CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2360|Reply: 9

kes ...gol menjadi-jadi

[Copy link]
Post time 4-3-2010 03:13 AM | Show all posts |Read mode
LAPORAN kes rogol bergilir-gilir kelihatannya, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan kebelakangan ini. Selaklah akhbar-akhbar, dengarlah berita di corong radio, atau tontonlah televisyen, pasti kita akan menemukan berita 'panas' dan menyedihkan seperti ini. Kelihatannya, maruah anak gadis hari ini sangat murah harganya, lantaran begitu mudah diratah-ratah oleh golongan lelaki bernafsu binatang.

rasa begitu tersentuh hati dan sedih membaca laporan surat khabar semalam bahawa seorang pelajar perempuan
yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai
Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Nauzubillah!

Faktor utama.
- Pergaulan
   faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan-rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan
   tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan yang kemudian mengundang kepada aktiviti seks yang lebih
   menyeronokkan pada mata kepala mereka. Akhirnya, mereka tumpas menjadi 'lauk' mangsa rogol teman lelaki sendiri
   dan rakan-rakannya. Zaman aku masa remaja dlu memang xdepun  benda-benda camni..

- Bahan lucah
  Begitu juga sumber bahan lucah terlalu mengujakan buat anak remaja yang begitu mudah diperoleh di Internet atau di   
  sesetengah kedai telekomunikasi. Semua ini berupaya menjadi perangsang nafsu dan mendorong mereka mencari teman
  dan mangsa untuk melampiaskan nafsu seksual yang membuak-buak hasil dorongan bahan lucah tersebut.

- Teknologi
  Zaman sekarang sudah canggih.



Faktor pencegahan

- Program belia
   adakan aktiviti cara sihat, yang lebih menitik beratkan aspek kerohanian

- Rawatan
   rawatan pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling supaya mereka dapat mengatasi trauma
   dan tekanan jangka panjang yang dilaluinya. Ia menunjukkan bahawa masih ada sokongan padu diberikan oleh keluarga
   dan institusi kemasyarakatan di sekeliling mereka walaupun mereka pernah tersilap langkah atau menjadi mangsa tanpa
   kerelaan.

-  Keselamatan
   Dicadangkan memakai cawat besi..hehe..

p/s : forumes tolong bagi pendapat yang bernas ...t'kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 07:58 AM | Show all posts
suruh kerajaan sarankan kepada rakyat yg berbangsa melayu supaya solat 5 waktu melalui setiap media massa n cetak...setiap masa...tanpa henti, banyakkn siaran agama,..aktiviti keagamaan bg setiap komuniti...yang penting pupukkn keimanan dlm diri kita..bila ada iman..takkan ada lagi org yg buat sumer ni...ni tak..asyik duk sarankan 1 malaysia..1 malaysia..cina jadi melayu, melayu jadi india..india jadi cina...itulah 1 malaysia..tk pentingkn agama langsung..bila sebut agama dah fobia..takut masuk parti pas plak..thats my opinion la..kalau ada yg tk setuju jgn marah2 plak..eh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:14 AM | Show all posts
suruh kerajaan sarankan kepada rakyat yg berbangsa melayu supaya solat 5 waktu melalui setiap media massa n cetak...setiap masa...tanpa henti, banyakkn siaran agama,..aktiviti keagamaan bg setiap komu ...
aliimran Post at 4-3-2010 07:58


Pilihlah cara hidup islam. Insyaallah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:26 AM | Show all posts
haahkan..dekat tv xde pn iklan yang mengingatkan kite tentang solat 5 waktu..sume iklan kit kat la..pencuci muke la..sabun basuh la..macam2 la lg...patot nye solat 5 waktu macam tu xpayah di ingatkan...tapi...maybe kalau kita tgh syok2 tengok tb sekali ada iklan tentang solat.....terbukak hati nak terus melakukan solat...tgh tgk tv sekali ada zikir..kte pn blh ikot berzikir sekali...ni time pose je baru ada hadis nabi,zikir2,selawat dll...kan bgs kalau tiap2 jam,tiap2 hari ada bende2 mcm tu..org yang keje kt tv blh jugak tambah pahala...ni x..iklan bukan2..dekat iklan tu pn da blh pengaruh macam2..cnth baju seksi la dll..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:42 AM | Show all posts
suruh kerajaan sarankan kepada rakyat yg berbangsa melayu supaya solat 5 waktu melalui setiap media massa n cetak...setiap masa...tanpa henti, banyakkn siaran agama,..aktiviti keagamaan bg setiap komu ...
aliimran Post at 4-3-2010 07:58


nanti sister in islam marah. pasal ganggu hak asasi manusia dan kebebesan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:03 AM | Show all posts
agree, semua terjadi sbb faktor2 kurangnya iman dan byk sangat anasir2 luar..takut sangat nk didik anak2 zaman skrg ni..myb kat depan kita baik, kat belakang x tau la bila dah dengan kwn2..takkan nak kurung dlm rumah selalu je kan..didikan dlm rumah jg penting...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 02:44 PM | Show all posts
mm inilah harga yg perlu dibayar demi kemajuan negara...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 02:58 PM | Show all posts
TT aka renjer...taruk je Topik ni dgn ayat ROGOL tu....no problemo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 03:08 PM | Show all posts
suruh kerajaan sarankan kepada rakyat yg berbangsa melayu supaya solat 5 waktu melalui setiap media massa n cetak...setiap masa...tanpa henti, banyakkn siaran agama,..aktiviti keagamaan bg setiap komu ...
aliimran Post at 4-3-2010 07:58



kenapa yang berbangsa melayu aje?bangsa lain xde yang islam ke?

sepatutnya sarankan rakyat beragama islam,itu baru betul.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 03:34 PM | Show all posts
......................................
......................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.373181 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list