CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2102|Reply: 3

Kasih Sayang Allah

[Copy link]
Post time 21-9-2009 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Tanda-tanda kasih sayang Allah SWT.
1) Suka untuk bertemu yangdikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam. Tidaktergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan sukauntuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi.

Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapaimelainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia sukauntuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorangpengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menujukediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati ituadalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullahs.a.w bersabda: ertinya; “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allahsuka bertemu dengannya.”

2)Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allahberbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Iaberiltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menurutikehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allahdan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasamenuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seorang kekasihmenuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkanmereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah,ertinya: “ Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, didalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang merekaberikan. Mereka mengutamakan yang lain berbanding dirinya sekalipunmereka pun mempunyai keperluan sendiri.”

3) Tenggelam dalamzikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yangmenyukai sesuatu tentu sekali akan sentiasa mengingatinya. Oleh keranaitu antara tanda-tanda kasihkan Allah ialah suka mengingatinya (zikir),sukakan Al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta sukaapa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4) Kegembiraannyadengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasamentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud,menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segalarintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatanberada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepadaNya. Makasesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baikkepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kaihsayangnya??

5) Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selainAllah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpazikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di ataskealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6)Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan ataukepenatan. Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalahberterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hatidia tidak akan lemah”

7) Merahmati dan mengasihi seluruh hambaAllah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundangkebencian Allah. Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegasterhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.” Tidakmenjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yangboleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah. Kasihnya disertai takutdi bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang mengatakan takut itubertentangan dengan kasih.

Sebenarnya tidak betul. Malahmemahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimanamenyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yangbercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Lebih dahsyatdari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takutmenjauhkan diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surahHud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkankepala baginda s.a.w, ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku.”

Ungkapanini disebut oleh Rasulullah ketika mendengar potongan ayat, ertinya:“Alangkah jauhnya kaum Thamud. Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimanajauhnya kaum Thamud”

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dansebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatandalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia padakehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku, sama-samalah kita gapaicinta Allah yang abadi. Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dantambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabis.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. Sertai merekadalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka.Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka.Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.
Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu...



Dek harap thread ni member manfaat untuk semua..Selamat Hari Raya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2009 06:59 PM | Show all posts
. .sesungguh nye ALLAH amat menyayangi sekalian umat nya. . .
thanx 4 d'gud info. . indah_iman. . .
. .slamat hari raya idul fitri 2009. .  
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 12:23 AM | Show all posts
usahlah mengharapkan kasih sayang dari manusia krn tiada yg kekal....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 10:17 AM | Show all posts
Kasih sayang Allah yang telah diberikan kepada seluruh makhlukNya di dunia ini baru

1%

dengan kasih sayang itulah, manusia mencintai Allah, mencintai Rasulullah saw, kasih sayang ibubapa terhadap anak2nya, kasih sayang anak2 terhadap ibubapa mereka, kasih sayang manusia sesama sendiri, kasih sayang binatang terhadap anak2nya...

manakala

99% kasih sayang Allah

sengaja Allah simpan utk diberikan kepada hamba2Nya di akhirat kelak di dalam syurga...

aduh! hebatnya kecintaan Allah terhadap hamba2Nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060909 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list