CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 13

STAFF KONTRAK

[Copy link]
Post time 18-1-2010 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Salam...Nak tanya Secure ke Staff kontrak kerajaan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 04:32 PM | Show all posts
jwpn aku ialah tak
ko takkan xdengar berita psl staff kontrak kerajaan yg kerajaan xnak extend service?
kebrangkalian nak di serap mmg tipis kecuali ko aplly dlm spa & exam - lulus & interview - lulus, baru la bole jd pekerja tetap
lps jd pekerja tetap, insya allah, xperlu risau mcm pekerja kontrak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 04:57 PM | Show all posts
ha..ada gak yg respon...
thanks...
tak secured kan?
yg tetap pun dh berlambak...yg kontrak ni makan ati jer lah...mcm aku..huhuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 05:04 PM | Show all posts
yaaa betull.. tu yg dok pelik ada org cakap bleh serap tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 10:49 AM | Show all posts
tu la..ada yg cakap leh serap...tp aku ni dh 3 tahun kontrak jerlah..
kalau nk dpt tetap pun kena interview balik..bukan leh senang2
nak pulak post aku ni JPA tak tau pun wujudnyer kat pejabat negeri...
lagilah aku sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 19-1-2010 14:17

Ada 3 jenis kontrak:
a) Kontrak bagi Program Rangsangan Ekonomi (tidak akan diserap Tetap)
b) Kontrak badan berkanun (peluang cerah diserap Tetap)
c) Kontrak Kerajaan Persekutuan (tiada peluang diserap Tetap)

a) Kontrak jenis ini tidak akan diserap Tetap kerana tidak dianggap sebagai penjawat awam
b) Kontrak jenis ini mempunyai peluang cerah kerana jawatankuasa pemilih adalah dari badan berkanun itu sendiri dan bukan melalui SPA. Jawatan berstatus kontrak kerana waran JPA belum diperolehi oleh sesuatu badan berkanun tersebut padahal keperluan untuk jawatan tersebut adalah mendesak dan segera. Apabila waran Tetap diperoleh besar kemungkinan jawatan itu akan diisi oleh staf kontrak tersebut bergantung kepada prestasi kerja dll situasi. Tetapi ini bukanlah jaminan untuk pekerja kontrak diserap Tetap.
c) Kontrak jenis ini sememangnya tidak akan diserap Tetap melainkan Kontrak yang dipilih oleh SPA sahaja dan bukan JPA. Contohnya PTD dll jawatan yang dinyatakan Kontrak oleh SPA. Sekiranya pemilihan dibuat oleh sesebuah Kementerian, maka taraf kontrak tersebut tidak mempunyai peluang untuk diserap Tetap dan perlulah memohon melalui SPA juga dan hendaklah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam sesuatu jawatan tersebut.

Namun untuk jawatan guru seperti GSTT, peluang untuk diserap Tetap adalah cerah dengan syarat GSTT tersebut memasuki Kursus Dalam Perkhidmatan yang perlu mendapatkan rekomendasi Pengetua/ Guru Besar sekolah tempat ia bertugas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2010 04:15 PM | Show all posts
Aku ni kontrak badan berkanun..dh 3 tahun..
umur pun dh meningkat...asik kontrak jer bila lah nk tetap..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 05:09 PM | Show all posts
cuba mzmpna tanya HR badan berkanun tu? Diorg ader mintak x jawatan awak tu dekat JPA? Sebab selagi tak dapat waran Tetap JPA atau selagi JPA tak luluskan,  maka selagi tulah taraf jawatan awak still kontrak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2010 07:35 PM | Show all posts
ala...yg GSTT pun susah nak diserap skrg...
cikgu yg dah abes bljr tp xposting lagi byk melambak2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:48 PM | Show all posts
staff kontrak kat skolah tala skrg neh dok kat rumah jer .... setaun je....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 08:21 AM | Show all posts
Guru GSTT bukan berstatus Kontrak tetapi Sementara yang perkhidmatannya mengikut tempoh keperluan semasa sesuatu sekolah tersebut. Peluang diserap Tetap ada dengan syarat memasuki Kursus Dalam Perkhidmatan yang hanya boleh diperoleh apabila direkomenkan oleh Pengetua/ Guru Besar atau bergantung kepada keadaan2 tertentu, manakala Guru Kontrak di bawah Program Rangsangan Ekonomi tidak akan diserap Tetap kerana bajet peruntukannya adalah di bawah bajet mengurus. Sambungan kontrak bergantung kepada keperluan semasa.
Cikgu yang habis belajar tp x dapat posting lg tu, biasanya akan diserap juga cuma cepat atau lambat jer. Keputusan akhir adalah tertakluk kepada Kementerian Pelajaran sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 08:55 AM | Show all posts
dh tnya diaorg ckp mmg JPA tk tau pun kalau Staff Kontrak...
mz syang keje ni..tp bila pikir kontrak tu yang letih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:10 AM | Show all posts
Sebenarnya jawapan HR mzmpna 2 terlalulah tipikal dan mudah sangat. Berdasarkan jawapan 2 sememangnya HR awak tu mmg tak mintak kat JPA post awak tu. Ini bermakna keperluan utk post awak tu x mendesak sangat dan bile2 masa lepas awak tamat kontrak awak mungkin x disambung balik kontrak. Kena push HR awak. Sebab biasanya setiap badan berkanun/ kerajaan negeri pastinya akan buat mesyuarat perjawatan ngan JPA setiap tahun untuk mohon perjawatan Tetap. Sebab nak dptkan kelulusan JPA memang ambil masa. Sebab itulah sesuatu post yang ditawarkan tu Kontrak kecuali SPA yang memang jawatan yg ditawarkan 2 biasanya Tetap sebab JPA dah luluskan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 09:15 AM | Show all posts
Kalau Jawatan Kontrak, prosedur untuk ke Tetap memang kena melalui temuduga jugak dulu sama dengan orang-orang lain yang mintak tetapi bergantung kepada jawatankuasa pemilih itu sendiri. Biasanya kalau badan berkanun/ kerajaan negeri ni mereka akan Tetapkan dulu pekerja kontrak mereka bru ambil orang  luar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072277 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list