akaun dan dapati tiada apa2 dimasukkan, aku telefon dia dan bertanyakan duit yang sepatutnya dia masukkan ke akaun aku, dan kami bertengkar lama masa ni (lebih 10 minit). Aku cuba mendapatkan duit aku, aku desak dia, dan dalam pertengkaran itu bermacam kata kesat dia gunakan (antaranya dia kata aku "bodoh"... "bangsat", sebab mungkin tertekan dengan desakan aku), tapi aku masih boleh kawal kata-kata aku (tak macam dia) sebab aku masih cuba dapatkan duit aku yang masih berbaki RM930 dari dia. Kalau aku kata melampau kang, mungkin aku langsung tak berpeluang nak dapatkan balik duit tu.

Sehingga kini, hanya RM1100 dia masukkan ke akaun aku (setelah banyak kali aku desak, itupun sedikit-sedikit dia masukkan), dan aku masih lagi menanti RM930 tu. Banyak dah SMS aku hantar untuk minta baki tu (sebab aku tak nak dah jumpa dia atau dengar suara dia lagi, dah benci sangat aku dengan dia yang berciri-ciri orang munafik ni). Kabinet tak siap yang masih ada kat rumah aku ni dahlah tak ikut plan asal, tak cantik pulak tu (korang boleh tengok sendiri gambar2 kat bawah). Aku dan bini aku sebenarnya boleh terima kalau dia jelaskan masalah dia terus terang, kami boleh terima dan bagi dia masa, tapi bukan pelbagai alasan dan penipuan sebagai penyedap cerita.

Tujuan aku ceritakan pengalaman aku ni ialah untuk memberitahu orang lain supaya tidak tertipu (atau terpedaya dengan kata-kata manis) dengan si penipu ni, macam aku sekeluarga. Dah banyak dah masa, tenaga, wang ringgit aku terbuang dalam menanti kabinet dan wardrobe yang tak siap2 ni. Sampaikan aku demam seminggu hari tu, samalah jugak dengan bini aku (tak tahulah pasal hal ni atau pun kebetulan). Tertekan memang tertekan, tengok dapur bersepah dengan kabinet yang tak siap. Isk isk, harap korang dapat ambil pengajaran/ikhtibar dari kisah aku ni.


Maklumat diri si penipu:

Nama: Aidil Azri Bin Azlar
No KP: 800831-10-5301
Nama syarikat: Selasih Furniture Renovation.
Alamat: Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

* Sila klik utk paparan lebih besar.





* Laporan polis telah dibuat.
* Ini kisah benar, bukan rekaan.


dimpel
21 April 2010.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 07:15 AM | Show all posts
nie la masalah kebanyakkan contractor melayu, hasil kerja mcm buat dgn kaki...niat kita nak tolong org melayu tp last2 kita lak yg terkena.....aku tgk photo kabinet tu nampak cm kabinet 2nd hand ja...tgk muka mamat tu pun cm penjenayah ja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 08:12 AM | Show all posts
Simpati dgn masalah yg dihadapi TT.....kalau aku jadik TT pun....aku rs aku akan amik tindakan yg sama....kita ni nak tolong sesama bangsa....tp kalau dah jadik camgini....hummm...

tak heranlah kalau ada segelintir ( aku rs kebanyakannya  ) yg lebih percaya pada kontraktor bangsa lain disebabkan pengalaman camgini....

Aku dulu pun buat kitchen kabinet dgn bangsa lain....walaupun bangsa sndiri offer lagi murah...tp ada pengalaman lepas sbbkan aku dah kurang percaya dgn mutu serta janji2 yang diberikan....

TT....derang dah dismantle kan ke kitchen kabinet yg telah dipasang tu??? kalau belum...better make sure derang tak bukak selagi duit baki belum djelaskan...

Apa2 pun.....Good Topic and you deserve kredit...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 09:48 AM | Show all posts
scary the movie bl baca citer mcm ni...
niat kiter nk tlg bangsa sendiri..
tp akhirnyer.. kiter plak yg jd mangsa...
kalo jd pon.. hasilnyer mungkin x seindah yg digambarkn...

sometimes x paham la ngan manusia ni..
apa faedah yg diaorg dpt bl menipu..
x kesian ke penat lelah org lain menyimpan duit..
tp diaorg.. senang2 ajer nk belit kiri kanan..

utk TT..
sabar la yer.. ini dugaan utk awak suami isteri...
anggap la duit tu mungkin bukan rezki awak..
insya-allah.. nanti diberikan rezki yg lain plak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 10:11 AM | Show all posts
nape tutup no telipon penipu nih...........
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 10:23 AM | Show all posts
nape tutup no telipon penipu nih...........
hakass009 Post at 21-4-2010 10:11 AM


dia takmo org lain kene tipu gak kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 11:13 AM | Show all posts
cmne la bisnes nk maju kalau dh perangai camni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:47 PM | Show all posts
nie la masalah kebanyakkan contractor melayu, hasil kerja mcm buat dgn kaki...niat kita nak tolong o ...
matbuq Post at 21-4-2010 07:15




Betul..betul..
konon kita nak tolong bangsa sendiri, last2 kita yg ditipu.
mmg hidup tak berkat la kalo asik nak menipu jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 01:07 PM | Show all posts
nmpk macam tinggal para dgn pintu aje yg tinggal nak pasang
kira dah 50% siap

jenuh la kalau kena bukak balik
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 01:34 PM | Show all posts
heheheh...

TT bergiat cargas
tulis benda nehh kat banyak porem lain

demi kesejahteraan ummah, jgn tertifu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 02:21 PM | Show all posts
mcm mana la berniaga nak maju kalo cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 03:15 PM | Show all posts
muka mamat muka crook beb
menakutkan
mmg gampang org mcm nii


regards
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 05:10 PM | Show all posts
mcm mana lh tt ni blh pilih org mcm ni..tgk muka pun xde kredibiliti...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 08:05 PM | Show all posts
Nama: Aidil Azri Bin Azlar
No KP: 800831-10-5301

lor.... anak merdeka nie (31 Ogos)... tapi penipu
melayu-melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 08:11 PM | Show all posts
adoii...selekeh benar keje...
dahla barang tak berkualiti yang dia guna.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 08:40 PM | Show all posts
area2 dkt2 umah aku parents aku nih..
kes camni xleh repot kat tribunal pengguna sekali ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2010 08:49 PM | Show all posts
Terima kasih atas pandangan, maklumbalas korang.

TT....derang dah dismantle kan ke kitchen kabinet yg telah dipasang tu??? kalau belum...better make sure derang tak bukak selagi duit baki belum djelaskan...
medangmru Post at 21-4-2010 08:12 AM

kabinet tak siap tu masih melekat lagi kat dinding dapur. Nak tanggalkan jugak nanti, bila dah kompom ngan sorang kontraktor bangsa lain ni. Pasti banyak lubang sana sini tu, satu keje nak tampal pulak.

Nama: Aidil Azri Bin Azlar
No KP: 800831-10-5301

lor.... anak merdeka nie (31 Ogos)... tapi peni ...
armarizal Post at 21-4-2010 08:05 PM

Ko pun perasan tentang tarikh ni ek, memang anak merdeka, tapi fikiran tak merdeka... nak menipu jer keje dia ni.

Aku dulu masa pilih dia utk buat kabinet tu, muka dia nampak cam tak bersalah jer, innocent la kata orang putih. Tapi sekarang, nengok muka dia yang cam lahanat tu, panas jer hati.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 08:52 PM | Show all posts
Terima kasih atas pandangan, maklumbalas korang.


kabinet tak siap tu masih melekat lagi kat din ...
dimpel Post at 21-4-2010 08:49 PM


kepada TT...make sure kalau dia tak pulangkan baki tu.....jgn bagi dia tanggalkan kabinet tu....hire kontraktor lain utk setelkan kabinet yg terbengkalai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:26 PM | Show all posts
Reply 1# dimpel

kalau dah kontraktornya melayu....ini la padahnya....buang masa bagi peluang malaun ni meniaga....kasi tendang sepelaung jauh patutnya!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:33 PM | Show all posts
teruknya.ramai kawan pun kena kes gini.niat tolong kontraktor melayu,tapi sakit hati je kebanyakannya. ramai yg lagi suka hire chinese or indon je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.172248 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list