CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7422|Reply: 3

Prosedur jual kereta.

[Copy link]
Post time 2-3-2010 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Aku ada kereta yg nak dijual. Harga dlm 8 ribu. Aku kat  Kajang dan buyer ada kat Kuantan (used car dealer).
Skrg ni dia nak hantar staff dia dtng utk bawak keta ni ke Puspakom utk check.Dia akan bayar cash.

Betulkah prosedur2 camni.

1. Pergi puspakom bawak geran untuk dapatkan pengesahan
2. Pergi JPJ - Isi borang TM-AB (salinan ic) - untuk owner lama (aku) dan dapatkan pengesahan JPJ
3. JPJ jugak - Isi borang JPJ K3 - dgn tandatangan owner lama (aku). Owner baru tak tandatangan lagi.

Bagi semua borang2 atas kat staf used car tersebut 1. geran asal 2. TM-AB 3. JPJ K3 dan 4. pengesahan puspakom.

Since owner baru akan buat pertukaran nama kat Kuantan, ada tak apa2 risiko kat aku jika dia tak buat pertukaran nama tu. Kat pihak aku, duit RM 8k tu dah dapat masa tu. Selain tu perlu ke buat surat yg menyatakan kereta tu dah dijual ke owner baru sebagai protection untuk aku in future.

Terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 12:24 PM | Show all posts
cam dah ader jer thread pasal jual keter...try belek kat butang search
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 12:45 PM | Show all posts
Memang ada.. cuma skrg aku lebih nak tahu camna protection untk aku sebagai seller jika nama tu tak tukar. Biasalah car dealar ni akan tunggu sampai ada buyer dulu baru tukar nama kpd buyer baru. Kalau kita buat surat pelepasan yg menyatakan kereta tu kita dah jual kepada orang ni,valid tak surat tu? Atau ada tak surat standard untuk benda camni?

TQ..

p.s. mod kalau nak merge dlm topik yg lagi satu tu pun boleh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by maximus_01 at 3-3-2010 15:16

Salam,
Dah setel jual kerata hari ni. Ok aku cerita prosedur2 yg telah aku buat.

1. Bawak kereta ke puspakom Bangi. Sampai dalam pukul 8.20 am. Dah ada 12 kereta  beratur. 4 bijik sedang diperiksa sekaligus. Bila sampai turn aku (abt 40 min tunggu), bagi IC kat kaunter depan, dan dia bagi satu borang, bawak kat kaunter dalam bersama geran asal. Bayar 30 hinggit dan tunggu. Kereta siap diperiksa dlm 20 min jek. Nak tunggu report keluar dlm 30 min lagik.
Pemeriksaan utk tukar nama tak stringent sgt. Check ada kesan potong ke tidak,,chasis dll.

2. Dah lulus, pi kat syarikat insuran, matikan insuran lama dan akan dapat refund kemudian. NCD 55% akan kekal bila nak beli kereta baru nanti.
Buat insuran untuk owner baru, dia kena 400+ untuk 1st party (RM7k sum insured)

3. Pergi bank rimau, utk runner yg datang tu keluar kan duit.heheh.

4. Pergi JPJ. Borang yg perlu ada ialah:
  - JPJ K3 - 2 salinan
  - TM -AB - 1 salinan diisi oleh owner lama dan owner baru
  - TM - 1  - 1 salinan beserta salinan IC
  - Pengesahan puspakom + geran asal
Insuran atas nama owner baru perlu ada, kalau tidak kena reject. Orang yg beratur belakang aku tu kena.

5. Proses kat JPJ kejap saja. dlm 20 minit dah setel tukar nama sebab orng tak ramai sgt.
Kos tukar nama dlm RM 100. Owner baru bayar


6. Dah setal pi makan kat kedai mamak dan dapat cash 8 k. hehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.176923 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list