Cinta Balqis pula melatari slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang mulai 2 November ini.
Siri 44 episod yang diterbitkan oleh Radius One Production Sdn. Bhd., itu diarahkan oleh Heykal Hanifah yang sebelum ini pernah menghasilkan siri Pertama Ramadan dan Cinta Untuk Ain.
Siri tersebut dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).
Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.
Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.
Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.
Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.
Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.
Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.
Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.
tuan umah, first, ejaan nama slh tu
syazira
hehehehhe
erm...dia ni mmg family suke menyanyi
sdp atk suara etrpulangla kat penilaian memasing kan
kang i ckp tak sdp, uols kata sdp plak
hehe
adik dia yg pompuan tu pun dah ada band,slalu jugak la perform
yg lelai tu pun slalu nyanyi
permulaan citer ni very the slow..
aku tgk pun sebab takde rancangan lain nak tgk kt tv waktu petang...
tapi barisan pelakon2nya tak best arrr...patutnya yg jadi heroin mcm rita rudaini ke, nisdawati ke...baru boleh hidup watak balqis ni...
eira syazira punye lakonan tak baper ummphhh laa...sowiii...