CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9568|Reply: 38

Wanita Maut Ditikam, Suspek Cuba Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 4-3-2010 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Maut Ditikam, Suspek Cuba Bunuh Diri

ALOR SETAR, 4 Mac (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas ditikam dengan pisau, manakala suspeknya pula cuba membunuh diri dalam satu kejadian di lorong belakang Taman Kristal di kawasan perindustrian Mergong, di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata dalam kejadian pukul 10 malam semalam, kedua-dua wanita yang juga rakan sekerja di sebuah kedai alat tulis di sini, telah berselisih faham sebelum berlaku pertengkaran besar di antara mereka.

Katanya mangsa, Suhana Mohd Sharif, 26, dipercayai ditikam sebanyak tujuh kali, manakala suspek berusia 33 tahun telah bertindak menikam diri serta mengelar pergelangan tangannya selepas mencederakan mangsa.

"Ada tujuh kesan tikaman di bahagian depan badan serta tangan si mati, manakala suspek mempunyai beberapa kesan tikaman di dada serta kesan kelar di pergelangan tangan kirinya dan dia kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Ketika ditemui saksi, mangsa dan suspek berada dalam keadaan parah sebelum dikejarkan ke HSB, namun Suhana disahkan meninggal dunia pada pukul 11.35 malam tadi di hospital," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Abdul Ghafar berkata polis menemui sebuah kereta jenis Perodua Viva yang didaftarkan atas nama Suhana dan sebilah pisau yang mempunyai kesan darah di tempat kejadian.

"Menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di bahagian tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

"Ketika memeriksa kereta terbabit, polis juga menemui beberapa keping gambar mangsa dengan suspek dan polis percaya mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat, namun motif pembunuhan masih belum diketahui," katanya.

Menurut Abdul Ghafar, polis kini sedang menunggu keputusan bedah siasat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga dekat sini, manakala suspek yang berasal dari Seberang Nyonya di sini, masih tidak sedarkan diri dan belum ada sebarang kenyataan telah direkodkan.

Katanya polis akan turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 11:36 PM | Show all posts
so scary...malaysia dah tak selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:43 PM | Show all posts
ni mesti anta kes kisah cinta terhalang ka.. tiga segi ka.. jeles ka.. atau janji nk mati sama..
masalah ni kalau dapat bopren psycho..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 12:01 AM | Show all posts
bile nafsu menguasai manusia beginila jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 12:05 AM | Show all posts
samada kes cinta tiga segi mangsa dan suspek dan lelaki bf prospek mangsa dan suspek @ mangsa, suspek (pengkid) dan lelaki prospek
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 12:08 AM | Show all posts
pasangan lesbo????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2010 08:51 AM | Show all posts
so scary...malaysia dah tak selamat...
Pygmalion Post at 4-3-2010 23:36

tiap2 hari ada kes bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 10:40 AM | Show all posts
kes jeles ka ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 10:44 AM | Show all posts
kedua2 pompuan.. muka tgk baik.. macam masjid punya muka.. kes jadi kat belakang sekolah aku plak tuh.. huh... tgh bawak kete elok2 pun bleh bunuh2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:42 AM | Show all posts
lol...kejamnye dunia ni..kenapa mudah sgt org lupa diri dan takde perasaan??geram..benci..then bunuh...sengal nyee...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 05:20 PM | Show all posts
dgr dari kakak aku semalam...
katanya sorang cina yang kat icu tu pengkid...
yang melayu tu mati..
peliknya pompuan yang mati tu pakai baju tido je...
ada hotel ke kat sekitar situ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 07:30 PM | Show all posts
amboi2  dok speku la pulok..x bayek ...daku ni dapat info dari mak daku..yakni jiran 2 bijik dari rumah arwah..katanya depa berkawan baik..tp omak dia mmg dah rasa pelik x tau nak pisahkan dorang..

entahla..manusia makin berani ...asik tgk cite bunuh2 je..hehe seram:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 07:51 PM | Show all posts
bukan speku apa...curious je...

takpe la..da mati pun...al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 08:22 PM | Show all posts
oh yang tikam tu cina ke? baru tahu ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 09:15 PM | Show all posts
taktau la kalo yang cina tu yang tikam...
tapi dia sendiri pun kena tikam gak...
tu yang pelik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 01:05 AM | Show all posts
amboi2  dok speku la pulok..x bayek ...daku ni dapat info dari mak daku..yakni jiran 2 bijik dari rumah arwah..katanya depa berkawan baik..tp omak dia mmg dah rasa pelik x tau nak pisahkan dorang..

...
ida_weeda Post at 5-3-2010 19:30


Nak speku mcm mana lagi dik oii.....Kalau dah "baik" yang dah nampak lain .Dah lazim sgt dgn hubungan sejenis ni dan itu lah hakiakt nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 02:03 AM | Show all posts
Ada lagi cerita bab depa ni dalam paper hari ni.Reporter pun terus gerudi cerita mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:28 AM | Show all posts
kejadian ni berlaku di belakang ofis hubby aku..
katanya tomboy bergaduh ngan pompuan ni ha..
org sekitar dengar mangsa jerit mintak tolong..
lorong blakang tu mmg gelap dan sunyi mana org nk peras ...
strawbenna Post at 5-3-2010 02:34


lokasi tu kt mna..
paper cina ckp kt market borong..
aku pon knpius..
p.s:aku xtau ckp / berbahasa cina..
org cina crita kt aku..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:29 AM | Show all posts
oh yang tikam tu cina ke? baru tahu ...
chique Post at 5-3-2010 20:22


paper melayu,xcrita..
paper cina ja crita detail..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:30 AM | Show all posts
dgr dari kakak aku semalam...
katanya sorang cina yang kat icu tu pengkid...
yang melayu tu mati..
peliknya pompuan yang mati tu pakai baju tido je...
ada hotel ke kat sekitar situ..
ama17 Post at 5-3-2010 17:20


klu betul la lokasi tu kt area shahb tu..
mmg belambak hotel murah kt c2..
tp klu xdak hotel pon xdak hal la..
nek keta,bkn org nmpak..
pkai ka..xpkai ka..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.740888 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list