CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2603|Reply: 26

K'jaan S'gor beli hutang Talam Corporation

[Copy link]
Post time 10-11-2009 04:04 PM | Show all posts |Read mode
K'jaan S'gor beli hutang Talam Corporation

Kerajaan Selangor "membeli" hutang daripada sebuah anak syarikatnya Talam Corporation untuk meningkatkan pendapatan negeri itu kepada RM392 juta melalui syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang baru dinaik taraf sebagai syarikat utama.

Langkah ini yang diluluskan melalui bajet tambahan kerajaan negeri dalam DUN Selangor hari ini, juga akan membolehkan MBI mengambil alih pengutipan hutang daripada syarikat berkenaan ke atas beberapa anak syarikat kerajaan negeri yang tertunggak sejak 10 tahun lalu.

DUN yang bersidang sebagai jawatankuasa hari ini bersetuju untuk memasukkan hutang tersebut sebagai satu peruntukan kerajaan negeri, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media petang ini.

Katanya, bebanan hutang berkenaan kini telah dipindahkan kepada kerajaan negeri secara geran manakala MBI yang dahulunya berada di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kini diberikan lebih kuasa untuk memungut hutang berkenaan.

Tambahnya, anak-anak syarikat kerajaan negeri itu, termasuk di bawah KDEB, dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), diberi masa selama tiga bulan untuk melangsaikan hutang tersebut kepada MBI.

Khalid menjelaskan, langkah penstrukturan itu tersebut perlu dilakukan untuk mengikut tatacara dan ini telah menyelesaikan isu ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir perbendaharaan kerajaan negeri.

"Saya akan buktikan kita ada banyak sumber yang kita telah buka dan dapatkan kembali," kata Khalid yang turut menjelaskan persetujuan telah dicapai antara kerajaan negeri dan anak syarikat tersebut untuk memindah hutang itu dalam satu perjanjian.

"Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip... Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.

Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga "gagal mengatur keutamaannya" dalam mengurus kewangan negeri itu.

"Bukan sahaja tidak mengutip hutang anak-anak syarikat malah guna untuk perbelanjaan Balkis dan lawat-melawat," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan Selangor juga tidak akan membuang masa "membeli penyapu untuk memungut hutang yang hanya beberapa juta ringgit" di pejabat daerah dan PBT, seperti yang dilakukan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo sebelum ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bertekad untuk meneruskan usaha bagi memastikan semua urusan perniagaan dan perbelanjaan yang boleh memberi keuntungan maksimum kepada rakyat dan usaha ini termasuk pelunasan hutang," katanya.


Salhan K Ahmad
Nov 9, 09
5:37pm



p/s:ada sesapa yg beli rumah ngan Talam yg tak siap2 lagi?Pasnie nak kena claim ngan Kerajaan Selangor ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by hzln at 10-11-2009 16:29

bukan mcm tu nyah...ni bukan kes talam dgn pembeli rumah...
ni kes talam dgn k'jaan negeri selangor
sblm ni talam ada byk buat j-v dgn anak syarikat k'jaan negeri
tapi sudahnya nan hado projek2nya, terbengkalai, tak siap, bermasalah, sudahnya hutang talam dgn anak2 syarikat k'jaan negeri dah dekat 400 juta
yg buat lagi sulit sbb talam ni dah tahap kompeni PN17 (hampir mapuh sbb masalah kewangan)

debt recovery exercise ni kompleks sikit nak explain sini, tapi in layman's term, ringkasannya gini, MBI "beli" hutang2 tu dari anak2 syarikat ni, MBI yg akan kutip sendiri dari talam, bukan anak2 syarikat k'jaan negeri dah
makna kutip tu tak semestinya hutang tu dibayar dgn duit lah, bulih jugak pindah aset ke etc
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:29 PM | Show all posts
Talam ni kerajaan Selangor punya ke? patutla sentiasa dpt kelulusan utk wat projek baru walaupun projek tergendala bnyk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:36 PM | Show all posts
Kes Bukit Beruntung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:44 PM | Show all posts
dah ada la thread ni..MOD tlg merge
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:49 PM | Show all posts
kakak aku beli rumah Talam kat Lestari Puchong..dah dekat 4 tahun tak siap2!!!Dengar khabar IJM dah take over..tak tau apa jadi sekarang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2009 04:53 PM | Show all posts
kesian tgk perumahan bkt beruntung.. x untung lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:00 PM | Show all posts
kwn haku beli rumah yg talam corp buat kat kajang, sampai laaa nih tk siap2
dh berbelas thn bayo utang bank, tp umah nya nan hadoooo
simpati haku kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 05:04 PM | Show all posts
hidup lagi ka tepung talam nih...........???

projek dia memang bermasalah dari segi kualiti binaan.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:05 PM | Show all posts
kakak aku beli rumah Talam kat Lestari Puchong..dah dekat 4 tahun tak siap2!!!Dengar khabar IJM dah take over..tak tau apa jadi sekarang!
jees Post at 10-11-2009 16:49


kat ukay perdana tu pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:12 PM | Show all posts
Talam ni idup lagi... selalu nampak big bos dia gi minum kat area pandan indah ni pagi... siap bawak bodyguard dia lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:14 PM | Show all posts
So..kes ni macam..beli hutang nak kutip hutang lani..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:31 PM | Show all posts
So..kes ni macam..beli hutang nak kutip hutang lani..
Anak_Nogori Post at 10-11-2009 17:14


gali lobang tutup lobang
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:36 PM | Show all posts
13 # jofizo

Duit rakyat jugak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:46 PM | Show all posts
K'jaan S'gor beli hutang Talam Corporation

Kerajaan Selangor "membeli" hutang daripada sebuah anak syarikatnya Talam Corporation untuk meningkatkan pendapatan negeri itu kepada RM392 juta melalui s ...
danedzya Post at 10-11-2009 16:04

tak taulah keadaan Talam dalam masa UBN pegang...bebannya telah dirasa oleh Kjaan PR selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 05:49 PM | Show all posts
tak taulah keadaan Talam dalam masa UBN pegang...bebannya telah dirasa oleh Kjaan PR selangor..
hammer Post at 10-11-2009 17:46

Kerajaan PR? Prrrrrrrrpfffftght

Yang pastinya lobai PAS blur ajer......yang pandai dalam kerajaan Selangor tu DAP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 05:50 PM | Show all posts
tak taulah keadaan Talam dalam masa UBN pegang...bebannya telah dirasa oleh Kjaan PR selangor..
hammer Post at 10-11-2009 17:46


menurut ledgar akaun...baki bawa hadapan....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 06:02 PM | Show all posts
11# aku1265

opis talam kat bangunan maxis segar kat pandan indah kalo tak silap aku...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 06:06 PM | Show all posts
Kerajaan PR? Prrrrrrrrpfffftght

Yang pastinya lobai PAS blur ajer......yang pandai dalam kerajaan Selangor tu DAP.
Maideen. Post at 10-11-2009 17:49


Mungkin betul DAP lagi pandai dari PAS dalam bab ekonomi nih.
Tapi gomen sebelumnya bodoh macam lembu sebab biarkan hutang berjuta tak dikutip.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 06:10 PM | Show all posts
Mungkin betul DAP lagi pandai dari PAS dalam bab ekonomi nih.
Tapi gomen sebelumnya bodoh macam lembu sebab biarkan hutang berjuta tak dikutip.
kluangman Post at 10-11-2009 18:06

Tak der mungkin mungkin deh.....PAS memang bodoh dalam segala hal.......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.252003 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list