CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 14

wow : anita suka asmara

[Copy link]
Post time 29-1-2010 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Anita suka Asmara
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 28 Januari 2010 17:59



Anita Sarawak pernah merakam lagu berjudul Asmara pada akhir tahun 1980-an. Lagu tersebut menjadi antara lagu popular Anita. Tahun ini Anita ada sebuah lagi versi Asmara apabila merakam semula lagu Asmara. Judulnya Asmara 2010.
Bukanlah lagu yang sama sebaliknya Anita merakam semula lagu Asmara yang popular pada era 1960-an oleh penyanyi Indonesia, Aneke Gronloh. Ap istimewanya Asmara 2010 bagi Anita?

Anita suka lagu cinta

"Saya sangat menggemari lagu ini tapi tidak pernah menyanyikannya. Saya mula tergerak apabila Helen Yap menghasilkan minus one lagu tersebut khusus untuk saya. Susunan muziknya yang menepati cita rasa saya membuatkan saya tertarik merakamnya.

"Saya perlukan lagu yang membolehkan saya membuat persembahan lincah di atas pentas dan lagu ini disusun muzik ke arah itu.
"Lagu ini memang lagu yang saya suka dan peluang merakam lagu ini ibarat mimpi menjadi kenyataan," kata Anita.
Lagu tersebut dihasilkan dalam mood lagu-lagu klasik apabila menampilkan big band jazz dan menggunakan muzik live keseluruhannya.
"Muzik begini semakin digemari dan ia sesuai dengan lagu Asmara ini," kata Anita.
Fesyen rambut ulangan?
Fesyen rambut terbaru Anita dilihat bukanlah fesyen baru. Sekali pandang teringat kepada adiknya Noorkumaasari yang pernah tampil dengan rambut sedemikian pada akhir tahun 1980-an.
"Fesyenkan macam roda... ada fesyen lama yang kembali menjadi in. Sebenarnya saya juga pernah tampil dengan rambut begini dulu. Sekarang  ia  boleh diterima juga, jadi apa salahnya," kata Anita.


p/s   takde yang salah paham kan...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 12:00 PM | Show all posts
aku dah salah paham..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:02 PM | Show all posts
aku pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:03 PM | Show all posts
aku x paham..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:04 PM | Show all posts
apa salahnya kalau dia suka asmara??
normal kan??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:05 PM | Show all posts
anita suka LAGU asmara...TT tertinggal tu( bersangka baik)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2010 12:09 PM | Show all posts
apsal haku rasa mcm bod gosip jer neh??? mod2 sekelian sila ambik tindakan :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2010 12:10 PM | Show all posts
anita suka LAGU asmara...TT tertinggal tu( bersangka baik)
zaydatul Post at 29-1-2010 12:05


dah tajuknya camtu mana leh suka2 nak tambah2...  tak pasal2 kene saman nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 12:12 PM | Show all posts
klau betul la tajuk 2 pn aku percaya... tgk gaya la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:13 PM | Show all posts
okay...bersangka baik...sememangnya aku dah terkena dengan tajuk TT..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:49 PM | Show all posts
sah2 tuantanah dah silap bod
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:55 PM | Show all posts
sekarang momod tak bleh bertindak sebarangan...ade puak2 yang meroyan nanti..kalau nak pindah thread kena pm TT,cakap elok2,siap belanje makan 3 hari 3 malam,buat surat rasmi,ade cop ketua kampung,surat sokongan dari JKKKP.bila TT dah on baru bleh pindahhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 12:59 PM | Show all posts
12# zaujahzauji
wah! ye ke? kalo cam tu berleluasa ler sapa2 nak bukak thread kat mana2 bod eh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 02:16 PM | Show all posts
suka lagu tu... ingat zaman sekolah2 dolu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 02:58 PM | Show all posts
aku pun dah salah paham..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064367 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list