CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13156|Reply: 86

Johan-Ozlyn bakal timang cahaya mata

[Copy link]
Post time 1-10-2009 10:43 AM | Show all posts |Read mode
PERKAHWINAN pasangan Johan Raja Lawak dan pelakon Ozlyn Watipada 25 Julai lalu kini pastinya lebih gembira setelah Ozlyn disahkanmengandung dua bulan.

Johan yang hadir ditemani Ozlyn pada sesi santai Raja Lawak bersamamedia yang berlangsung di restoran Marche Movenpick, The Curve semalammengatakan dia menyedari isterinya mengandung setelah Ozlyn mengadusakit perut dan muntah-muntah.

        Johan dan Ozlyn bakal menimang cahaya mata setelah Ozlyn disahkan mengandung dua bulan.


"Saya tak ingat bila yang pertama kali saya bawa dia (Ozlyn)berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, tetapi saya menyedarinyasetelah dia mengadu pada saya dia selalu sakit perut dan muntah-muntah.

"Bila kami pergi berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktormengesahkan dia mengandung dan perasaan saya sangat gembira hingga takterkata apa-apa," katanya.

Menurut Johan juga, isterinya tidak mengalami sebarang masalah untukmengidam makan sesuatu ketika mengandung, sebaliknya dia yang mengalamimasalah tersebut apabila kerap mengidam makan makanan yang manis.

"Dia tidak mengalami sebarang masalah mengidam walaupun dia yangmengandung, cuma kadang-kadang tu adalah... tapi tidak begitu serius.

"Yang peliknya, saya yang menghadapi masalah tersebut apabila sekarang saya kerap mengidam makan makanan yang manis.
"Sedangkan sebelum ini saya bukan suka sangat makanan manis, tapisejak dia mengandung, saya asyik nak makan kek, ais krim dan semuamakanan manis sampai saya rasa berat badanpun dah naik," jelas bekaspeserta Raja Lawak musim pertama ini.

Johan juga mengatakan dia tidak membuat sebarang persediaan bagidirinya yang pertama kali akan menjadi seorang bapa, sebaliknya lebihmenumpukan persediaan untuk menanti kelahiran anaknya itu.

"Pada saya tidak ada sebarang persediaan yang perlu saya lakukan pada diri saya walaupun ini pertama kali bakal bergelar bapa.
"Saya ingin lebih menumpukan persediaan terhadap anak saya itu nanti seperti membeli barangan bayi dan berbagai lagi.

"Selain itu, jika nanti saya sibuk dengan tugasan, saya akan tetapbawa Ozlyn bersama saya jika dia larat untuk ikut saya, jika tidak sayaakan bawa dia tinggal bersama ibu saya untuk menjaganya," jelas Johanyang mahukan anak kembar.

Ozlyn tidak mahu terlalu mengharap

Bagi Ozlyn pula, dia turut gembira seperti suaminya apabila merekabakal memiliki cahaya mata mereka sendiri, namun dia tidak mahu terlalumengharap kerana usia kandungannya masih terlalu awal.
"Jika mengenai perasaan saya, saya gembira dan teruja bila dapattahu saya mengandung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu terlalumengharap.

"Persediaan juga pada saya tidak perlu lagi buat masa ini keranausia kandungan saya masih awal dan biarlah bila kandungan saya sudahhampir sembilan bulan baru kami akan membuat persediaan membelibarangan bayi dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun Ozlyn mengatakan pada pemeriksaan awal yangdilakukannya dia menghadapi masalah semasa menjalani ujian ultrasoundtiada sebarang imej bayi yang dilihat.

"Masa menjalani ujian ultrasound ketika mula-mula melakukanpemeriksaan, saya takut sangat apabila tiada sebarang imej bayi dalamkandungan saya dapat dilihat di skrin.

"Pada masa itu doktor sudah mula suspek mungkin saya mengalamimasalah mengandung di luar rahim... bila saya dengar macam itu,perasaan gembira yang ada terus bertukar tidak gembira.

"Tetapi sebulan selepas itu saya datang lagi sekali untuk buatpemeriksaan dan alhamdulillah kami dapat lihat imej bayi di dalamkandungan saya," kata Ozlyn yang bahagia bersama Johan.

Ozlyn juga memberitahu sejak dia mengandung, rezeki yang diterimanyamasih lagi mencurah apabila dia ditawarkan untuk berlakon di dalamsebuah drama yang akan disiarkan di slot Akasia namun tawaran tersebutmasih lagi di dalam proses perbincangan.

Tambah Ozlyn juga, jika usia kandungannya sudah mencecah lima atauenam bulan dia masih sanggup untuk menerima tawaran berlakon jika terusdiberi peluang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 10:45 AM | Show all posts
congratzzharap johan jaga skit kelakuan tuhhh...jgn gedik sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:46 AM | Show all posts
uishh..cepat betul. tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:47 AM | Show all posts
tahniah....letak nama ank cntik3 k
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:49 AM | Show all posts
tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:49 AM | Show all posts
congrat2 waty....
moga dapat anak yg comel ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2009 10:49 AM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:51 AM | Show all posts
dua2 tgh kemaruk..cpt la dapat anak..huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 10:52 AM | Show all posts
tahniah...xlama lagik anak ozlyn yg 1st dpat adekk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:55 AM | Show all posts
tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:56 AM | Show all posts
Cayalah JOHAN!!!
Anda HEBAT...
Mmg layak org pggl ko Johan...
Sentiasa Johan walaupun kannnn...
Hahahahaha.. [Ayt xleh bla... cam lucah jerk...]
Anyway, tahniah yerk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:58 AM | Show all posts
tahniah..murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:05 AM | Show all posts
:pompom:tahniah...:pompom:
makin berkembang lagi family...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:07 AM | Show all posts
congratess cpt tuhh proses.. mmg subur gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:14 AM | Show all posts
2bulan? dia bunting pelamin eh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:16 AM | Show all posts
tahniah..cepat nye lahai aku gak yg x lekat² lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 11:21 AM | Show all posts
tahniah buat  johan dan ozlyn..smoga slmat melahirkan baby yg comel2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:21 AM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:22 AM | Show all posts
dah kawin rupanye...kekeke
bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:31 AM | Show all posts
tahniah :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070512 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list