CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2755|Reply: 39

Meninggal di samping ibu

[Copy link]
Post time 2-9-2009 06:37 AM | Show all posts |Read mode


PASIR PUTEH: Impian seorang ibu untuk merayu simpati orang ramaibagi membiayai kos rawatan barah gusi dihidapi anak lelakinya tidakkesampaian apabila pemuda itu meninggal dunia, pagi semalam.

Azli Hassan, 23, yang menderita penyakit terbabit sejak tiga tahun lalumenghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.30 pagi semalam di sisiibunya, Mek @ Umi Semah Hamzah, 63, dan sanak-saudara terdekat.

“Sebagai ibu, mak cik mengharapkan yang terbaik untuk dia dan terpaksameraih simpati orang ramai bagi meringankan kos perbelanjaannya yangmencecah RM1,000 sebulan.

“Bagaimanapun, mak cik reda denganpemergiannya dan menganggap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelordi sini, semalam.






Menurutnya, arwah Azli menghidap penyakit barah gusi sejak awal2007 dan dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, sebelum dirujukke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.


Katanya, keadaan anaknya yang kritikal menyebabkan kes itu dirujukke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selainbergantung hidup dengan susu diberikan menggunakan tiub khas.

“Sejak tiga tahun lalu, Azli bergantung hidup dengan hanya meminum susuberkhasiat tinggi menggunakan tiub khas yang disalurkan ke lubanghidung dengan bantuan mak cik setiap hari.

“Sejak itu, mak cikterpaksa membelanjakan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bagimembiayai keperluan Azli termasuk peralatan pakai buang seperti lampindan tisu,” katanya.

Mek berkata, Azli yang memerlukan perhatianpenuh perlu berada di sisinya setiap masa menyebabkan pergerakannyaterbatas untuk mencari pendapatan menyara kehidupan.

“Sebagaiibu, mungkin mak cik terkilan dengan tindakan pengurusan HUSM apabilamengarahkan membawa Azli pulang ke rumah. Keadaannya semakin teruksebelum menghembuskan nafas terakhir akibat penderitaan dilalui,”katanya.

Katanya, arwah anaknya itu cukup menderita apabilaulat sebesar beras sering keluar sejak kebelakangan ini melalui lubangbarah di bahagian pipinya.

  “Mak cik terpaksa kutip ulat-ulat itu dan setiap kali melihatnya sebak mengenangkan nasibnya ketika itu,” katanya.

  Sementara itu, jenazah Azli dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jelor, selepas solat Zuhur, semalam.

Penderitaan Azli yang disiarkan Harian Metro semalam, menarik perhatianorang ramai yang menghubungi pejabat akhbar ini cawangan Kota Bharuuntuk menghulurkan sumbangan.

Panggilan pertama diterimakira-kira jam 3 petang semalam apabila seorang individu prihatinmemperkenalkan dirinya Munawar dari Kuantan meminta nombor telefon Azliuntuk menghulurkan sumbangan peribadi.

Bagaimanapun, diaterkilan berikutan hasratnya menyampaikan sumbangan tidak kesampaiansebaik wartawan Harian Metro memaklumkan kematian arwah semalam.

Sumber- Agensi

Sedihnya die..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 06:47 AM | Show all posts
Takziah utk keluarga arwah
May b ada sbb HUSM suh dia bw anak dia balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 07:15 AM | Show all posts
husm suruh balik mungkin sbb tumour mmg x dpt di treat lagi .. sebab end stage.... coz this kind of tumor akan menyebabkan half face will gone.either the patient will die on table.. or post surgery.. and kemungkinan besar... mother refuse utk operation... mungkin sbb xde duit atau takut dengan operation tersebut so husm terpaksa buat medication treatment yang hanya boleh kurangkan kesakitan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 07:33 AM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 07:45 AM | Show all posts
takziah dan al-fatihah..
ada hikmah disebaliknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 07:47 AM | Show all posts
baru lepas bace kisah dia semalam dalam paper.............tgk2 dah meninggal...........sedey nyer.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 08:04 AM | Show all posts
1# beautiful_faith

Takziah diatas pemergian beliau, dan aku cukup terharu dengan pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjaga anak yang sakit selama beberapa tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:09 AM | Show all posts
Al-Fatihah untuk arwah Azli. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan hambaNya yg bertakwa. Terharu dengan kasih seorang ibu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 08:12 AM | Show all posts
sedihnya baca..
maybe itu yg terbaik utk dia..Allah tu Maha Pengasih..
semoga makcik ni tabah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:15 AM | Show all posts
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090901065511/mainpix

PASIR PUTEH: Impian seorang ibu untuk merayu simpati orang ramaibagi membiayai kos rawatan barah gusi dihidapi anak lelakinya tid ...
beautiful_faith Post at 2-9-2009 06:37

Begitular nasib rakyat jelata yang tidak punya apa-apa kepenting.........sedarlah wahai sekelian rakyat jelata apakah nasib anda juga akan sama seperti pemuda tersebut????...Lu PK lar sendrik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:27 AM | Show all posts
kalau dah end stage...dr takleh nak wata pa..mmg akan dinasihatkan bwk balik ke rumah...mati kat umah lebih afdol dr mati kat spital...bg aku la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:32 AM | Show all posts
Begitular nasib rakyat jelata yang tidak punya apa-apa kepenting.........sedarlah wahai sekelian rakyat jelata apakah nasib anda juga akan sama seperti pemuda tersebut????...Lu PK lar sendrik..
cikglemer Post at 2-9-2009 08:15



mm..kanser tak kenal darjat...kalau vvip pun yg kena...sama gak sakitnya...apa yg dr boleh ikhtiarkan ialah bagi morphine utk legakan sakit tu....maybe arwah ni dignose lambat n ditambah dgn kewangan yg tak mengizinkan...tak dapat wat operation....kalau wat pun kena buang rahang atas/bawah yg kena kanser tu..dah tak jadi rupa org dah....so just maybe..death is the best 'medicine' for him..wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:39 AM | Show all posts
tingat kat arwah adik aku... kanser jugak, masa dia pass away mak aku je ada kat seblah dia.. masa tu kat hkl, bila dan end stage mmg doktor dah suruh family sedia.. w'pun dah sedia, bila saat tu tiba sedih giler wehhhh.. tp family sume redha.. aku rasa family arwah azli pon mesti dah bersedia mental fizikal.. semoga arwah azli dan arwah adik aku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:21 AM | Show all posts
takziah...wa br bc kisah arwah..siap tunjuk lg ulat2 yg kuar dr barah tuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:35 AM | Show all posts
sedih baca penderitaan arwah ni...sure nak makan pun susah kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:37 AM | Show all posts
al-fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 09:47 AM | Show all posts
aku pun baru je baca kisah arwah ni smlm.... walaupun dlm harian metro keluar hari isnin aritu.... al-fatihah kepada arwah Azli Hassan.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:58 AM | Show all posts
barah gusi ni sb isap rokok byk ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:02 AM | Show all posts
Innalillahiwaiinailaihirojiun..

tak dapat byg masa ulat ulat tu kat pipi nauzubillah syukur ya Allah tidak ku diuji sebegitu olehMu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:14 AM | Show all posts
ya Allah.. azabnye penyakit azli... sampai kluar ulat ye...
semuga arwah ditempatkan dgn golongan org beriman...
insaf sgt... al fatihah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.083729 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list