LONDON: Chelsea meneruskan penguasaan Liga Perdana Inggerismeskipun seri 3-3 dengan Everton selepas Manchester United yangmempunyai peluang memintas, tewas mengejut 0-1 kepada Aston Villa, awalpagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea mendahului United dengan tiga mata di depan.
Anak buah Alex Ferguson yang memulakan perlawanan lewat,mengetahui keputusan terikat Chelsea-Everton, namun gagal mengambilkesempatan sebaliknya diaibkan dengan gagal mengutip sebarang mata.
United dikejutkan dengan tandukan menerusi penyerang Villa, GabrielAgbonlahor yang menyambar bola lintang hantaran pemain antarabangsaEngland, Ashley Young pada minit ke-21.
United pula mempunyai beberapa peluang keemasan, antaranya sepakan Wayne Rooney yang terkena palang.
Manakala penjaga gol Villa, Brad Friedel cemerlang dengan menyelamatkan tendangan kencang Dimitar Berbatov.
Ia adalah kemenangan pertama Villa di Old Trafford selepas 26 tahun, sekali gus membawa pasukan itu di tempat ketiga liga.
“Separuh masa kedua kami berpeluang dan menguasai permainan, tapi Villa bermain baik pada separuh masa pertama.
"Kita banyak mendapat peluang, cuma nasib tidak menyebelahi kami," kata Ferguson.
Pengurus Villa, Martin O’Neill pula berkata: "Kami turundengan satu pasukan yang terbaik dan mereka pula mengerah keringatuntuk memenangi perlawanan penting ini." - AFP
:BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO KALAH BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO....KAT TEMPAT SENDIRI PULAK TU!!!!!!!!!!! MALU BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Post Last Edit by dollah_bedwi at 13-12-2009 20:37
hello bro admin kalau nak ceta masuk la benang manyoo tu.. i
kut la rules..gasakla sana puas puas..
sesuka ajer buka benang.. kang wa tolak kedit baru tau