CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8040|Reply: 24

Perbezaan hukuman sebat sivil, syariah

[Copy link]
Post time 4-9-2009 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Perbezaan hukuman sebat sivil, syariah
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
[email protected]




KUALA LUMPUR 3 Sept. – Hukuman sebat oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah walaupun matlamatnya sama iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dalam kaedah pelaksanaannya.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebatan syariah hanyalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah tanpa mendatangkan kecederaan parah.

Contoh hukuman sebat syariah di Pahang yang diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2009 12:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 4-9-2009 12:54






tq : abg icelemontea & hantu_nangis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2009 12:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 4-9-2009 12:57





tq : abg icelemontea & hantu_nangis
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 03:44 PM | Show all posts
gd info..thanxx
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 04:30 PM | Show all posts
ternyata sebatan syarie adalah utk memberi keinsafan bukan memudaratkan pesalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2009 04:44 PM | Show all posts
mod,
nanti sedekah laa pinat skit kat abe ice yang sudi meng-snap gambo tuk tatapan rakyat jelata sekian.

sorang lagi, hantu_nanges. nanti suh dia jenjalan ke mari gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2009 04:50 PM | Show all posts
6# Syd

aik... yg buat posting ko, tapi soh bagik kredit kat orang lain plak ke..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2009 04:56 PM | Show all posts
aku buat first posting.
tapi gambo sebat sivil
ngan sebat syariah tu

abang ice ngan kawanku, hantu nanges yang snap gambo tu.
yang kat online punye tuh, kecik sangat
aku mintak dorang snap kat aku pastu kasik gambo tu semua via pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2009 07:28 AM | Show all posts
8# Syd

takpe la. susah2 aje.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 03:50 PM | Show all posts
aku buat first posting.
tapi gambo sebat sivil
ngan sebat syariah tu

abang ice ngan kawanku, hantu nanges yang snap gambo tu.
yang kat online punye tuh, kecik sangat
aku mintak dorang snap kat  ...
Syd Post at 4-9-2009 16:56


wooohh... itu machiam kaaa... nah kredit utk teh o ais limau...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 03:54 PM | Show all posts
10# ryo_takahashi1

tima kasih daun keladi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 10:26 AM | Show all posts
Hukuman sebat syariah tidak seperti sebatan sivil

Isu sebat sepatutnya tidak dibesar-besarkan. Bahkan penjelasan mengenainya telah pun dibincangkan melalui satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April lalu berhubung Hukuman Sebat Jenayah Syariah.

"Jika dibuat perbandingan di antara sebat syariah dan sebat sivil, kesimpulannya, sebat sivil itu lagi kejam," demikian kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jasri Jamal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu hukuman sebat terhadap Dewi Sari Kartika Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Negeri Pahang kerana meminum arak di khalayak ramai, baru-baru ini.

Ujar Jasri, Islam itu agama yang indah dan sebat yang termaktub di dalam hukum syariah pula mempunyai banyak hikmah di sebaliknya.

Oleh itu mengapa ia harus dipertikaikan oleh banyak pihak. Walhal dari sudut perundangan, apa sahaja yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah, tiada pihak yang boleh mempertikai apatah lagi pihak yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau menggesa supaya diberi ruang kepada Mahkamah Syariah untuk membuat semakan di atas keputusan yang telah diputuskan.

"Sebagai ahli akademik, kes pertama ini dilihat sebagai kes teladan atau rujukan yang boleh dilihat sekiranya berlaku kes yang seumpamanya pada masa hadapan.

"Tetapi apabila kes ini 'dikacau' oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya bersuara, maka hukuman ke atas Kartika tergendala," jelasnya.

Kaedah Sebat

Sementara itu kekecohan kaedah sebat yang menjadi bualan masyarakat yang mempersepsikan kaedah tersebut menyerupai kaedah sebat sivil, ia harus diperbetulkan.

Menurut Dr. Jasri, kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan ia menjadi kes pertama.

Ditambah pula selama ini, demonstrasi sebat yang diadakan di tempat-tempat awam hanya menunjukkan kaedah sebat sivil.

Justeru sudah tiba masanya, kaedah sebat syariah dipertontonkan kepada masyarakat supaya salah faham ini boleh diperbetulkan.

Dalam pada itu memetik kertas kerja yang bertajuk, 'Peranan Institusi Penjara Dalam Pelaksanaan Hukuman Sebat Bagi Kes Jenayah Syariah:Satu Pandangan' oleh Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Masran Muhammad, dalam seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah, menjelaskan, daripada aspek pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah jenayah syariah, Jabatan Penjara tidak mengalami sebarang masalah kerana semua bentuk hukuman sebat telah diajar kepada Pegawai Sebat Rotan.

Di samping itu apabila terdapat hukuman yang melibatkan sebatan rotan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah ia akan dirujuk kepada Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Malaysia agar tiada sebarang kesilapan semasa pelaksanaan.

"Jabatan Penjara Malaysia perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah kerana ia melibatkan tatacara yang berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Masran menjelaskan, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan hukuman sebat rotan terhadap pesalah-pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut yang terdiri dari berbagai-bagai-bagai kategori seperti berikut:

lJenayah

lJenayah Syariah

lPecah Amanah (CBT)

lJuvana

lPesalah tatatertib penjara

Menurut Masran, secara purata pada setiap tahun selepas tahun 2005 sejumlah 775 pesalah telah dilaksanakan hukuman sebat rotan (1,700 sebatan setiap tahun secara purata).

Justeru, merujuk kes Kartika Dewi Sari, ia sepatutnya tidak menimbulkan sebarang kekecohan apatah lagi, sebatan syariah sama sekali jauh berbeza dengan sebatan sivil.

Bahkan menurut Dr. Jasri, ia boleh diibaratkan antara langit dan bumi.

Oleh itu mengapa perlu gusar sekiranya hukuman sebat syariah perlu dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 11:00 PM | Show all posts
Dr Asri: Filem 慡emerah Padi
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 01:09 PM | Show all posts
terlerai kemusykilan ku..tq syd..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 09:42 PM | Show all posts
Jabatan Agama Islam Negeri Perlu Beri Pendidikan Tentang Hukuman Sebat

PUTRAJAYA, 19 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jabatan Agama Islam Negeri perlu memainkan peranan daripada segi memberi pendidikan dan pemahaman berhubung hukuman sebatan yang telah dilaksanakan terhadap tiga pesalah wanita.

Beliau berkata langkah itu penting bagi perkara itu difahami bukan sahaja masyarakat di dalam negara tetapi juga masyarakat antarabangsa agar tidak timbul tanggapan serong tentang apa yang berlaku di negara ini.

"Yang penting sekarang ini, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga untuk memberi satu pendidikan, dan daripada segi soal pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan).

"Kerana ini sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri, dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebatan yang dilaksanakan di negara ini telah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Tiga wanita, berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an telah menjalani sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Feb lalu di Penjara Wanita Kajang kerana melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Ketiga-tiga wanita itu menerima hukuman atas keterlanjuran mereka apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Muhyiddin berkata terdapat peruntukan di peringkat negeri, iaitu di bawah Mahkamah Syariah untuk menghukum mana-mana umat Islam yang melakukan kesalahan dan ia adalah sah daripada segi undang-undang dan hukum syarak.

Katanya penjelasan perlu dilakukan kerana pelaksanaan hukuman sebat syarie masih baru.

Muhyiddin berkata media turut berperanan membantu memberi penjelasan berhubung pelaksanaan hukuman itu, yang mungkin pada tanggapan masyarakat antarabangsa ia adalah seperti hukuman jenayah, disebat sehingga boleh menyebabkan kematian.

Katanya pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan.

"Jadi, berbeza sekali. Sekiranya ada penjelasan sebegitu, maka tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan daripada segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan. Kalau yang hukum bunuh itu, berbeza sekali," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 09:44 PM | Show all posts
Reda, hukuman di akhirat lagi berat

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
[email protected]


KETIGA-TIGA pesalah wanita (membelakang gambar) yang telah menerima hukuman sebat ketika ditemu bual oleh pemberita di Penjara Wanita Kajang, semalam.

KAJANG 18 Feb. - "Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka melalui episod pengalaman yang sama iaitu melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Malah, ketiga-tiga wanita yang berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an itu sanggup menerima hukuman atas keterlanjuran mereka di dunia ini apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Berikutan itu juga, pasangan lelaki masing-masing turut menerima hukuman yang sama di Penjara Lelaki Kajang pada tarikh hukuman itu.

Menurut salah seorang daripada wanita itu yang dibebaskan pada 14 Februari lalu, hukuman sebat amat wajar dilaksanakan ke atas umat Islam yang telah melakukan dosa sepertinya supaya tidak terus hanyut dan bergelumang dengan dosa.

"Saya pernah dengar hukuman sebat ke atas penzina namun saya ingat pihak penguat kuasa akan beri denda sahaja dan tidak menyangka hukuman sebat itu benar-benar wujud.

"Saya terus bergelumang dengan dosa sehinggalah disahkan hamil dan sejak itu saya tidak melakukan zina lagi serta berjanji dengan pasangan akan mendirikan rumahtangga selepas melahirkan anak.

"Selepas selamat melahirkan anak yang kini berusia hampir setahun, saya dan pasangan menyerah diri kepada Jawi pada awal tahun ini," kata wanita berusia pertengahan 20-an ini yang dikenali sebagai 'Ayu' (bukan nama sebenar) ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga pesalah wanita disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Ini merupakan pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas kaum wanita di dilaksanakan di negara ini.

Selain itu, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama.

Ayu yang dibebaskan daripada hukuman penjara dua bulan pada 14 Februari lalu, secara sukarela tampil hari ini untuk menceritakan sendiri detik-detik yang dilaluinya.

Pengakuan itu, menurutnya, semata-mata atas rasa tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam agar tiada yang mencontohi kesalahan lalu yang dilakukannya.

Dia yang turut didenda sebanyak RM1,000 dengan empat kali sebatan mengakui tidak berasa sakit ketika disebat tetapi ia memberi kesan mendalam dalam kehidupannya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Pengalaman beberapa minit disebat itu benar-benar membuka mata dan hati saya bahawa tiada yang lain selain Allah, hidup dan mati saya kerana-Nya.

"Saya benar-benar bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi dan benar-benar memohon pengampunan daripada-Nya," jelasnya.

Pengalaman sama turut dirasai oleh seorang lagi pesalah wanita yang ingin dikenali sebagai Aishah, 18.

Aishah menyerah diri kepada Jawi pada Disember lalu, selepas anak hasil persetubuhan haramnya meninggal dunia akibat tidak cukup bulan.

Wanita itu menerima hukuman penjara selama enam bulan, denda RM3,000 dan enam kali sebatan.

"Saya sedih membaca laporan akhbar berhubung pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Ketika saya disahkan hamil, tidak terlintas di hati saya untuk membunuh janin yang tidak berdosa.

"Pada pendapat saya, orang yang membunuh bayi telah melakukan dua dosa besar dan semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pesalah yang ingin dikenali sebagai Nur, berusia pertengahan 20-an menganggap dirinya insan terpilih kerana berpeluang mendapat hukuman di dunia atas keterlanjuran dirinya.

"Saya tidak menganggap apa yang saya lalui (disebat) sebagai satu hukuman tetapi bagi saya ia adalah peluang kedua untuk saya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Bagi saya ini satu tanda kasih sayang Allah untuk saya lalui ujian seperti ini dan saya amat berharap orang ramai mengambil kisah ini sebagai pengajaran," jelasnya.

Nur yang sudah memiliki anak berusia 3 tahun hasil hubungan haram dengan kekasihnya mengakui mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan mendirikan rumah tangga kerana 'kehilangan' wali.

''Sudah enam tahun ayah saya menghilangkan diri tetapi semua dosa yang telah saya lakukan ini bukan disebabkan faktor itu. Ia berpunca daripada diri sendiri," jelasnya.

Nur menerima hukuman 30 hari penjara dan enam kali sebatan tanpa dikenakan sebarang denda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2010 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 10:16 AM | Show all posts
Usah pertikai hukuman sebat

PUTRAJAYA 19 Feb. - Pelaksanaan hukuman sebat termasuk ke atas wanita Islam tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia adalah suatu yang sah mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan hukuman itu sudah lama termaktub dalam undang-undang syariah yang terletak di bawah kuasa negeri-negeri.

Justeru beliau berkata, apa yang penting, penjelasan mengenai perkara itu perlu diberi bagi mengelak timbul salah tanggapan atau pandangan serong masyarakat antarabangsa.

"Apa yang penting sekarang, Jabatan Agama Islam negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga dapat memberi pendidikan dari segi pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan syariah).

"Ini Kerana ia sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri.

"Ini penting difahamkan supaya tidak timbul tanggapan salah dan serong tentang apa yang berlaku di Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di sini hari ini.

Beliau mengulas pelaksanaan hukuman sebat syariah yang pertama kali dilakukan ke atas tiga wanita Islam pada 9 Februari lalu.

Ia mendapat reaksi meluas masyarakat dan media antarabangsa selain kritikan segelintir pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang menganggap hukuman itu satu diskriminasi ke atas golongan wanita.

Muhyiddin berkata, pihaknya melihat media di negara ini telah memainkan peranan untuk memberi penjelasan tentang keadaan sebenar pelaksanaan hukuman tersebut.

"Apabila dikatakan seorang wanita dirotan, mungkin tanggapan masyarakat antarabangsa ia sama seperti dilakukan dalam soal jenayah yang menggunakan 'capital punishment'.

"Sedangkan pendekatan Islam, ia adalah dalam bentuk mendidik dan menginsafkan kepada mereka yang melakukan kesalahan," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, sekiranya ada penjelasan, maka tidak akan timbul tanggapan negatif malah sebenarnya hukuman dalam Islam adalah jauh lebih ringan

"Sama ada ia beri gambaran (negatif) keadaan Malaysia mengamalkan cara tersebut, itu terserah kepada masyarakat antarabangsa kerana yang penting pada peringkat ini adalah memberi penjelasan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 10:17 AM | Show all posts
Sebat mandatori wanita, lelaki Islam berzina

Oleh NORILA DAUD
[email protected]

BANGI 19 Feb. - Undang-undang Islam tidak mengira jantina dalam mengenakan hukuman sebat mandatori terhadap tiga jenis kesalahan jenayah syariah di negara ini iaitu minum arak, zina dan qazaf (tuduhan berzina).

Pensyarah di Kulliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datin Dr. Paizah Ismail berkata, hukuman sebat wajib dikenakan kepada pesalah jenayah tersebut tanpa mengira lelaki atau perempuan kerana ia tidak boleh digantikan dengan hukuman lain.

Katanya, pesalah dalam kes-kes berkaitan juga boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau gabungannya tetapi sebatan tidak boleh diganti dengan hukuman lain.

Menurut beliau, hanya yang berbeza ialah perempuan disebat dalam keadaan duduk dan berpakaian menutup aurat sementara lelaki dalam keadaan berdiri.

''Sebatan dilaksanakan ketika pesalah wanita duduk bagi mengelak aurat wanita terdedah, kerana mereka wajib menutup aurat sekalipun sudah meninggal dunia.

''Hukuman sebat adalah wajib dalam kes hudud seperti zina, qazaf (tuduhan berzina) dan minum arak dan tidak boleh ditukar kepada hukuman lain setelah pihak pendakwa berjaya mengemukakan bukti mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada siri Forum Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Beliau antara tiga ahli panel membahaskan Undang-undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita pada forum anjuran Institut Islam Hadhari UKM dan Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di sini hari ini.

Katanya, walaupun hukuman yang dijatuhkan itu tidak mengikut undang-undang Islam sepenuhnya, namun ia perlu diterima seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi orang-orang Islam yang sabit kesalahan tersebut katanya, boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau disebat tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman.

Menurutnya, hukuman sebat adalah lebih baik daripada menjalani hukuman penjara kerana selain tidak mengalami kecederaan, pesalah juga tidak menghadapi masalah dibuang kerja atau berpisah dengan keluarga.

Ditanya apakah denda yang diperuntukkan itu memadai dengan kesalahan mengikut undang-undang Islam, Paizah berkata, dalam keadaan realiti sekarang ini, semua pihak perlu menerima seadanya.

"Jika hendak yang lain daripada apa yang diperuntukkan, ia bertentangan pula dengan Perlembagaan, tetapi sekurang-kurangnya hukuman itu boleh menyedarkan dan mendidik mereka yang telah melanggar hukum Islam,'' katanya.

Dalam pada itu, pensyarah di Fakulti Undang-Undang UKM, Dr. Jasri Jamal pula berkata, tiada peruntukan spesifik dalam enakmen, akta atau ordinan Tatacara Jenayah Syariah yang mengecualikan pesalah perempuan dan lelaki berusia lebih 50 tahun dikenakan sebatan.

Menurutnya, peruntukan umum dalam undang-undang tatacara jenayah menyebut: "Peruntukan ini hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat dan perkataan tertuduh itu tidak merujuk jantina dan umur,'' katanya.

Maka itu kata beliau, undang-undang itu terpakai kepada semua pesalah yang dijatuhkan hukuman sebat dalam Mahkamah Syariah.

Beliau seterusnya memberitahu, kebanyakan daripada undang-undang berkaitan sebat syariah yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan Kelantan menyamai dengan yang digunapakai di Pakistan.

Sementara itu Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang UIAM, Prof. Madya Dr. Nasimah Hussin mencadangkan agar akta yang ada sekarang dipinda supaya hukuman ke atas pesalah boleh ditingkatkan.

Menurutnya, akta yang dipinda pada 1984 tidak boleh menjatuhkan hukuman maksimum seperti menjatuhkan hukuman sebat 40 rotan ke atas kesalahan minum arak seperti dalam undang-undang Islam sebenar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 08:31 PM | Show all posts
Patut dilakukan di khalayak ramai


2010/02/20


KUALA LUMPUR: Hukuman sebat sepatutnya dilakukan di khalayak ramai supaya orang yang melihat hukuman itu mendapat keinsafan sekali gus menjadi pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata dalam Islam, undang-undang sebatan bermatlamat memberi kesedaran dan keinsafan, bukannya menganiaya atau mencederakan pesalah terbabit.


“Tidak timbul soal hukum sebat sebagai penderaan tetapi pengajaran supaya orang yang dihukum sedar dan insaf. Namun, sepatutnya hukuman sebat itu bukan dilakukan di kalangan beberapa orang saja, sebaliknya dilaksanakan di khalayak ramai supaya orang yang melihat hukuman itu dilaksanakan akan mendapat keinsafan sekali gus mengambil pengajaran.


“Mengenai terhadap tiga wanita yang melakukan persetubuhan luar nikah itu, jumlah sebatan dikenakan terhadap mereka terlalu sedikit mengikut Islam tetapi kita terikat dengan Perlembagaan.


“Pihak yang tidak faham mengenai Islam harus berusaha memahami kehendak Islam dengan sewajarnya dan sebagai umat Islam, hukuman Allah sudah tentu sesuai dengan umatnya,” katanya.

- Harian Metro
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.218626 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list