CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5553|Reply: 87

Dua Beradik Jadi Buruh

[Copy link]
Post time 16-3-2010 04:51 PM | Show all posts |Read mode
PENDANG 15 Mac – Akibat kemiskinan dua beradik terpaksa mengorbankan alam persekolahan dan bekerja sebagai buruh kasar bagi mencari sesuap nasi. Si abang, Mohd. Shafirul Syafiq Nazri, 14, dan adiknya Mohd. Salam Nazri, 13, berhenti daripada sekolah sejak setahun yang lalu.

Tambah malang, Mohd. Salam juga tidak sempat mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kini mereka berdua hanya mengambil upah mengangkut batu-bata dengan kadar upah RM50 sebulan. Kedua-dua beradik ini tinggal bersama datuk dan nenek mereka, Abu Seman Abdullah, 56, dan Rojah Said, 56, di Kampung Sukamari di sini.




Dua lagi adik mereka, Nor Sharina dan Nor Sharini, enam tahun tinggal bersama ibu mereka Azizah Abu Seman, 36, di Charuk Kudung dekat sini. Menurut Azizah, dia hanya bekerja di kedai menggoreng kerepek di Charuk Kudung dekat sini dengan upah sebanyak RM13 sehari. “Saya memang nak anak-anak saya bersekolah kerana ia penting untuk masa depan mereka semua.
“Namun kami sekeluarga ada masalah kewangan dan anak-anak saya tiada kenderaan untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, kedua-dua anaknya iaitu Shafirul dan Salam tinggal dengan ayah serta ibunya kerana kedua-duanya membantu ayahnya yang bekerja sebagai tukang rumah. Salam memberitahu, dia dan abangnya, Shafirul memang mahu bersekolah semula namun kekangan kewangan memaksa mereka untuk berhenti sekolah. “Saya kerja angkat batu-bata bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang bersama datuk dan abang saya.

“Upah yang saya dapat saya beri kepada mak beli makanan untuk kami sekeluarga dan saya teringin sangat belajar semula di sekolah,” katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zuraidi Rahim yang melawat keluarga tersebut hari ini berkata, pihaknya telah berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bagi menempatkan semula kedua-dua beradik ini ke sekolah.

“Mereka berdua akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan mereka akan tinggal di asrama.
“Mereka akan masuk semula ke sekolah sebaik sahaja sesi persekolahan bermula pada minggu depan,” katanya.
Jelas Zuraidi, GPMS Kedah juga akan memberi bantuan wang persekolahan kepada dua beradik ini bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menuntut ilmu hanya kerana ketiadaan wang.

Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2010 04:54 PM | Show all posts
masih ramai lagi rakyat kita hidup melarat dan susah..paling kesian dekat anak2 kecil yg terbiar dan tak dpt pendidikan yg sempurna akibat kesusahan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:54 PM | Show all posts
kesian depa ni.sapa2 yg dok dekat umah budak ni hulur2 la apa yg patut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:54 PM | Show all posts
kesian nye lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:56 PM | Show all posts
mana ayahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 04:58 PM | Show all posts
tak dapat walfare ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2010 04:58 PM | Show all posts
kesian nya

tlg la mmbntu diorg nie pada mereka2 yg mampu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:00 PM | Show all posts
alahai kesiannya....ni dah masuk paper baru la ada yg terhegeh2 nak tolong....kalau x buat x tau ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 05:03 PM | Show all posts
itu baru lah namanya GPMS...

ini duk sibuk nak jadi pejuang melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2010 05:06 PM | Show all posts
kecik2 dah tau erti kesusahan..semangat nak pegi sekolah tu patut dipuji
lepas ni dpt bantuan belajar2 la rajin supaya jadi manusia berguna..balas budi mak ayah bukan mcm budak2 skrg kecik2 dah jadi perogol penyangak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:09 PM | Show all posts
Pendang .. siapa Adun Pendang ??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:13 PM | Show all posts
mana ayahnya?
atai Post at 16-3-2010 16:56


ayahnya keje sbagai tukang rmh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:13 PM | Show all posts
semoda bdak2 tuh berjaya kelak
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:15 PM | Show all posts
semoda bdak2 tuh berjaya kelak
IRZeeBuk Post at 16-3-2010 17:13


aminnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:17 PM | Show all posts
kenapa tak sekolah ye? mcm ada yg tak kena je.
kalau sekolah kan ada bantuan. banyak tau bantuan. dari tambang bas,
uniform sekolah, uniform koku, boleh dpt baitulmal jugak
kalau kena gayanya. apa cerita sebenarnya ye?? susah hati
dengar kisah cam ni dah miskin taknakpulak
cari ilmu cam ne nak kuar dari belenggu kemiskinan.
mak ayah nak turunkan kemiskinan pada anak-anak kah?
kesiannya bebudak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:17 PM | Show all posts
PENDANG 15 Mac – Akibat kemiskinan dua beradik terpaksa mengorbankan alam persekolahan dan bekerja sebagai buruh kasar bagi mencari sesuap nasi. Si abang, Mohd. Shafirul Syafiq Nazri, 14, dan adiknya ...
perempuanayu Post at 16-3-2010 16:51



Charuk Kudung kat mane tu?


sian nye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 05:18 PM | Show all posts
Terima kasih GPMS...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:19 PM | Show all posts
laaa org Pendang rupanya....pilah sekolah...jln kaki pun tak paaa pahala tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:19 PM | Show all posts
kenapa tak sekolah ye? mcm ada yg tak kena je.
kalau sekolah kan ada bantuan. banyak tau bantuan. dari tambang bas,
uniform sekolah, uniform koku, boleh dpt baitulmal jugak
kalau kena gayanya. apa  ...
arasham Post at 16-3-2010 17:17

precisely the point.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:22 PM | Show all posts
ayahnya keje sbagai tukang rmh
wes_12 Post at 16-3-2010 17:13

bukan la wes..tu ayah kepada ibu dorang..merangkap datuk dorang..sal ayah dorang xde lak sebut kat ctu..nih yg memusykilkan aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069471 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list