CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95035|Reply: 691

(Merged) Apabila Alyah bertudung...@pg26

  [Copy link]
Post time 30-1-2010 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mea at 11-8-2011 11:14

Sabtu Januari 30, 2010
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

   


DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang universal.

Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk explore dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya berbikini Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang funky.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.

Namun, jelasnya lagi: kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.

Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.

Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.

Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.

Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).

Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.

Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang datang kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.

Saya pakai apa yang saya nak pakai,jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.

Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.

Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,?beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul Realiti Dewi.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.

Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,ujarnya.

(kredit to mstar online)




hazabedahhhh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 09:21 AM | Show all posts

Saya Pakai Apa Yang Saya Nak Pakai...

Post Last Edit by kunang_kunang at 30-1-2010 09:28

Sabtu Januari 30, 2010
Alyah: Saya Pakai Apa Yang Saya Nak Pakai...
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’.

“Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.

Namun, jelasnya lagi: “Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.

“Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”

Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.

Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.

Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).

Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.

“Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang dating kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.

“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.

Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.

Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

“Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,” beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul ‘Realiti Dewi’.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.

“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,” ujarnya.


kredit:   mStar Online


***.  Amboi Alyahhhhh....ko pakai apa tuuu?? kalau setakat stokin jarang tu baik takyah pakai lnsung!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:21 AM | Show all posts
suka lagu realiti dewi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:22 AM | Show all posts
macam tu pakai bikini je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:22 AM | Show all posts
dah macam elves lah pulak... tambah telinga sikit kasik tajam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2010 09:23 AM | Show all posts
err aku nasihatkan ermm.. kalau tak pakai stokin tu lg bagus..
dh alaang2 nk seksi...biar seksi trus...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:24 AM | Show all posts
uikkk....besarnya paha..nasib takder camel toe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 09:25 AM | Show all posts
macam robin hood penye baju la
kan robin hood suka pakai stokin/ suar cmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:26 AM | Show all posts
okey je .... dia artis perlu penampilan berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:26 AM | Show all posts
ya hampunnn.......mcm peter pan

tp ttp comel
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:28 AM | Show all posts
swimming suit okay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 09:29 AM | Show all posts
ya hampunnn.......mcm peter pan

tp ttp comel
bayieng Post at 30-1-2010 09:26 AM



uolss tegar dia khenn..haruslah comei bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:30 AM | Show all posts
motif 2 benang yg sama
glemer alyah..tak sabo2 org nk bukak thread kutuk baju peter pan dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:31 AM | Show all posts
uolss tegar dia khenn..haruslah comei bagai....
mea Post at 30-1-2010 09:29 AM


tetap nmpk comel...wpon agak klako la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:32 AM | Show all posts
pakaian  alien
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 09:32 AM | Show all posts
nama pun retis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 09:34 AM | Show all posts
dia memang comel, cuma sejak dua menjak neh errr......agak hazab byk...sori bayieng
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:36 AM | Show all posts
motip sama benang ngn mea
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 09:37 AM | Show all posts
lady gaga wannabe ke ni:geram:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071521 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list