CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6587|Reply: 49

[info] Mas Kahwin

[Copy link]
Post time 11-12-2009 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 11-12-2009 12:03

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 11:35 AM | Show all posts
hurmmm bile la johor punya mas kawen nak naik ni???
dr dulu 22.50 je...
ckit sngat je nnti anne dapat... :geram:
xpe2, mas kwen ckit, hantaran serba berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 11:47 AM | Show all posts
for sure...nanti kesemua negeri akan revise balik mas kahwin ni....selangor n n9 dah revise dah, so tunggu je negeri2 lain.....so sapa yang sempat kawin tahun ni cost tu boleh bawa masuk ke item lain...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:03 PM | Show all posts
3# k34n0

akn ku kawen slpas mas kawen d johor nek...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:17 PM | Show all posts
kalau boleh selaraskan semua negeri....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:27 PM | Show all posts
selaraskan semua negeri macam tak sesuai, sebab lain negeri, lain cara hidup dan taraf pendapatan. mungkin nampak berpatutan kat selangor, belum tentu berpatutan kat perak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2009 12:35 PM | Show all posts
3# k34n0

akn ku kawen slpas mas kawen d johor nek...
lil_anne Post at 11-12-2009 12:03



dh ade calon ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 01:26 PM | Show all posts
Mas Kahwin Selangor Dinaik Kepada RM300

Oleh KEMALIA OTHMAN

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini.

Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.

“Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” katanya selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Khamis.

Beliau berkata kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapaperkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpamengira status mereka seperti sebelum ini.

Tambah Khusrin, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin.

Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran NCRkad tersebut Khusrin berkata, kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT).

Menurutnya, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.

Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah.

"Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut Kushrin, cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.

Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Kita tidak ada menyediakan satu tempoh khas untuk mereka membuat pertukaran disebabkan ia bukan diwajibkan kepada setiap pasangan. Kita hanya galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka sendiri," katanya.

Menurut beliau lagi, warga Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang.

Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 03:21 PM | Show all posts
7# arole
on the way...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 04:40 PM | Show all posts
7# arole
on the way...
lil_anne Post at 11-12-2009 15:21


johor nak revise tahun 2018 kan...lambat lagi la tu ...hohohoh
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 01:11 PM | Show all posts
hoho..seratus dua ploh ja????
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 05:21 PM | Show all posts
walaupun selangor naik RM300.. itu dah termasuk wang hantaran sekali...

korang tgk le duit hantaran sekarang... keje operator kilang pun duit hantaran RM10k
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 05:41 PM | Show all posts
walaupun selangor naik RM300.. itu dah termasuk wang hantaran sekali...

korang tgk le duit hantaran sekarang... keje operator kilang pun duit hantaran RM10k
ryo_takahashi1 Post at 12-12-2009 17:21


  aku pun baru je ingat nak mintak 8K jek..
operator kilang pun lebih dr aku nyer expectation
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 03:07 PM | Show all posts
pendapat aku...kene ikut keadaan semasa....dan aku bersetuju je dengan Kenaikan ni....yg aku agak kurang bersetuju ialah kos/duit hantaran yg melampau2 tinggi....

Nak katakan yg mas kawin naik akan sebabkan akan ramai andartu ( kata sesetengah pihak )....aku krg bersetuju....duit hantaran sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:51 PM | Show all posts
betoi ape le sangat 300 compare dgn hantaran/jumlah kos kawen yg mencecah 30,000. apatah lagi 300 tu sekali jer kita kuwakan seumur hidup (Insya-Allah).
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:42 AM | Show all posts
10# k34n0
alamak, lmbt la kwen cm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 08:44 AM | Show all posts
13# baby_pingu
hurmmm hantaran ikt hrga brangan/pasaran, leh x???
huhuhuhu
klu keje klang leh dpt 10k, yg ade dip???dgree???master???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:44 AM | Show all posts
Kadar mas kahwin di Sarawak kekal RM120

KUCHING 13 Dis. - Sarawak masih mengekalkan kadar mas kahwin berjumlah RM120 kepada pasangan Islam yang mendirikan rumah tangga di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman (gambar) berkata, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) belum ada cadangan untuk menaikkan kadar mas kahwin kerana tidak mahu membebankan pasangan yang ingin berkahwin.

Bagaimanapun menurutnya, jika terdapat hasrat untuk menaikkan kadar mas kahwin itu, ia pasti tidak akan membebankan pasangan yang terlibat.

''Buat masa ini kita masih kekal dengan kadar RM120.

''Kita belum bercadang menaikkan kadar mas kahwin kerana ia bukan satu isu besar," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jemaah haji dari Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenaikan kadar mas kahwin di Selangor.

Khamis lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978.

Mohamed Khusrin berkata, kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.

Daud yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, masalah yang dihadapi oleh pasangan Muslim pada masa sekarang untuk berkahwin adalah permintaan hantaran yang terlalu tinggi daripada pihak keluarga wanita.

Katanya, permintaan hantaran tinggi daripada keluarga wanita yang kebiasaannya menjadi bebanan kepada pihak lelaki, bukannya kadar mas kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:29 PM | Show all posts
13# baby_pingu  
hurmmm hantaran ikt hrga brangan/pasaran, leh x???
huhuhuhu
klu keje klang leh dpt 10k, yg ade dip???dgree???master???
lil_anne Post at 14-12-2009 08:44


kalo bakal suami buleh bayar 10k apa salah nya... yg jadi masalah kalau keluarga pompuan yg sajer letak lelebih... tanpa mengambil kira labar belakang bakal menantu mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 02:09 PM | Show all posts
betoi ape le sangat 300 compare dgn hantaran/jumlah kos kawen yg mencecah 30,000. apatah lagi 300 tu sekali jer kita kuwakan seumur hidup (Insya-Allah).
ridd Post at 13-12-2009 08:51 PM


Errrr...muhasabah diri agar tak kawin dua la ni...heheheh

InsyaAllah....muhasabh diri aku gak ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 1.225916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list