|
Khamis November 5, 2009
Lisdawati-Fauzi dapat bayi perempuan Nur Aina Fazneesya
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
KUALA LUMPUR: Pelakon dan model Lisdawati telah selamat melahirkan bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang tadi di Hospital Islam Kampung Baru, di sini.
Lisdawati atau Lis melahirkan bayi seberat 3.2 kg itu secara normal.
Menurut suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, bayi dan Lis berada dalam keadaan sihat dan stabil.
Mengenai maksud nama anak keenamnya itu, Fauzi berkata Nur bermaksud cahaya, Aina (Mata) manakala Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan).
Hasil perkahwinan mereka, Fauzi dan Lis mempunyai seorang lagi anak bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan.
Sementara itu, Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.
|
|