CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7582|Reply: 40

TM dan Streamyx, bila nak berubah sikap? Bila nak upgrade servis?

[Copy link]
Post time 31-12-2009 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by elkasih at 31-12-2009 10:38

Aku pelanggan streamyx dan TM, mostly pasal area aku ni takda alternatif lain dan bagi aku TM ni antara company gomen paling teruk sekali, kalau KWSP tu 10 bintang servis dia, TM ni -10000000.

Yang peliknya, tiap2 tahun untung memanjang, tapi sentiasa banyak problem dengan fon, dengan talian streamyx, macam2 la. Nak upgrade ke fiber macam keluar duit sendiri pulak. Kalau company telco lain boleh turunkan caj, caj dia tetap paling mahal antara company2, melainkan local call sahaja.

Masalahnya, ramai lagi orang yg perlukan nombor tetap ni, kalau tak kerana fax, mungkin orang boleh abaikan kut nombor fixed line.

Streamyx, no komen, kalau nak cakap pasal servis memang takda apa yang positif. Dari segi harga, Thailand pun jauh lagi murah, dari segi speed, hanya Indonesia je yang lagi slow . Jangan cakap kat Sabah dan Sarawak, kat Malaysia ni pun berlambak lagi kawasan tak ada liputan telekom/streamyx.

Kalau Thailand, dengan 2 provider (True & TOT), memang banyak perubahan dari segi harga.  Tengok rege servis kat Thailand (http://www.trueonline.com/en/package.aspx). Dengan apa yang aku bayar sekrang ni aku boleh dapat 5MB.

10baht=RM1     

3 Mbps./3 Mbps.512 Kbps (upload speed)
599
4 Mbps./4 Mbps.899
5 Mbps./5 Mbps.999
8 Mbps./8 Mbps.1,199
12 Mbps./12 Mbps.1,700
16 Mbps./16 Mbps.2,200


Singapore ada 3

M1, Starhub, Singtel

Singtel 15MB, 64 Sing dollars, lebih kurang RM150. 15 MB!!!!

http://www.singnet.com/plans_and_services/broadband/snbb.asp?snbb=15Matl

Kontrak 2 tahun jugak. free Windows 7 lagik, free MIOTV, dah tak payah nak cable2 TV dah, everything tgk kat Internet.

TM? tengok youtube pun mcm tengok pakai modem kut.


Itu lah monopoli, agak2nya bila la nak bagi company lain buat servis alternatif?

Bagi aku, TM ni memang sangat hampas. Satu lagi company gomen yang kena masuk muzeum sama dengan rangka dinosaur, maybe elok letak sebelah KTM Komuter.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 10:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 31-12-2009 10:49

Hmmmmmmmmm.....Stimix ni gah mengaku yg mereka atau broadband Provider plg gempak...plg lama dan plg laju....bila mereka tetiba dikejutkan dgn Iklan Potong Oleh Wimax....baru depa ni terkocoh2 nak counter attack Wimax dgn membuat iklan POTONG jugak..ada iklan menunjukkan yg WImax ni baru nalk belajar bertatih...masih lesen P dan tak boleh dipercayai....

Tp mereka tak sedar....yg servis mereka mmg tahap sampah....tahap lembab  dan sebagainya....kalau komplen yg line internet lembab walhal kita langgan pekej yg agak mahal dan kunun2nya download speed lehcapai sampai 1Mbps...jarang komplen kita ditangani secara pantas....plg cepat pun tindakan akan diambik selepas 2-3 minggu...itupun kira bernasib baik...kalau kita tak buat follow up tp..alamatnya komplen kita tu dibakulsampahkan la..... itu cuma omongan kosong....hakikatnya...downloas rate yg mereka war2kan boleh pergi ke takat 1Mbps atau lebih tu hanyalah sekadar marketing strategi....nak dapat d/load speed selaju 100Kbps pun belum tentu.....iaitu 1/10 drpd speed yg mereka canangkan........

Bg aku....mmg bagus ada Company lain mcm Wimax ni yg boleh sedarkan mereka....boleh kejutkan mereka dr tidur lena yg panjang.....hanya gah berkata...hanya gah mendakwa...tp hakikatnya mereka ni mmg hampeh.....:kant:

aku pernah buat kejutan kat Stimix ni dulu...lepas komplen aku berbulan depa tak layan...walhal bil bayar setiap bulan....terus aku komplen ke Bos2 derang ( ms tu laman web depa masih tunjuk e-mail2 Bos..skang dha takder...) ...hari minggu jugak depa terkocoh2 datang buat kerje.....:kant::kant::kant::kant:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:10 AM | Show all posts
baik pakai P1 wimax. tak dak masalah. aku dah 5 bln pakai
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:51 AM | Show all posts
Aku dah penat bincang pasal kebangarkkan TM ni. dari tahun 2003 sampai sekarang aku guna servis dorang tak pernahnya nak berkualiti. aku tak taula kebanyakkan staff TM ni mengangkang je apa kat opis berforum sambil makan kuaci. buat keje semuanya 'tembel', lembap nak mampus. kalo kita report masalah, sampai berhari2 nak selesai.

Untuk staff TM -okey, aku paham, aku tak salahkan semua staff TM, segelintar ni jah yang bermasalah. aku cakap camni sebab aku sendiri pernah kerja kat TM. kerja memang melambak. nak berforum pun tak sempat tau kat department kitorang tu. kaedahnya memang pressure lah keje kat sana. tapi apa yang aku nampak kebanyakkan staff jawatan yang besar2 ni banyak yang haramjadah gitu. yang kena keje pulun habis staff bawahan ni. kesian aku tengok. yang stock2 manager ni bukannya dok opis pun, kejap2 hilang, kejap2 hilang, tengok2 gi makan bagai kat luar. prrrfkh. masuk opis takyah cakap la, kol 11 baru masuk. pastu tak sampai sejam dah gi lunch.

Baru2 ni dalam paper, TM cakap harga dorang lagi murah berbanding negara lain. bodoh betul, kalo banding ngan indon kaa, papua new guinea kaa, harusla murah. cuba banding ngan singapore, even thailand sekali pun. thailand pun dah on fiber, boleh je kasi harga murah. bukak la mata tu sikit. kalo company telcos macam maxis, celcom, digi boleh bersaing kenapa ISP tak boleh. ni semua gara2 gomen haramjadah protect sangat TM. kalo tak memang dah lama kedaung dah TM ni. dah melingkup dah. orang pun tak hingin nak pakai servis dorang, kalo ada company lain yang offer lagi bagus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:01 PM | Show all posts
aku tak kisah sgt kalau mahal sikit rega BB Stimix ni....tp rate speed tu laju dan menten jarang disconnect atau slow....bak kata...berbaloi2 pakai....Aku dr masa pakai dial-up lagi...sampai la ke Stimix...( cuma skang ni aku stop dulu langgan stimix sbb kabel tepon kat umah baru belum masuk )...mmg langsung x pueh hati.....

Jrg sesangat dapat nengok Youtub etanpa buffer...kalau dlm setahun tu...mungkin sehari dua je ok....selebihnya dlm 363 hari...mmg manjang slow....

Bg aku ini bukannya masa TM /stimix nak bersenang lenang lagi.....kene tingkatkan keje dan telus kepada pengguna....bak kata Zep tu.....aku pasti yg ini semua keje2 level atas....keje level bawah ni biasanya amik komplen...amik call...tp KEPUTUSAN AKHIR dibuat oleh org2 tertentu yg ada pangkat....boleh buiat keputusan....depa ni sebenarnya yg tdo dan malas....

tak keterlaluan jugak aku andaikan bahawa lama kelamaan...sifat Boss dan manager mereka tu...skit sebanyak akan 'sangkut' gak pd staff bawahan..." Alah....Boss Pun tak buat keje....selalu takder kat opis..Aku pun boleh  buat gak.."

Nampak tak bahayanya kalau staff atasan berperangai mcm tu...pekerja2 bawahan mereka pun akan terikut2 sama...lama2...budaya kerja cam kat Stimix ni layg berlaku...akibat dah terlalu lama sgt mende ni berlaku...dah jadik budaya keje..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:13 PM | Show all posts
2# medangmru

Kan medang, P1 baru kutuk sikit dah sentap. kalo servis TM tu bagus sangat, kenapa nak sentap lebih2? nampak sangat tak bagus la tu. kalo tak kenapa berbondong2 orang potong, walaupun mereka menyesal lepas tu. ahaks, lagipun kalo nak banding P1 ngan TM, TM still menang sebab dorang guna wired. P1 tu wireless jah, tak stabil. tapi dah disebabkan TM ni pun sama haramjadahnya, baik guna P1 terus. 2x5 ja. takdak beza pun. tapi aku salute iklan P1 sebab kutuk TM, biar dorang terngadah sikit setelah sekian lama enak tido sampai bertahun2 bagi servis paling teruk di donia.

Hari tu, masa aku nak upgrade streamyx aku untuk super deal upgrade tu pun bermasalah, sampai 5 - 6 kali aku berbalas email ngan dorang. tapi speed masih sama, lebih kurang seminggu jugak aku tunggu tapi tak berupgrade jugak. last2 aku mintak tolong AN tak sampai setengah jam dah upgrade. terima kasih sangat2. kalo nak tunggu dorang settlekan alamatnya taktau la sampai bila.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 12:19 PM | Show all posts
2# medangmru

Kan medang, P1 baru kutuk sikit dah sentap. kalo servis TM tu bagus sangat, kenapa nak sentap lebih2? nampak sangat tak bagus la tu. kalo tak kenapa berbondong2 orang potong, walaupu ...
Zep Post at 31-12-2009 12:13 PM


aku mmg dah lama tunggu company lain kasik sentap Stimix ni....last2....Wimax gak yg berani....( kalau x silap aku...betui ke CEO Wimax ni bekas pekerja _level atasan kat Syimix??).....

Walaupun Stimix masih bagus sbb wired kan Zep...at least Wimax tu Mobile...hehehehe....Stimix takleh nak guna kat Restoren mamak sambil mkn roti sardin..heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:34 PM | Show all posts
5# medangmru

Itu la medang, masalah sekarang ni dah la servis sikit punya teruk, mahal pulak tu. pastu ada hati nak kata harga dia masih murah berbanding negara ASEAN lain. prrrfkh. bukak la mata tu luas2 TM wei.

Cuma kadang2 tu rasa kesian la pulak tengok CS dorang kena tengking bagai ngan customer, tapi nak buat camne dah memang servis dorang haramjadah. ingatkan kita ni dok bayar pakai air liur ke, bukannya murah bayar bulan2, dapat pulak servis yang teruk. sapa yang tak geram. budaya kerja dorang ni memang kena tukar gamaknya, sebab setiap problem pelanggan bersangkut paut. dari ambik report ke technical team bagai. dan aku harap, staff yang stok yang pangkat atasan tu jangan la dok relax ja dalam bilik mengangkang bagai. senang lenang ja korang kan goyang kaki dalam opis. tapiiii aku cakap ni tak semua tau, aku maksudkan segelintir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 12:43 PM | Show all posts
7# medangmru

Ha'ah med, CEO P1 Michael Lai tu yelah EX-CEO Tmnet dulu. ahaks. bagi aku wired ni sesuai untuk rumah jer, lebih kepada stability, kalo nak mobility kena pilih wimax dan wireless broadband yang lain. wired ni untuk orang yang nakkan kepuasan dan stability, ping rendah, main game pun sedap, download tak putus2, laju. kalo wireless ni boleh online merata tempat, tapi tengok coverage lah, dah tu selalunya tak stabil, speed up and down.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 01:00 PM | Show all posts
5# medangmru

Itu la medang, masalah sekarang ni dah la servis sikit punya teruk, mahal pulak tu. pastu ada hati nak kata harga dia masih murah berbanding negara ASEAN lain. prrrfkh. bukak la mata ...
Zep Post at 31-12-2009 12:34 PM


ingatkan bila dah tersentap stimix kaji balik pekej Stimix depa...tp rsnya mcm tak berubah jer....

aku ada gak dgr....yg stimix ni nak buat pekej selaju 4Mbps utk pekej rumah/individu....agak2 ko lah Zep...adakah pekej ni selaju yg derang canang2kan....aku dah puas pakai pekej 1Mbps dulu....tp speed nyer mmg mcm haramjadah la....dakwa je 1Mbps...tp nak dapatkan speed 1/4 dr tu pun teramatlah susahnya....dan teramat jarang...mungkin memalam ok skit...tp perlu gak diingat waktu dan masa rakyat Malaysia ni nak surf tenet dan sebagainya....

Mende ni aku pertikaikan sbb pernah aku call CSO Stimix dan jawapannya camtu lah yg aku dapat..." Encik kalau nak internet laju...download laju dsb,..kenelah Encik surf waktu org tak ramai guna...pukul 2 pagi keatas.."

Aduiiiiiiiii.............kalau camtu takyah lah nak dakwa dan pukul canang yg Line stimix ni laju sentiasa...boleh dipercayai dan sebagainya....Takkan lah kita memanjang nak surf tenet pada waktu2 tu.....tu waktu kita nak tdo kan....wat keje apa nak bertenet waktu2 tu....

Aku pun tak salahkan semua CSO Stimix tu...mmg kdg2 kesian sbb kene maki hamun bagai ngan Customer...bila dah selalu kene maki hamun ni....tu yg kdg2 mereka ni Menempik balik...pehtu mcm dah takder semangat nak kerje...last2...mreka ni inform Customer ikut skema ....alih2 cakap mende yg sama ....sampai mende yg Customer tu tahu pun mereka dok suruh buat mende tu balik....

Dan aku x salahkan Pelanggan yg menempik tu jugak...sbb biasanya mereka ni start menempik bila aduan mereka sebelum2 tu tak dilayan....atau no action been taken terhadap aduan2 mereka...ye lah....kalau kita sendiri pun...dah berminggu mengadu mende yg sama....lama2 had sabar tu mmg dah tak dapat nak dibendung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 01:05 PM | Show all posts
7# medangmru

Ha'ah med, CEO P1 Michael Lai tu yelah EX-CEO Tmnet dulu. ahaks. bagi aku wired ni sesuai untuk rumah jer, lebih kepada stability, kalo nak mobility kena pilih wimax dan wireless bro ...
Zep Post at 31-12-2009 12:43 PM


hahahhaa...no wonder lah kan....dan aku ada gak dgr yg Ex-CEO Stimix/TM ni bukannya berhenti kerja secara baikkan....apa yg aku dgr dia ni mcm dianiaya....so tak hairanlah dia PULANGKAN PAKU BUAH KERAS kat Stimix nil..heheheheh..

aku skang ni sepenuh masa guna Celcom BB....nak buat camner...hanya Celcom je yg ada coverage sampai signal 3.5G HSDPA>...telco lain cam Digi dan Maxis serta Wimax mmg tak kat area umah aku ni....terpaksalah surf internet dgn Celcom BB yg kdg2 ok dan kdg2 Hampeh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 01:43 PM | Show all posts
TM dan Streamyx, bila nak berubah sikap? Bila nak upgrade servis?

merujuk kepada pertanyaan Tuan Rumah....pd aku...Stimix dan TM ni mmg susah nak berubah sikap...dah KENE SENTAP pun boleh buat dunno je....plak tu...siap bikin iklan nak SENTAP balik WIMAX....mcm nak BALAS DENDAM kekdahnya....

Kes yg sruper mcm ASTRO...monopoli...BEUm KENA SENTAP LAGI...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:00 PM | Show all posts
aku rasa TM nie kena kaji balik dorang yer SOP...byk sgt lubang2 yer,aku sebagai penguna aka bekas CS aka bekas technician streamyx dapat rasakan dilemma you all as customer
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:09 PM | Show all posts
aku rasa TM nie kena kaji balik dorang yer SOP...byk sgt lubang2 yer,aku sebagai penguna aka bekas CS aka bekas technician streamyx dapat rasakan dilemma you all as customer
perantauKL Post at 31-12-2009 14:00


contoh lobangnya plisss..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:27 PM | Show all posts
maksud aku flow dia dalam satu2 process terlalu leceh..pastu byk sgt step2 yg tak perlu...aku bg contoh..bila CS jawab call,pas dia dah cuba troubleshoot tak boleh2...pas tu dia dikehendaki wat report,pastu report tu diserahkan kpd second level..kemudian second level tu akan check n klu dia rasa perlu dia akan arrangekan technician.klu dia rasa tak perlu dia akan pass balik report tu kat CS yg wat report tu...CS tu kena call balik customer,bgtau ape yg perlu...CS tu lak sebenarnya mane ada masa...24jam asyik jawab call je,mane dia sempat nak wat call out.ermmmm...cam tu contoh ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:28 PM | Show all posts
masalah stimix erkkk?.....tak tau lah anis sebab kat rumah guna stimix...ok jerr....3-4 bijik laptop jalan serentak guna tenet stimix ni...mungkin tgk area jugak kot cover tak cover dgn baik..anis agak jer lah....sebab kat rumah anis online, yeop anis online, anak2 anis online..guna laptop masing2...semua ok jer...kdg2 tu adalah terutama bila hujan lebat....tapi lepas call buat aduan, cepat jer tindakan dibuat...tapi kat opis guna stimix gak...tapi fix ip lah....dulu guna dynamic ip..yg ni mmg lembab giler...dah tukor ke fix ip...so far ok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 02:31 PM | Show all posts
huhu...bg aku sbg bekas technician..mostly masalah streamyx,boleh kata 80 peratus ialah masalah kat rumah cust...wiring,modem,configuration plus sometime ada cust yg xreti guna internet...haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:28 PM | Show all posts
10# medangmru

Ekceli bagi aku 1mbps dah habis baik dah untuk normal surfing, aku sendiri tak harapkan 10mbps buat masa ni kalo tengok harga pakej dorang tu. 1mbps pun dah 110 ringgit kalo combo, 10mbps bape la pulak nanti. cuma untuk kaki download seswai pakai yang laju sikit la kan, cepat sikit siap kaedahnya. rasanya Malaysian pun tak harapkan 10mbps atau 100mbps kaa buat masa ni. macam kat korea jepun, UK nun. atleast bagi la line yang berkualiti, kalo 1mbps biar full speed. takdak throttling bagai, ini youtube pun dah kena throttle. apa kejadahnya semua ni? sok HSBB dah official ada limit2 pulak tetiap bulan. tak kuasa la aku nak subscribe.

Lagi satu CS dorang tu pun biar la berkualiti sikit, ada tu kalo customer tanya, siap baca skrip ni. dok cakap benda yang sama. sampaikan nak blame customer punya pc kena virus. haha. atleast ambik la yang tau serba serbi, ni sampai naik malu nak ikut apa yang dorang dok ajar tu, padahal kita dah detect awal2 problemnya dari side dorang. cisss.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:33 PM | Show all posts
12# medangmru

TM memang takkan berubah selagi gomen tak pecahkan monopoli dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 03:40 PM | Show all posts
lagi satu bila call 100 nih dan sebelum dapat cerita masalah kita dorang kalut nak minta macam-macam particulars. dia nak nama! dia nak tahu login id! dia nak tahu akaun daftar atas nama siapa! dia nak no telefon! masalahnya bila kita call dan buat ikut penerangan dia tapi tak berjaya dan akan call berkali-kali lagi dalam tempoh yang singkat untuk hal yang sama kena ulang-ulang bagitau particulars yang sama.

hebat sangatkah pengetahuan IT, Customer Service TM ni hingga mereka begitu paranoid takut orang yang bukan pelanggan call berlakon sebagai pengguna streamyx semata-mata nak mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka secara percuma?

hari tu lampu LED internet modem aku tak menyala-nyala aku nak call suruh dia reset, sekali dia minta no akaun streamyx aku pun bertempik jugak la. f**k y*u, orang lain mintak login ID minah nih nak no akaun yang 12-13 digit tuh. dia ingat aku tulis no panjang-panjang tu atas dahi kot untuk senang hafal. benda ni pun boleh menimbulkan kemarahan, tanya login id sudahlah, dia nak no tel bukannya dorang pernah nak call aku balik pun tanya problem dah settle ke belum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.628861 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list