CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 10

Yeay...Anuar Zain nak keluar album baru lagi!

[Copy link]
Post time 24-3-2010 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Anuar tak mahu album cincai
PENCAPAIAN sebagai anak seni yang satu ini bukan omong kosong.Koleksi lagunya terus popular termasuk di pusat karaoke. Biar ramaiartis lelaki baru muncul, yang jelas pesona Anuar Zain belum pudar.
Menariknya, dia sering meraih sambutan daripadapeminat khususnya wanita yang ingin mendekatinya. Ini membuatkan Anuartetap berada dalam senarai teratas penyanyi lelaki pujaan Malaysia.
Menyedari kesinambungan nyanyian perlu ada, Anuar kini sedang mempersiapkan album solo terbarunya.

Anuar berkata album terbarunya yang menampilkan gabungan komposertempatan, Singapura dan Indonesia, akan menjanjikan kepuasan. Ketikaini, Anuar sudah mempunyai lapan lagu yang siap dirakamkan.

"Setiap kali muncul album, peminat memberikan pandangan yangberbeza-beza. Ia sebenarnya bergantung kepada cita rasa pendengarsendiri. Dulu ketika album kedua saya muncul pada 2002, peminat cakapmereka lebih suka album pertama.

"Begitu juga apabila albumketiga keluar pada 2007, peminat lebih meminati album kedua. Namun,apabila mereka mendengar semua lagu dalam setiap album saya berulangkali, barulah mereka akan suka.


"Pada saya, peminat perlu dengar setiap lagu baru yang dimuatkan.Berbanding album lalu, album baru kali ini paling cepat dihasilkaniaitu dalam tempoh tiga tahun.

"Memang saya cerewet dalammemilih lagu baru hingga sanggup mencari komposer dari luar negara.Saya berasakan setiap lagu itu perlu mempunyai kualiti yang berkongsikepayahan komposer mahupun pemuzik yang berkerja di sebalik rakamanyang dibuat.

"Dalam album ini yang masih berkonsep pop ini,saya mahukan lagu dirakam menerusi muzik secara langsung dan bukannyadiprogram. Ia termasuk aspek adunan yang sepatutnya mementingkan setiapbunyi dari instrumen muzik yang dimainkan," katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan komposer luar negara, Anuarmenyatakan mereka lebih profesional dalam memenuhi kehendak penyanyi.Antara komposer terbabit adalah komposer tempatan Hazami, kumpulanNumata, Nico dan Adrian Martha dari Indonesia serta Ari Bias(Singapura).

"Saya sifatkan pembikinan album saya tidakcincai dan sentiasa menjaga kualitinya. Buat masa ini, saya sudahmenghabiskan RM150,000 hanya untuk susunan muzik, belum termasuk koslain seperti kulit album dan promosi," katanya.

Dalamkesibukan di studio, Anuar membawa berita gembira pada peminatnyaapabila akan muncul dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 14dan 15 April ini. Kali ini, Anuar bekerjasama buat kali ketiga denganHotel JW Marriott Kuala Lumpur.

Pada sidang media acara ituyang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, hadir sama Pengurus BesarHotel JW Marriott, Mahmoud Skaf dan pengacara TV, Xandria Ooi.

Anuar berkata, persembahan itu menjadi hadiah hari jadinya buatpeminat. Dia menyambut hari jadi ke-40 pada 15 Februari lalu. Dalampersembahan lebih sejam ini, Anuar dijangka menyampaikan 10 hingga 12lagu termasuk dua lagu baru, Terindah dan Simpati Cinta.

Harga tempat duduk adalah RM575 untuk meja depan, diikuti RM460 danRM420 setiap seorang. Tempahan boleh dibuat dengan hubungi 03-2719 8666atau emel, jwmsecweek@ytlhotels.com.my.

---article from myMetro 24/3/2010---

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 01:20 AM | Show all posts
huhu,,, harus grab kalau album bang nua nei... ehehhe... best.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 12:33 PM | Show all posts
huhu,,, harus grab kalau album bang nua nei... ehehhe... best.........
selimutpurple Post at 25-3-2010 01:20


kannn...wajib beli...berbaloi2...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 12:45 PM | Show all posts
Mohon maaf kepada peminat

SEBELUM peminatnya kecewa, penyanyi berasal dari Melaka ini mahu terlebih dulu memohon maaf kepada jutaan peminatnya. Bukan menyorok sesuatu atau sudah bertemu wanita idaman, tetapi Anuar memohon maaf kerana album keempatnya nanti akan hanya memuatkan lapan buah lagu.

Memang benar sebelum ini dia pernah menabur janji akan memuatkan semua albumnya dengan 10 buah lagu kerana mahu mereka puas. Bagaimanapun janji itu terpaksa dimungkiri kerana kenaikan kos penerbitan album yang meningkat sehingga 150 peratus. Jika tetap dengan keputusan mahu memuatkan 10 buah lagu, nampaknya harga album Anuar terpaksa dinaikkan. Tetapi apa guna sekiranya dia menaikkan harga tetapi peminat enggan membelinya.

“Saya boleh meletakkan 10 buah lagu tetapi harga album perlu saya naikkan. Bagaimanapun saya tidak mahu membebankan peminat, saya mahu semua peminat dapat menikmati album saya. Hanya dengan memuatkan lapan buah lagu, saya dapat menjual album itu pada harga berpatutan dan mampu dimiliki peminat.

“Saya boleh muatkan 10 buah lagu dan kekalkan pada harga yang sama tetapi kualiti album belum terjamin dan akhirnya saya yang dikritik kerana menghasilkan album tidak berkualiti,” katanya yang selesa mendapatkan khidmat komposer dari seberang.

Bagi penghasilan album terbaru ini, sebanyak enam buah lagu adalah milik komposer Indonesia, 20 peratus lagu komposer tempatan dan 20 peratus lagi sumbangan komposer Singapura. Andai sebelum ini, peminat Anuar harus menanti empat tahun untuk kemunculan albumnya bermula dari 1998, 2002 dan 2007 yang kesemuanya mengambil namanya sebagai judul.

Kali ini penantian mereka lebih singkat apabila jarak antara album ketiga dan terbaru itu hanya berjarak tiga tahun saja. Ia memang dirancang jejaka yang pernah beberapa kali menerima gelaran Penyanyi Lelaki Popular ini kerana dia mahukan kenangan terindah di usia 40 an.

Bercerita lanjut mengenai buah tangan terbarunya itu, Anuar berkata lagu yang termuat di dalam album berkenaan berbeza daripada albumnya sebelum ini. Anuar tidak takut bereksperimen kerana kelainan yang dibawakan di dalam setiap albumnya diterima dengan baik oleh peminatnya.

“Saya tidak berkompromi dengan kualiti, saya mahu peminat mendengar usaha keras yang diletakkan setiap orang yang menjayakan album terbaru saya ini. Saya juga mahu peminat puas apabila mendengar album saya nanti. “Melodi di dalam album ini berbeza daripada album-album saya yang terdahulu.

Namun masih lagi berkonsepkan pop dan ada sedikit klasikal. Setiap kali album saya keluar, pada peringkat awal peminat akan berkata mereka suka kepada album lama, bagaimanapun apabila mereka sudah mendengar berulang kali tanggapan kebanyakan daripada mereka berubah,” kata Anuar yang turut menggunakan khidmat Hazami dalam album berkenaan.

Katanya, Hazami berjaya lari daripada konsepnya sebelum ini. Malah dia sendiri teruja dengan kelainan hasil sentuhan komposer itu yang belum pernah didengar sebelum ini.

---article from Berita Harian 25/3/2010---
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 12:13 PM | Show all posts
Emmmm...

Last yr saya ada terbaca kat 1 majalah yg AZ nak buat alum asli....  (Sebenarnya ni yg saya nak tunggu...)  Tp entah jadi entah tdk....

p.s:  Nanti letak gambar dari majalah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:27 AM | Show all posts
Emmmm...

Last yr saya ada terbaca kat 1 majalah yg AZ nak buat alum asli....  (Sebenarnya ni yg saya nak tunggu...)  Tp entah jadi entah tdk....

p.s:  Nanti letak gambar dari majalah tu...
Naru Post at 30-3-2010 12:13







naru - cant take that way - awesome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2010 11:28 PM | Show all posts
mica... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:45 AM | Show all posts

Motif 8 lagu je ?
Letak jela 10 lagu, orang beli jugak nanti walaupun mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2010 12:21 AM | Show all posts
tak pun letak minus one, sbg bonus...   (Album dedulu sering guna kaedah ni!)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 06:38 PM | Show all posts
dengar2 anuar g nyanyi untuk soundtrack film merong kasawari? yang film kru tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 09:02 PM | Show all posts
sgt teruja gak. cepatla keluar.. la ni I xputus2 dengar lagu2 album ketiga anuar semua sedap2..

hanya milikmu, teman terulung, tak lelah, tinggalkan aku, bidadari, kau bunga cintaku, ketulusan hati, lelaki ini dll.. best sgt2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.065832 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list