CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1175|Reply: 14

perogol kelantan

 Close [Copy link]
Post time 21-10-2009 07:49 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu yang berlaku apabila seorang ketua polis balai (KPB) yang diberikan amanah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam ditahan reman selama seminggu bermula semalam selepas disyaki merogol gadis bawah umur.

Difahamkan, tindakan reman anggota polis berpangkat sarjan mejar itu dilakukan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak gadisnya yang masih di bangku sekolah.

Ekoran laporan terbabit, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di balai polis tempatnya bertugas selepas beberapa jam aduan terhadapnya dilakukan keluarga mangsa, kelmarin.

Difahamkan, suspek ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sebelum perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Azrol Abdullah pagi semalam, dalam prosiding ringkas di kamarnya.

Ketika prosiding berlangsung, suspek diwakili peguamnya, Datuk Shukri Mohamad.

Dia ditahan reman hingga 25 Oktober ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan reman KPB terbabit dan kini digantung tugas sehingga siasatan kes selesai.

“Kes ini boleh dianggap terpencil kerana membabitkan peratusan kecil jika dibandingkan 4,000 anggota yang berkhidmat di negeri ini tetapi tindakan tegas tetap akan diambil.

“Siasatan terhadap anggota terbabit akan dijalankan mengikut prosedur biasa dan kita sudah mengambil tindakan dengan menggantung tugasnya sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggotanya yang melakukan kesalahan jenayah termasuk melanggar disiplin kerana perbuatan itu satu kesalahan serius.

Pada awal bulan ini, seorang pegawai polis berpangkat cif inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ditahan untuk siasatan berikutan dakwaan memaksa gadis bawah umur melakukan seks oral.

Abd Rahim dalam sidang akhbarnya sebelum ini mengesahkan dua pegawai kanan polis antara lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan yang diambil tindakan tatatertib berikutan melanggar peraturan dan disiplin pasukan keselamatan itu.

Tindakan tegas tanpa kompromi itu dilakukan selepas anggota berkenaan menyalahgunakan kuasa serta disiplin ketika menjalankan tugas.

Semua anggota terbabit sedang disiasat selepas didapati melanggar undang-undang serta peraturan PDRM ketika menjalankan tugas, selain kini ditempatkan di bilik gerakan untuk menjawab panggilan telefon.


ingtkan baik sangat keadaan kat sane.....rupenye tak ade beza dengan negeri lain..

prrrffthh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 07:53 PM | Show all posts
dah ada kn
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:53 PM | Show all posts
1# boshi_yoda
negeri 'serambi mekah' nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:54 PM | Show all posts
motif bukak thread cnie....nak main isu ke negerian ke...........pesal x post kt bod kelantan..takut kena maki ke TT..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:54 PM | Show all posts
sigh.. dh ade daaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:57 PM | Show all posts
kuat semangat kenegerian betul..

kalau dah jenayah tu mana2 ada..jenayah membawa padah..:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 07:59 PM | Show all posts
U're just pathetic..Try to look yourself at a massive mirror and judge yourself man..{:3_81:}
U're not matured enough and acts more like a child fulled with hatred and childishness.
U're just want to provoke don't u..:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 08:00 PM | Show all posts
kuat semangat kenegerian betul..

kalau dah jenayah tu mana2 ada..jenayah membawa padah..:@
atai Post at 21-10-2009 19:57


haha...

betulllllll tuuuuuuu.......
jenayah dalam kain mat sabu pon ade...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2009 08:00 PM | Show all posts
1# boshi_yoda  
negeri 'serambi mekah' nih
ryosakazaki Post at 21-10-2009 19:53


ni mungkin serambi israel kottttt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:00 PM | Show all posts
No wonder your credits are lower than your thread points..
What a pathetic..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:02 PM | Show all posts
Bodoh ke baghal..

Berita dah ditepek la...

Lain kali kalau taksub sangat nak kondem PAS pun, kaji lah dulu sebelum menepek supaya tidak menampak kan ke -desperate -tan anda..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:04 PM | Show all posts
No wonder your credits are lower than your thread points..
What a pathetic..
indah^iman Post at 21-10-2009 20:00



BARU AKU PRASAN..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:05 PM | Show all posts
tu polis macam hang la tu........

polis celaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 08:05 PM | Show all posts
No wonder your credits are lower than your thread points..
What a pathetic..
indah^iman Post at 21-10-2009 20:00


ade masalh ke dengan kredit boshi?
kalau kredit Gunblade ni pon jadi isu ke?

Defender

Thread14680 Credits13102
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 08:06 PM | Show all posts
Bodoh ke baghal..

Berita dah ditepek la...

Lain kali kalau taksub sangat nak kondem PAS pun, kaji lah dulu sebelum menepek supaya tidak menampak kan ke -desperate -tan anda..
RedDevils Post at 21-10-2009 20:02


ade boshi sebut PAS ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.091058 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list