CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8931|Reply: 2

Parrot Farm

[Copy link]
Post time 27-7-2009 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 27-7-2009 09:08

Burung kakak tua bawa keuntungan lumayan
Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my



SHEK NIZAM (kanan) bersama bapanya yang juga pemilik Parrot Farm, Shek Mamad menunjukkan burung kakak tua peliharaan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Parrot Farm Enterprise (Parrot Farm) bercadang untuk mendirikan sebuah ladang ternakan dan pembiakan burung kakak tua di negara ini kerana memiliki prospek pelaburan yang baik.

Menurut Pengarah Operasinya, Shek Nizam Shek Mamad, ladang tersebut yang dijangka membabitkan kos hampir RM1 juta itu mampu membawa keuntungan kira-kira RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

Katanya, ladang ternakan dan pembiakan tersebut perlu dibangunkan secara komersial kerana permintaan daripada peminat haiwan peliharaan itu bertambah setiap tahun.

"Kami akan memfokuskan kepada pembiakan burung kakak tua daripada spesies African Gray kerana memiliki permintaan yang tinggi yang mana bagi setiap burung jenis itu akan dicari oleh 20 orang peminatnya,'' katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, burung ini semakin popular kerana ia merupakan spesies haiwan peliharaan yang bijak, kekerapan membiak dengan bertelur sebanyak tiga kali setahun dan lebih menarik lagi ia tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada mana-mana pihak berkuasa.

"Sepasang African Gray boleh menghasilkan antara dua hingga tiga biji telur setiap kali bertelur dan seekor anak burung itu boleh dijual pada harga mini- mum RM2,000 seekor.

"Apabila anak burung itu dewasa, nilainya semakin bertambah sehingga mencecah kira-kira RM4,000 sehingga RM6,000 sepasang bergantung kepada nilai harga yang ditawarkan oleh penjual.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 01:34 PM | Show all posts
pergh..minimum rm2k seekor...aku bela burung pipit ngan serindit je la camni..kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 02:14 PM | Show all posts
teringin sgt nak bela burung kakak tua. tapi disebabkan tempat tinggal tak mengizinkan... aku tangguh dulu bela sob sob
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.286725 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list