CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52882|Reply: 296

ZIZIE BERBULAN MADU KE EROPAH

[Copy link]
Post time 31-12-2009 06:33 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari ini.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Disember lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.

Dari Filipina, Zizie yang memegang watak Suraya dalam drama yang disiarkan di TV3 melalui slot Samarinda itu, meneruskan penerbangan ke Eropah.

Menurut sumber, selain bulan madu ke Eropah, Zizie juga menerima sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.

Sumber tersebut memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Disember lalu.

"Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.

"Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ke lokasi," kata sumber berkenaan.

Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.

Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Difahamkan sekembalinya dari berbulan madu, Zizie akan memasuki set penggambaran telemovie Azan terbitan Zeel Production.

Penggambaran itu dijangka mengambil masa 10 hari.

Azan yang akan ditayangkan di TV2 tahun depan akan diarahkan oleh Along Kamaluddin dengan lokasinya sekitar Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 06:35 PM | Show all posts
"saya kahwin bukan kerana harta" ujar zizie
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:36 PM | Show all posts
tahniah uncle bung mokhtar...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:36 PM | Show all posts
kaya btul bung nie ek
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:38 PM | Show all posts
pegilah.aku jugak yg tak pegi2 lagi europe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:39 PM | Show all posts
tahniah uncle bung mokhtar...hehe
fredbok87 Post at 31-12-2009 18:36



tahniah jgk kt uncle bung mokhtar ngan kak zizie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 06:41 PM | Show all posts
wow!!~~ bini no 4 berbulan madu kat europe..kerrlasstt...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:46 PM | Show all posts
pegilah.aku jugak yg tak pegi2 lagi europe
alesandra Post at 31-12-2009 18:38


sabar nokss..

tahun depan kalau uolss jd bini no 5 , konfem heolss bawa uols pusing satu dunia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 06:46 PM | Show all posts
waa..best nyer g honeymoon kt obersea..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:49 PM | Show all posts
suami yang berpoligami mestilah adil. mungkin isteri2 bung mokhtar sebelum ini pun berbulan madu di Europe juga. Oleh kerana isteri2nya itu bukn artis so tak adalah keluar paper sepertimana si Zizie ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:49 PM | Show all posts
bestnyer.. pasni byk la gambo zizie n bung kat europe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:51 PM | Show all posts
zizie...ko kenape...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:52 PM | Show all posts
Mesti masa kawen kali pertama dulu2..Bung and his wife hanya bulan madu di dlm bilik kat rumah kelamin mereka aja...maklumla..masa tu dia muda kagi, baru nak belajar hiup..susah sama2 ngan bini. Alih2 bila terbit verita dia kawen 4...aduyai...aku termenung terpikir...apa la yang dicari oleh beliau?? at the end of the day...it's that "HOLE" jugak yg dia akan tempuh..hole u semua pompuan ada...ada spring dan kurang spring aja kaedahnya...
ampooon ye Bung.. jgn lupa tahun depan masukla Sehati Berdansa 4....boleh join ngan Umi Aida, Datok CT, Mawi dan sewaktu dgn nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 06:59 PM | Show all posts
yg 1, 2 & 3 x nak honeymoon kali kedua ke eropah gak ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:04 PM | Show all posts
4 org ka bini dia?Power betoi Ayat Telo Bung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:07 PM | Show all posts
kaya btul bung nie ek
chewan Post at 31-12-2009 06:36 PM


harus le kaye...dah name menteri BN...tak penah lagik aku tgk menteri BN nih yg mesikin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 07:11 PM | Show all posts
sabar nokss..

tahun depan kalau uolss jd bini no 5 , konfem heolss bawa uols pusing satu dunia..
alyaalexa Post at 31-12-2009 18:46


heyyy  ....choiiiiiii.ajaran sesat langit ke berape uols pegang neh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:19 PM | Show all posts
wowoww....mcm2 dpt lps kahwin...bertuah badan!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:31 PM | Show all posts
hehehe.....

dah jodoh...
untung zizi...
untung agi bung moktar..
lengkap 4..kuikui...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:35 PM | Show all posts
untung ....... untung ....... untung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.437795 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list